Standing In The Eyes Of The World

Standing In The Eyes Of The World
Ella (Wah Idris & David Gates / Habsah Hassan)

Barisan Warga Maths UniKL MFI

Barisan Warga Maths UniKL MFI

Pahit getir hidup… dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini “Standing In The Eyes Of The World”
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar “Standing In The Eyes Of The World”

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba…

Pengalaman

Alhamdulillah.. rezeki semakin stabil. Kesihatan pun okey. Hubungan dengan keluarga baik. Prestasi kerja ada peningkatan. Bila preview balik kenangan lama, Aqeen bukanlah seorang yang bijak sangat. Cuma mungkin terlebih rajin membuat kerja-kerja luar.

Bayangkan, lebih kurang setahun yang lepas, Aqeen ada empat perkerjaan dalam satu tempoh masa.

1. sebagai research asst. di Merdeka Center Sdn. Bhd. : membuat panggilan survey,

2. sebagai tutor : mengajar tuisyen persendirian anak-anak lecturer,

3. sebagai cikgu : mengajar tuisyen di pusat-pusat tuisyen,

dan

4. sebagai penolong pensyarah : mengajar Mathematics peringkat diploma di MFI. Semuanya secara sambilan (as part timer).

Aqeen keluar bekerja jam 9.00 pagi dan pulang ke rumah sewa jam 12 tengah malam. Begitulah rutin setiap hari. Ia berlarutan sehingga lapan bulan sebelum menjawat secara kontrak di MFI, UniKL sebagai penolong pensyarah. Walaupun tangan kadangkala rasa nak tercabut juga.

Rasa memang sangat seronok sebab dapat ramai kawan. Pengalaman membina komunikasi dengan majikan, rakan sepejabat, dan orang luar merupakan soft skill yang kurang didapati semasa belajar di kampus.

Sekarang ni merupakan tempoh Aqeen belajar menjadi orang pula. Bak kata abah, di kampus memang belajar, di rumah kena belajar ke dapur, luar rumah, belajar jadi orang. Hmm… Sinis tetapi perlu diambil perhatian penting.

La ni, tengah dalam dilema…

Hendak diteruskan bekerja sebagai pensyarah atau menyambut ketibaan KPLI (itupun kalau dapat la…) bukan kata tak bersyukur dengan rezeki sekarang… cuma mempertimbangkan beberapa perkara yang kritikal.

Cahaya : masih dalam istikharah… hati ni senang betul berbolak balik…

I need your advise friends… (! !)

Moral : Jangan putus asa! dan Usaha Tangga Kejayaan!

Advertisements

2 Respons to “Standing In The Eyes Of The World”

  1. sis_aflah Says:

    cik aqeen..
    apa maksud tajuk lagu kt atas tu?

  2. C@h@Y@ Says:

    “Berdiri di mata dunia”

    metafora : ingin menjadi seseorang yang berguna untuk masyarakat sedunia.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: