W A L I M A H

Diam tak diam, kita sudah ke penghujung 2008. Lebih kurang bulan lagi, kita bakal rasa era baru. Apa yang memeriahkan suasana hujung tahun ni selalunya dengan jemputan ke majlis perkahwinan. Hohoho.. sudah layak rupanya saya menerima kad undangan ye. Kalau sekarang ni mesti letak “Kepada : Cik Nur Ainul Yaqeen bt. Ahmad”. Kalau dulu la, kalau ada yang bagi, mesti letak “Kepada : Budak Kecik Aqeen!” hehe…

Cahaya : Janggalnya kalau ada perkataan Puan di depan nama. !(6 ^) rasa masih macam budak sekolah.

Hujung minggu ni, saya dan rakan-rakan bakal menghadiri majlis perkahwinan selebriti TV9 atau pengacara Busana Muslimah (setiap Ahad, 1ptg) atau akronimnya, beliau rakan sepermainan kami di sekolah. Pastinya meriah dengan kehadiran teman sekolah, teman sekerja, dan sahabat handai lama yang berkumpul. Sangat tak sabar untuk itu.

Ada perjanjian dulu di antara rakan 3RK1 (memang unite), siapa yang kahwin dulu, Cikgu Nizam (guru kelas) akan pangkah gambarnya (macam dalam cerita Ali Baba). Wah, kiranya beliau telah catat rekod sebagai pendahulu kelas kami.  Dalam masa yang sama, kami terasa juga kehilangan beliau. Namun, masing-masing perlu akur, itu namanya fitrah.

Cahaya : Masih belajar untuk itu.

Disember lalu, saya juga telah menghadiri walimah K. Haida dan secara tak langsung, jadi pula mak andamnya. Kelmarin didatangkan khabar, beliau telah selamat melahirkan puteri sulung buat dirinya, suami, keluarga, dan sekaligus umat Islam. Alhamdulillah. Kehadiran si cilik itu pastinya menggamatkan suasana keceriaan yang ada di bahtera kehidupan mereka. Saya doakan agar ibu dan anak sihat walafiat.

Cahaya : Suka berkeluarga besar.

(^ ^) Soal Mawi dan Ekin?! Aduhai, nama saya (panggilan daripada keluarga) dah la sama dengan Ekin. Beruntung Aqeen… Ops! Beruntung Ekin…

Bila baca mahupun mendengar kisah mereka ni, kasihan pun ada. ‘Dunia’ mereka seperti langsung tidak ada sensitiviti peribadi. Kisah apa sahaja dipaparkan di media. Terjala-jala cerita yang samar-samar, sama ada benar atau palsu, Wallahua’lam.

Cahaya : Bosan cerita peribadi mereka yang kononnya “artis”. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Apapun, kepada sahabat handai saya lebih-lebih ex Sekolah Kebangsaan Senggarang dan Sekolah Kebangsaan Seri Mulia yang saya dengar-dengar ramai sudah berumahtangga, saya ucapkan Selamat Pengantin Baru. Didoakan bahtera rumahtangga dipandu ke jalan yang baik dan diredhaiNya. Serta dikurniakan anak-anak yang comel-comel, soleh dan solehah, dan membesar bersama Islam.

Cahaya : Suka ke majlis keraian.

Advertisements
Dikirim dalam Ceritawara. 9 Comments »

9 Respons to “W A L I M A H”

  1. sis_aflah Says:

    ehem..cik cahaya kita ni bila pula?
    kata nak bagi kad..mananya?
    yang sampai ke tangan, kad orang rumah ada la..hehe

  2. C@h@Y@ Says:

    Orang rumah saya memang maju2. Wallahua’lam kak…

    Saya ni budak2 lagi la…

  3. sis_aflah Says:

    budak2 la kena walimah awal..hehe

  4. bejangutm Says:

    salam..
    haha..
    betul2..

  5. budak kampung Says:

    salam singgah..
    rezekinya masing², jodohnya juga masing²..

  6. Siti Aisyah Says:

    budak2 ke hape..
    haha

  7. ridwanto Says:

    bila pula masa cik ekin ?

  8. C@h@Y@ Says:

    Kalau ada rezekinya, InsyaAllah.

  9. wardah_asrar Says:

    erm..aqeen juga bakal menyusul..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: