Khabar Hari Raya

Assalamualaikum dan salam bahagia (6;^)!

Seronok beraya? InsyaAllah didoakan kita semua berasa gembira di hari-hari Aidilfitri. Yang pasti semuanya pasti ceria menikmati hidangan yang setahun sekali, berbaju meriah sekali sekala, berjumpa sanak saudara yang jauh dan dekat. Tidak ternilai, peluang masa untuk bermaaf-maafan haruslah dimanfaatkan bersama. Maaf Zahir Batin!

Perjumpaan

Kali ini, hampir 3 tahun saya tidak ketemu dengan sepupu yang berada di Kulai, Johor dan seorang lagi yang berada di Kg. Parit Sonto, Batu Pahat, Johor. Kali akhir adalah pada tarikh majlis perkahwinan beliau dan seorang lagi tak silap saya ketika beraya di rumah nenek di Rengit entah tahun bila. Jumpa-jumpa masing-masing sudah beranak dua. Nasib baik tak tiga, empat, lima ke.. ish2. nampak sangat la betapa lama tidak berjumpa.

Namun, yang lainnya saya puas berjumpa dan bergurau senda dengan mereka. Apatah lagi dengan sepupu-sepupu dan adik sepupu. Syukur masih ada lagi yang rapat dan sangat akrab. Terkadang saya mendengar keluhan daripada rakan-rakan yang kurang mempunyai silaturahim dengan sanak saudara mereka. Apa yang dapat dicadangkan, kalau orang lain tak nak mulakan, kita rendahkan diri untuk merapati mereka. Jagalah silaturrahim antara kita selagi saudara masih ada. Tiada apa yang dijanjikan kecuali hanya Allah yang layak memberikan anda ganjaran.

Salam Aidilfitri, maaf zahir batin.

Dari kami sekeluarga,

En. Ahmad b. Sarju

Pn. Siti Jariah bt. Jazuli

Saudari Nur Ainul Yaqeen bt. Ahmad

Saudari Nurul ‘Uyun bt. Ahmad

Saudara Nur Azim Fahada b. Ahmad

Saudara Muhammad Anas Kamil b. Ahmad

dan Adik kecil Nur Fiqrah Khaleesa bt. Ahmad

Salam Bahagia daripada Kami Sekeluarga.

Salam Bahagia daripada Kami Sekeluarga.

Dikirim dalam Eksplorasi. 4 Comments »

4 Respons to “Khabar Hari Raya”

  1. sis_aflah Says:

    salam syawal..
    tak buat rumah terbuka kat bangi ke?

  2. C@h@Y@ Says:

    InsyaAllah kak, ada usulan. hee.. tunggu kad yer… (6;^)

  3. sis_aflah Says:

    tunggu kad??
    ke rumah terbuka makan nasi minyak ni.. hoho

  4. 'uyun Says:

    kamera rosak, amat meninggalkan kesan yang mendalam buat aku..kamera yang hilang tak berikan kesan yang mendalam pun.. apekah agaknya?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: