Ucapan Raya

Salam alaik ya sahabat. Terima kasih kerana berkunjung di CahayaMataKeyaQeenan. Bersempena Aidilfitri yang bakal tiba ni, saya dahulukan dengan ucapan ampun dan maaf zahir dan batin sama ada kesilapan yang disengajakan atau tidak disengajakan. Diucapkan juga Salam Lebaran dan semoga anda dapat bergembira dengan insan-insan tersayang di pagi Syawal nanti. Dan diingatkan, kita masih berpuasa. Maka, beradatlah seperti orang berpuasa. Menahan segala hawa nafsu yang boleh memudaratkan kita termasuklah makan pada siang hari…

Bagi muslimin, aqeen rasa enta semua ni bukannya sibuk mane. Cuma paling idak pun, pi servis keta ja… atau servis motor sebab nak bawa keluarga berjalan raya nanti kan… ish2… bagi yang bujang, mesti emak enta yang masih uruskan semuanya kan? bagi yang dah tak bujang, isteri2 mesti sibuk menguruskan rumahtangga. Bukan aqeen serkap jarang… ye la, senario depan mata. Senang juga untuk aqeen simpulkan. hehe… Kalau naik kereta, pandulah dengan hemat. dan yang menunggang motorsikal, pandulah motorsikal dengan cermat dan hemat. Bak kata iklan di tv, “ingatlah orang tersayang”.


Bagi muslimat2, macammana pula? mesti kecoh.. ini belum ada, itu belum ada… Aqeen ringkas je insyaAllah. Ada baju sehelai pun okey (jangan sesekali percaya statement ini..huhu). Dan paling dinantikan, duit raya! Walaupun usia dan se per lima abad. Namun kemeriahan menerima ‘angpow’ tetap berlegar di kepala. Maklumlah, Aqeen anak sulung yang berjiwa bungsu dalam keluarga.

Rata-ratanya muslimat di depan mata aqeen ni, sibuk berkejar harga terendah dan berhimpit di Jalan TAR, Jalan Masjid India, dan segala jalan yang ada untuk membeli belah serta membuat persiapan… Hehehe… Aqeen pernah pergi ke sana. Seumur hidup baru pergi sekali untuk membeli tudung. Yang lainnya cuma lalu saja. Nyata, aqeen sukakan harga dan variasi barangnya.. Tapi yang tak berkenan, terpaksa berhimpit dan dihimpit.. maklumla, aqeen ni kecil lidi je kan… huhu… Namun pilihan bershopping memang bersama keluarga. Yang penting bersama.

Tak lupa juga ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat kawan2 dan sepupu2 yang sudah berkeluarga atau sedang membina keluarga especially, K. Yong dan pasangan, K. Puah dan suami tercinta, Abg Am dan K. Lina, Iza dan suami, Dzul dan Fiza, Bani dan suami, K. Haida dan Abg Fahmi, Abg Wanto dan K. Maisurah, dan K. Lai dan abg Faizal. Tak lupa juga buat sahabat2 yang bakal mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Ramai juga dalam list ni yang bakal menimang cahaya mata, tahniah diucapkan! Dan memang tak nak lupa sahabat2 yang menyambut lebaran kali ini di seberang perairan Malaysia. Antaranya, Yin (UK), Hanee (UK), Najwa (xingat), Syazlini (NZ), Fadhli (Indonesia), dan lain-lain lagi. Bagi sahabat2 dari Middle East yang baru pulang ke tanah air, dapatlah kiranya kome2 menyambut raya kali ni dengan keluarga. Selamat berhari Raya diucapkan.

Ada lagi… especially kawan2 sekolah lama Sek. Keb. Seri Mulia, Dayah, Udin, Lina, Wani, Dina, Herman, Mustakim, Alif, Ijam, Lijah, Aisyah Azura, dan banyak lagi la taktersebut… Huhu.. Harapnya dapatla Aqeen join korang buat reunion… raya pertama or minggu ketiga je dapat… Bagi team SK Senggarang, Aishah Adibah, Andik, Yanti, Bagong, Hendry, Ayie, Ridhwan, Joe, Linda, Massuri, Azwan Che Rani dan lain2… dah lama kita tak berkumpul kan… Apa la citer korang.. yang mestinya, aku masih ingat pada korang…

Kroni tiGs?? Hehe.. team yg masih kental membuat perarakan setiap kali raya. Tapi raya kali ni, huhu.. xdapat berkompromi sangat nak jenjalan. Sibuk mengejar kerja. InsyaAllah tahun depan adalah reunion 3RK1 seperti yg digembar-gemburkan. Geng berjalanku Aisyah, wani shahar, aman, ayu, (geng kecoh), bersabarlah ye… hehe…

Sebelum terakhir, kepada warga UniKLMFI khususnya Mathematics Unit dan Pre-France Collaboration, maaf dihulurkan, salam lebaran diucapkan. Terima kasih kerana memberi tunjuk ajar dan memberikan saya pengalaman berkerja yang begitu berharga. Syukran.. Syukran…

Last but not least, Selamat menikmati malam2 lewatan LailatulQadar. Semoga pada tahun ini kita terpilih untuk menikmati keistimewaan itu. Duit raya inilah peluang paling berharga untuk kita menebus kesalahan-kesalahan lampau dan buka buku baru. Wallahua’lam…

Salam Lebaran dari,

Nur Ainul Yaqeen bt. Ahmad.

Insan kerdil di bumi Allah.

Dikirim dalam Ceritawara. 2 Comments »

2 Respons to “Ucapan Raya”

  1. Hj Kay Says:

    Diucapkan Selamat Menyambut Aidil Fitri,
    Maaf, Zahir & Batin. Semoga bergembira dihari lembaran nanti & jangan lupa mohon ampun dan maaf kepada kedua ibubapa disamping semua orang yang tercinta….

  2. C@h@Y@ Says:

    InsyaAllah, Raya salah satu medium untuk kita saling bermaaf-maafan. terima kasih di atas tunjuk ajar yang diberikan selama saya berada di Pre-France Collaboration Room. Lepas berpindah saya ke office baru. huhu…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: