Rasa Macam di Sudan…

Jadual

Dari hari Isnin hingga Rabu, jadual tempat berbuka kami serumah sewa berbeza dari yang sebelumnya. Jika dulu semasa di kampus, berkocoh-kocoh ke masjid UKM, Surau Annur di Bangi ataupun ke majlis iftar anjuran ustaz dan ustazah untuk berbuka puasa secara jemaah, nampaknya kali ni berbeza. Di penghujung Ramadhan baru ada suasana baru.

Cahaya : Kena makan berteman.

Pengalaman baru

Semalam kami disajikan dengan makanan tradisi dari Sudan. Madam Asaweer bersama tiga orang anaknya, Awfa, Arwa, dan Aslam (anak didik tuisyen Ija) menjemput kami sekeluarga Al-hamra’ untuk makan berbuka bersama mereka. Suami Madam Asaweer, Ustaz Mohd Syarif merupakan seorang pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, USIM mempunyai tugasan di Brunei yang memaksanya meninggalkan buah hati-buah hatinya di Malaysia. Sepeninggalan Ustaz selama sebulan ini, saya amat mengagumi ketabahan dan kecekalan Madam Asaweer menjaga anak-anaknya yang lincah di samping kandungannya yang sudah mencecah 6 bulan. Syukurlah dia diberi kesihatan yang baik.

Berbalik kepada menu pula, kami dihidangkan dengan pencuci mulut atau dipanggil sebagai helwa atau halwa (manisan). Hidangannya nampak ringkas namun cukup mengenyangkan kami. Apa tidaknya, tiap satunya kaya dengan protein dan karbohidrat. Antaranya, manisan yang dibuat daripada gandum, pizza, kari ayam, salata (salad), kurma, nasi berempah. Mungkin kerana tidak biasa, perut melayu kami sedikit kepanasan sebab semua masakannya berempah. Kelakar juga. Air Rossell sebagai pelincir makan melegakan panas.

Moral

Selesai berbuka, kami solat berjemaah. Apa yang saya perhatikan, Madam Asaweer seorang yang cermat dan kemas. Ketika masing-masing sibuk mengambil wudu’, dia mengemaskan meja dan makanan berbaki disimpannya. Beliau tidak suka membazir dan sangat mempersilakan kami untuk makan, “Tafaddol, tafaddol…” Seronok kerana kami diraikan. Selagi ada makanan di atas meja, diminta kami menghabiskannya.

Tambahan pula, pasangan dari Sudan ini menerapkan cinta Malaysia dan Cinta Sudan kepada anak-anak mereka. Kelihatan gambar bendera Sudan dan bendera Malaysia ditampal di depan pintu rumah mereka. Bonusnya, bahasa pengantara antara mereka ada tiga. Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Melayu. Kagum dengan ketiga-tiga anaknya yang fasih berbahasa Melayu.

Mengambil gambar kenangan

Mengambil gambar kenangan

Cahaya : Sampek kelempokken = sampai kenyang sangat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: