Arca “Chenta”

Cahaya : menarik nafas keluh…

Kaca simboliknya

Kepada arca dinama “chenta”

Kilat digilap

Silau menyakitkan mata

Aku seorang insan

yang tidak percaya kepada arca “chenta”!

Maafkan aku!

Cahaya : berhati-hati…

Silaunya arca dikatakan buta

Arca tidak buta!

Si Ukir arca itu yang buta

yang buat ia terhempas berkaca-kaca

lalu bisa lukakan empunya

Aku tidak percaya “chenta”!

Maafkan aku!

6.35pm Pre-France Collaboration Room, UniKLMFI.

Cahaya : melihatkan perkataan “chenta” dan gambar “chenta” di laman empunya, agak sedikit terluka kerana dia rakan seIslam kita. Moga Allah buka ruang dihatinya mengenali apa itu Cinta dan bukan “chenta”. Amiin…

Dikirim dalam Karya YaQeen. 6 Comments »

6 Respons to “Arca “Chenta””

  1. ADLI Says:

    Mudah-mudahan. Ameen…..

  2. Siti Aisyah Says:

    can i say this poem too classical or too poetic?
    though one of my intelligences is language, i don’t really get wat u mean.. hehe

    well, it applies for any art works.
    ppl may interpret a work so many things from their point of view,
    but only the doer knows what she really means..😉

  3. C@h@Y@ Says:

    Hehe.. tidaklah terlalu klasik cik Aisyah.

    Mari kita semak sama-sama.

    Frasa 1:

    Kaca simboliknya

    Kepada arca dinama “chenta”

    Maksud : Penulis mengibaratkan kalimah ‘chenta’ sebagai cinta manusia semata. Cinta manusia itu diibaratkan seperti kaca.

    Frasa 2:

    Kilat digilap

    Silau menyakitkan mata

    Maksud : Pasangan bahagia dan selesa mencorakkan perhubungan mereka. Namun begitu, hubungan tersebut agak sinis di mata penulis kerana eratnya mereka adalah pasangan yang bukan muhrim.

    Frasa 3:

    Aku seorang insan

    yang tidak percaya kepada arca “chenta”!

    Maafkan aku!

    Maksud : Penulis bukanlah seorang yang mempercayakan cinta buatan manusia semata.

    Frasa 4:

    Silaunya arca dikatakan buta

    Maksud : Kebiasaannya, umum mengatakan cinta itu buta yang diinterpretasikan sebagai arca.

    Frasa 5 :

    Arca tidak buta!

    Si Ukir arca itu yang buta

    yang buat ia terhempas berkaca-kaca

    lalu bisa lukakan empunya

    Maksud : Penulis berpendapat, cinta sebenarnya tidak buta. Pasangan yang bercinta tersebut yang membutakan hubungan mereka. Bercinta dengan menutup mata daripada hukum-hukum Allah. Akhirnya apabila cinta yang dibantu syaitan tadi tidak menjadi, masing-masing berhati nanar.

    Frasa 6:

    Aku seorang insan

    yang tidak percaya kepada arca “chenta”!

    Maafkan aku!

    Maksud : Sekali lagi, penulis bukanlah seorang yang mempercayakan cinta buatan manusia semata.

    Moral : Berhati-hati memilih cinta manusia.

  4. ise Says:

    sastera habess…

  5. muhammadridwanto Says:

    Ise tu macam ISA kot……jangan macam HARUN sudah…

  6. C@h@Y@ Says:

    Sastera bukan sebarang sastera,
    ceritera anak jawa,
    cerita bukan sebarang cerita,
    dari hati menusuk jiwa…

    Fuh… berpeluh pantun ni.. (^;^)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: