Zaman dah berubah…

Seloka Santai

“Abah selalu kata, zaman dah berubah…

Mak tak kata apa-apa…

Aku diam aje, dalam hati, iye ke?

Angah kata, mestilah dah berubah…

Azim diam juga…

Anas katup seribu bahasa…

Yang kecik tak faham apa-apa…”

Metafora

La ni, antara sedar atau tidak, kita sebenarnya sedang mengalami satu revolusi perubahan semasa. Dari segi zaman, kewangan persekitaran, kuantiti oksigen dalam udara, fesyen, melodi lagu, malah perubahan warna rambut sekalipun. Cuba tengok sekeliling… Ada yang banyak macam dulu-dulu zaman mak ayah kita ke? Mungkin ada sikit tapi yang banyaknya semua dah lain.

Yang faham mungkin di antara kita yang perasan atau ingat zaman mak ayah besarkan kita dulu. Aku sendiri, abah pernah cerita, nak belikan lampin aku pun terpaksa pinjam duit kawan satu ketika. Nak belikan susu cap DUMEX untuk aku tiga beradik yang jaraknya rapat pun tercungap-cungap. Tapi aku respect la kat mak abah, sebab aku kenyang je sampai sekarang. Rasanya kami tak pernah berlapar disebabkan tiada makanan. Malaysia kaya kan?

Yang rasa senang mungkin adik-adik kita zaman millineum ni. Nampaknya mereka rasa susah kalau takde handphone, susahnya mereka tiada internet, susahnya mereka kena naik bas ke sekolah, susahnya mereka kena bawa bekal ke sekolah. Tapi aku tak kata semua. Sikit je yang macam itu.

Cahaya : Aku hidup diajar untuk menghargai… untuk dihargai, terpulang bagi kalian…

Zaman dah berubah…

Apa yang aku nak tanya kat sini, ye ke zaman berubah? aku pun kadang-kadang tak dapat tangkap maksud tu. Tengok pembangunan, memang dah berubah. Tengok orang-orang, ada je berubah kepada kebaikan, dan sebaliknya juga, tak berani nak kata… Tengok sistem pendidikan, berubah juga ye… Makin mantap walaupun ada beberapa dasar ikut-ikut barat aku memang tak setuju… Apa lagi ye… Ekonomi berubah? Confirm la… kalau ekonomi maintain je… tabik spring la kan… semua elemen kebanyakan berubah… tapi aku masih tak dapat pick up, betul ke zaman berubah? kita ni di zaman apa? Zaman batu awal atau zaman batu akhir?

La ni zaman globalisasi, semua dah jadi e-… e-dagang, e-testi, e-testi kad raya, e-kad jemputan kahwin, dan macam-macam lagi… kan berubah jugak tuh. Yang ni perubahan yang sangat baik. Aku suka…

Nak raya pun, sms dihulur menjadi pengganti diri. chewah! memang berubah la zaman sekarang. nasib baik duit raya yang dihantar tak pakai sms… sure aku dapat duit raya ciput je nanti.. makcik pakcik pakat-pakat hantar sms nilai 20 sen sebagai pengganti duit raya… uhuhu… yang ni memang tak best bunyinya…

Cahaya : Catat rekod, tahun ni dapat satu je kad raya versi real card… Hehehe… sengih den… I really love CLASSIC…

Tapi ada juga perubahan yang aku tak suka…

Aku tak suka bila orang berubah konon nak up-to-date, tapi langgar agama…

Aku tak suka bila orang berubah, kata aku kolot, tapi dia nak berubah yang ntah apa-apa, sampai aku pun tak faham apa yang dia nak kejar…

Aku tak suka bila orang berubah mendidik anak terikut-ikut budaya negatif barat… sampai pilih baju pun tak teringat jaga aurat…

Aku tak suka bila orang berubah dari rambut hitam ke rambut oren… semata-semata nak tayang kat orang lain, yang bukan suami sendiri…

Aku tak suka bila orang berubah melebihkan kawan-kawan daripada keluarga dan saudara mara…

Aku tak suka orang berubah bila dia memandai menolak hudud dalam Al-Quran semata-mata nak tegakkan undang-undang dunia yang sesuka hati digubal sendiri…

Aku tak suka orang berubah kerana manusia… lupa tujuan berubah tu untuk apa, Siapa, dan mengapa….

Cahaya : Poetic! dan Sinis.

Cabaran

Aku cuba menjadi diri sendiri…

Cahaya : Aku seadanya yang banyak kelemahan… dan aku menerima sahabat seada apa padanya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: