Hujan Semalam…

hari ini

Terasa ingin mencoretkan apa yang berlaku semalam… Kebetulan hari ini rasa lapang walaupun kepala ada denyut sedikit dan berat. Mata masih berpinar seakan rasa nak pitam. Rasa kurang tenaga dan teringat pula kata perawat HPA minggu lepas, aku menghidapi tekanan darah rendah! Ouh… Doakan aku kembali sihat. Banyak kerja perlu dibereskan.

semalam

Malam semalam kelas Mathematics Technologists 1 selesai lebih kurang jam 11malam!. Lima minit kurang dari jam itu, bunyi jatuhan hujan kedengaran membuatkan kelas sedikit hingar-bingar. Ini pertama kali aku bakal pulang dalam keadaan hujan lebat pada waktu malam, keseorangan, dan keadaan jalan gelap!.

Namun, Alhamdulillah. Ada ruang untuk berteman. Mesej dari kawan yang ingin tumpang bermalam setelah waktu kelasnya tamat di UKM melewati masa tren terakhir dan panggilan daripada K. Kinah untuk meminta aku menjemput K. Hawa dari Hospital Az-Zahra (kerja syif malam).

Hujan memang beriya semalam. Cepat betul air naik. Takut juga kalau-kalau masuk enjin. Alamat la tidur atas jalan aku nanti. Percikan air yang melimpahi ke cermin kereta lantaran kereta sebelah melalui lopak, kejap-kejap membuatkan hati ni berdebar juga. Takut-takut aku yang terbabas makan jalan orang dan lebih buruk melanggar kereta yang tak bersalah itu. Ish, bayangan yang aneh memang mudah muncul dalam kepala. Nauzubillah…

Akhirnya, sampai rumah juga. Syukurlah…

esok

aku doakan untuk diri sendiri untuk rasa lebih ceria dari hari ini. Jangankan disebabkan hujan semalam, aku terus dirundung kepayahan…

Cahaya : Mesej?

Dikirim dalam Ceritawara. 3 Comments »

3 Respons to “Hujan Semalam…”

  1. irhafiz Says:

    “Gelisah hati ahli tasawuf apabila dalam satu bulan tu, sakit tidak menjenguk mereka…
    Kerana bagi mereka, mereka yang sakit adalah hamba yang disayangi Allah.
    Namun usaha untuk menyembuhkannya tetap dilakukan.” -input kuliah maghrib beberapa hari lepas di surau bukit mulia-

    Semoga kembali sihat… Doa untuk saya dan yaqeen serta semua umat Islam.

  2. C@h@Y@ Says:

    Menariknya poin daripada isi kuliah tu. Fikir-fikir, betul juga. Sakit mendekatkan kita dengan Allah kerana waktu itu kita sebut-sebut namaNya. Alhamdulillah kerana diberi peluang. terima kasih irhafiz berkongsi info yang best!

  3. C@h@Y@ Says:

    Bila baca input tersebut di kala kesakitan dan berulang kali, mudah untuk bersemangat kembali. Tambah rasa ceria.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: