Keroncong Hidup

Musibah

Pagi ini, saya kelewatan untuk sampai ke pejabat. Enjin kereta tidak bekerjasama untuk memudahkan urusan saya pada pagi ni. Mungkin merajuk kerana saya kurang mengambil berat tentangnya kebelakangan ini. Sudah 2minggu tidak bersiram langsung. Cuma bermandikan air hujan sahaja. Saya pula terpaksa berjalan kaki ke bengkel yang jauhnya hanya 200 meter dari rumah. Rupa-rupanya, bateri kereta sudah lemah untuk berfungsi dan sudah sampai waktunya untuk ditukar.

Cahaya : Hidup perlu berdikari.

Hikmah

Tangan lantas menelefon rakan yang berdekatan untuk meminta bantuan untuk menghantar saya ke pejabat kerana saya harus sampai sebelum jam 10 pagi. Alhamdulillah, saya dikelilingi dengan kawan-kawan yang mudah menghulurkan pertolongan. Lina datang 15 minit kemudian dan saya dah pun bersedia dengan jaket dan helmet. Seronoknya dapat air-cond percuma hari ni. Teringat pula motor di Batu Pahat yang dalam jagaan abah.

Cahaya : Seronok kalau jadi pembonceng.

doa15

Cahaya : Semoga hari esok lebih baik daripada hari ini. InsyaAllah…

Dikirim dalam Ceritawara. 2 Comments »

2 Respons to “Keroncong Hidup”

  1. Siti Aisyah Says:

    jgn jaga badan je..
    kete pn kene jage..
    hee..
    bljr pelan2 la ye, cik puan aqeen.. (“,)

  2. C@h@Y@ Says:

    Adeh! InsyaAllah. Pesanan hebat tajaan Cik Puan Aisyah akan saya manfaatkan.

    Bila tiada sayang, itu ujiannya.
    Bila ada sayang, ada ujiannya.

    Bila tiada harta, itu ujiannya.
    Bila ada harta, ada ujiannya.

    Selamat memandu!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: