Diari Cikgu

5.40 pm, Pre-France Collaboration Room, UniKLMFI.

Selesai mengenalpasti pelajar yang masih tinggal setelah menyemak nama-nama pelajar yang ‘drop’ dan ‘withdraw’ subjek, saya duduk bersandar melepas nafas. Esok bermula perjalanan menanda kertas peperiksaan.

Dua malam sudah, handphone saya dihujani dengan sms pelajar. Bertanyakan itu ini berkenaan ‘ujian’ yang bakal mereka tempuhi dan tidak kurang meminta didoakan supaya mereka dapat menjawab soalan peperiksaan. Terharu juga. Rasa dihargai.

Tidak ada yang lebih membahagiakan seorang guru melainkan mereka dihormati. Perasaan itu turut saya rasai di MFI. Cuma bila sms masuk ke peti masuk mesej pada waktu yang kurang wajar, saya tidak membalasnya.

Di antara mereka, ada juga yang kurang memuaskan dari segi prestasi akademik. Namun, kesungguhan dan sikap menghormati yang mereka tunjukkan mampu membuat saya rasa sejuk hati. Daripada pengamatan saya, di MFI, tahap kebolehan pelajar dalam bidang Matematik adalah pada tahap sederhana. Namun, ada juga pelajar yang saya nampak sangat berusaha keras bagi memastikan mereka tidak gagal dalam subjek ini. Memberikan penumpuan yang baik, berjumpa dan mendapatkan nasihat pensyarah, rajin bertanya, membuat latihan, dan mengusulkan supaya adanya kelas tambahan, adalah antara usaha-usaha positif di kalangan pelajar di sini. Ini yang membuatkan saya bangga dengan mereka!

Mungkin saya hanya dapat menilai mereka menerusi jawapan peperiksaan yang diberi, tetapi Allah menilai mereka dari segi keseluruhannya. Jika usaha yang baik dilakukan, maka Allah akan hadiahkan hasil yang setimpal dengannya. InsyaAllah…

Didoakan kalian dapat menjawab kertas ujian dengan baik dan dimudahkan segala urusan. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mengajar anda!

Advertisements
Dikirim dalam Ceritawara. 1 Comment »

Satu Respons to “Diari Cikgu”

  1. Siti Aisyah Says:

    Yup, teacher is a noble job!
    Ganbatte ne!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: