Lemahkah Wanita?

KATA LELAKI : “WANITA ITU LEMAH”


Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut…..

besar  perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan …

kerana lembut , wanita tidak gemar perbalahan..

Kecuali jika  terpaksa, Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima…
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan

Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani…di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat , celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat…di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah…bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah…bersantai di hadapan TV tidak bergerak

Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah…terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu

Sebelum solat Magrib untuk sujud…
Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat

Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersandar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan

Lelaki terpelajar celik hati… Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita….
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi

Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan

Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan

Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH  S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat  MELIHAT,
Tak guna
Ada HATI kalau tak tahu MENILAI….

Cahaya : Seorang pemendam yang sedang belajar cara berterus terang.

Andai salah tidak bertingkah,

Asal bahagia dan harmoni selalu.

*** dipetik daripada emel.

Dikirim dalam Karya YaQeen. 5 Comments »

5 Respons to “Lemahkah Wanita?”

  1. ADLI Says:

    Wanita itu lemah adalah tanggapan yg salah sama sekali. Bahkan wanita jauh lebih cekal, tabah dan sabar. Kerana itulah wanita di takdirkan utk mnjadi seorang ibu yg mengandung selama 9 bulan.
    Bayangkanlah kalau lelaki, pasti tak sanggup.

    Tapi kebanyakkan lelaki zaman skrg ni baik-baik, sanggup tlg isteri buat keje rumah. Bnyk contoh saya dh lihat…… hehe.

  2. C@h@Y@ Says:

    Alhamdulillah Adli di kelilingi lelaki-lelaki yang baik. dalam kehidupan, memang saling berpasangan. jika negatif pada kita, positif pada dia dan sebaliknya. baguslah Adli dah lebih rasional sekarang! (^;^)

  3. ADLI Says:

    Alhamdulillah. Dlm hati sy, wanita yg mempunyai ketabahan dan kesabaran yg tiada taranya, adalh Emak sy. Klu Emak sy tak ada, tak tahulah apa jd dgn sy.

    Rasional? hehe. Bukan sng nk jd rasional. Ia memerlukan keterbukaan n kesabaran yg tggi🙂

  4. AINI Says:

    Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
    Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,

    kepada penulis, apakah YUSUF dan ZULAIKHA
    bersatu akhirnya??? jika tak keberatan, berbesar hati rasanya jika penulis boleh mencari kisah dua hati ini….

  5. Siti Aisyah Says:

    Saya suka artikel ni..

    secara umumnya, wanita itu memang lemah dari segi kudratnya berbanding lelaki..
    tetapi ‘inner side’ wanita itu jauh lebih gagah daripada lelaki..
    dan kerana itu, wanita tetap akan mampu melakukan apa sahaja jika ‘strong will’ yg dimilikinya dioptimumkan.. =)

    chaiyo’ wanita! hehe..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: