Merpati Sejoli

Sepadan bak merpati sejoli,

Romantis kehijauan sejuk memandang;

Berganding sama sejiwa sehati,

Kompang dipalu gendang berdendang.

Syarifah Nur @ Syed Alwee

Syarifah Nur @ Alwee

Lepas sudah sahabat sepermainan sekolah menengah. Tak terucap dengan kata-kata betapa gembiranya melihat rakan baik sendiri selamat ke jinjang pelamin. Aku dan Aisyah hanya memerhati dan berdoa dari jauh agar pasangan sahabat kami ini akan melalui bahtera perkahwinan dengan nyamannya, bahagia dan gembira dikelilingi putera puteri Islam (^;6)!.

Sebelum pulang... tahniah Chep!

Sebelum pulang... tahniah Chep!

Tak sempat ke majlis resepsi pada malamnya. Ralat juga sebab tak dapat join reunion.

Cahaya :

Cakap-cakap berkias juga,

Terkadang sukar dierti;

Takut-takut salah menduga,

Ambil masa saling memahami.

Advertisements
Dikirim dalam Ceritawara. 9 Comments »

9 Respons to “Merpati Sejoli”

  1. sis_aflah Says:

    ehem..ambil berkat ke?
    :p

  2. sis_aflah Says:

    berkias meluah rasa
    biarlah berpada-pada
    bimbang tersalah duga
    merana berendam duka

  3. C@h@Y@ Says:

    Berhias jari dengan suasa,
    Samping moden berkain pelekat
    Berkat di pohon pada yang Esa,
    Pohon bahagia dunia akhirat.

  4. C@h@Y@ Says:

    Saya setuju pantun akak. cayala! Sempoi~

  5. simple-shida Says:

    salam pengantin baru…
    ups.. pada dlm gmbr ni..

    waduhh. kok IJO.. kaler yg bakal kak pilih..
    ehehhee.. ambui aqeenn.. mengambil barakah…
    ahakss..

    btw.. lps ni ramai lg nk kengkawan nk walimah
    kan.. ala kullihal.. moge segala perjalanan..
    perancangn berjalan dgn sempurna..
    ameennnn…

    yarhamkillah..;)

  6. C@h@Y@ Says:

    Lepas ni ija pula. Saya mesti rasa kehilangan… (t t)

  7. sis_aflah Says:

    akan selalu ada yang datang dan pergi dalam hidup ni.. 🙂

  8. Siti Aisyah Says:

    alamak, xpandai nk berpantun mcm sis_aflah & C@h@Y@..huhu

  9. C@h@Y@ Says:

    hehe… tapi cik Aisyah adalah wakil kelas dalam bersyair kan? Sudah kubocorkan rahsia… hehehe


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: