Sambal Ketuk

Resepi ni dapatnya daripada belajar di rumah. Salah satu kegemaran saya apabila ia digandingkan dengan “jangan bening” (sayur air).

Bahan-bahan:

3 biji bawang merah (tidak perlu dihiris, atau dimayang)

ikan bilis (lebih kurang setengah genggam)

6 biji cili padi (ikut tahap kepedasan cili, nak pedas lagi, boleh tambah)

garam secukup rasa.

Penyediaan :

1. Panaskan minyak. Gorengkan kesemua bahan serentak.

2. Angkat setelah agak2 ia kekuningan, rangup dan tidak terlalu hangus. Sekadar naik bau sudah memadai. (hati-hati sebab cili yang digoreng meletup-letup)

3. Tumbuk menggunakan alu dan lesung satu persatu. Dimulakan dengan ikan bilis, bawang dan cili. tambahkan garam secukup rasa.

4. Hidang bersama nasi panas. Sajian ini cantik dan enak bila dipadankan dengan ikan goreng (lebih-lebih lagi ikan parang/ikan timah), dan sayur air (tak kira apa jenis sayur).

Selamat mencuba!

Cahaya : Tak cuba, tak merasa!

Dikirim dalam Resepi YaQeen. 1 Comment »

Satu Respons to “Sambal Ketuk”

  1. ejam Says:

    pergh,,,rndu msakan mak…
    nk blk kg,,,


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: