Tahaddu Tahabbu

Cinta yang Lahir

Tahaddu Tahabbu (saling memberi hadiahlah nescaya kalian saling mencinta). Islam sangat menganjurkan kita saling memberi hadiah. Tidak kira hadiah besar atau kecil nilai notnya. Namun jika ia diberikan dengan niat yang baik, dan penerima menerimanya seadanya, ia akan menjadi suatu yang amat bermakna. Rasulullah s.a.w. sangat menyukainya.  Bahkan, dalam Islam sangat dianjurkan untuk saling memberi antara sesama dengan prinsip tahaddu tahabbu. Imam Hasan Al Banna bahkan menggunakan method sebegini untuk menyampaikan dakwahnya setelah usahanya ditolak oleh ulama’ lain pada zamannya. Indah sungguh akhlak seorang muslim.

Cahaya : Sunnah Rasulullah.

Tahaddu Tahabbu dan Duit Raya

Apa kaitannya dengan duit raya? Sebelum ini, saya pernah mendengar luahan ini. “Jangan biasakan memberi duit raya, nanti mengajar mereka meminta sedekah di rumah orang.” Sinis. Bukankah lebih baik ayat itu ditukar begini. “Ikhlaslah memberi duit raya, biarlah mengajar diri memberi sedekah dan hadiah.” Apapun, jika niatnya ikhlas, saya rasa tak salah amalam memberi duit raya ini diteruskan bagi memeriahkan suasana berhari raya. Sementelahan itu, kita belum tahu, mungkin ada di antara doa kanak-kanak itulah yang membantu kita merangkak ke syurga. Mudah-mudahan..

Cahaya : Jangan lupa bayar zakat ye…

Kenangan Manis

Hadiah pada hari Konvokesyen UKM

Hadiah pada hari Konvokesyen UKM

Istimewa

Sangat dihargai

Hadiah untuk Ayong

Favourite

Istimewa

Named as Sibi

Named as Sibi

dari warga Al-Hamra'

dari warga Al-Hamra

Kawan lama

Kawan lama

Banyak belajar Tentang 'Makna Hidup'

Banyak belajar Tentang 'Makna Hidup'

Cahaya : saling memberi hadiahlah nescaya kalian saling mencinta. Terima kasih…

Advertisements
Dikirim dalam Eksplorasi. 9 Comments »

9 Respons to “Tahaddu Tahabbu”

  1. sis_aflah Says:

    hadiah yg walau pun kecil, tp jika dtgnya dr hati yg ikhlas, akan menumbuh bibit kasih syg.. 🙂

  2. C@h@Y@ Says:

    Betul3!

  3. 'uyun Says:

    baik2.. baju cekelat tu kena pakai sambil tarikk nafas.. hihi

  4. 'uyun Says:

    ada satu hadiah yang kite tak
    mampu nak nampak, tapi dirasai dengan iman..
    ha, cube teka.. tu hadiah yang yang aku
    mampu bagi sepanjang 5 tahun yang lalu
    sampai saat ini… moga hadiah itu yang
    lebih berkekalan. amin ya allah

  5. C@h@Y@ Says:

    aku tau hadiah tu.. tu sebab aku sayang semua adik2 aku… ko pun tak nampak kan hadiah yg aku bagi… tahaddu tahabbu.. prinsip memberi hadiah..

  6. 'uyun Says:

    tau tak pe yong…tak nampak betul dengan mata kasar

    wah2.. jauh pegi SENAWANG?? aku nak pegi SENADUIT pulak ar nanti mase tet tot.. kihkkihikih

  7. C@h@Y@ Says:

    -Ada banyak yang banyak2-

    Banyak2 perkara, perkara disuka tak senang nak cari,
    Banyak2 orang, orang dinanti tak senang nak berkenan,
    Banyak2 benda, benda digemar tak senang nak dapat,
    Banyak2 pendam, akan lega bila dikongsi,
    Banyak2 susah, akan jadi senang bila bersama.

    Dang dang dut tali kecapi.

  8. wardah_asrar Says:

    hadiah jubah dari siapa lah tuh..istimewa sungguh ye??

  9. C@h@Y@ Says:

    semua hadiah pun istimewa wardah_asrar. Ait, saya tak dapat hadiah dari awak la. hehe


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: