Ahad yang santai..

Ahad 12.25pm

Sudah lama tidak bersantaian, duduk-duduk mengadap televisyen sambil menikmati “chocolate muffin”, dan berbual dengan emak. Oktober ini, setiap Sabtu dan Ahadnya padat dipenuhi dengan jadual kekeluargaan. Sekarang sambil menikmati hidangan televisyen juga, rancangan “Jalan-jalan Cari Makan” sambil saya menambah entri santai di dalam blog ini. Just wanna enjoy this moment…

Makanan Kegemaran
Melihatkan Maria Tunku Sabri mengacarakan rancangan sambil menikmati rasa-rasa makanan Singapura tu, membuatkan sesekali terliur. Saya kuat makan tak? Bila kena dengan gayanya, memang laju la makan. Saya akui, saya ada cerewet sikit dalam bab makan ni. Makan kena ada mood. Ni yang mak selalu tak berkenan dengan saya ni. Kalau takda teman makan, tak makan. This is not good…

Bab ni memang belum kena tamrin lagi. Kalau kena tamrin ni, tak tahulah… Saya akan makan apa yang saya suka. Sebab tu lebih gemar masak sendiri. Walaupun ke pejabat, lebih senang bawa bekal. Even just nasi, kicap dan telur goreng pun jadi, so delightful!

Favourite food? ayam percik. Ayam madu dan ayam barbeku. Tapi tak reti sangat nak layan, nasi ayam.

Cahaya : Suka mencuba tapi susah nak curi masa.

Aktiviti Belian Kegemaran

Saya seorang wanita biasa. Dalam pembelian, semestinya baju! Pilihan pakaian, busana dan casual. Pilihan warna, kombinasi yang lembut dan garang. Walaubagaimanapun, untuk memakainya, hanya pada majlis-majlis tertentu sahaja.

Searching for nice kain saree…

Cahaya : Shopping bila stress. Time tu memang susah nak berkira…

Aktiviti Sukan Kegemaran

Saya tak punyai aktiviti sukan khusus yang digemari. Malah saya sendiripun memang jarang bersukan dan tak suka berjoging walaupun saya tahu kepentingannya. Mungkin disebabkan jadual kerja tak tentu, saya kurang berdisplin dalam menyertai aktiviti berpeluh ni. Now, saya sedang merancang untuk menyertai salah satu seni pertahanan diri secara regular untuk menggantikan aktiviti sukan. Seni pertahanan diri apa? Tunggu… Dalam Malaysia ni, cuma ada dua institusi saja iaitu di Bangi dan Putrajaya. Dancing is one another choice. Muslimah also can do it!

Cahaya : rindu nak berzapin…


Deko Kegemaran

Semasa di rumah, kami kawan-kawan sebujang serumah gemar juga membelek-belek majalah dekorasi, dan katalog-katalog pakaian dan alat isi rumah. Masing-masing berangan-angan untuk mencipta suasana rumah yang diidamkan. Ada yang yang suka deko ala Inggeris, deko ala Kampung, deko ala Meditteranean, Aqeen? Hehe… deko Ala Kadar je la ek? Suka juga bab deko-deko ni. Ada keinginan dan kemampuan InsyaAllah..

Cahaya : Cuma nak kenal diri sendiri lebih lagi…

Advertisements
Dikirim dalam Ceritawara. 2 Comments »

2 Respons to “Ahad yang santai..”

  1. C@h@Y@ Says:

    Selamat Datang…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: