Abang VS Ayang

Memula skali ayang anta kat abang..

Dear abang,

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik… cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini… kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam… abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cubahantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah.

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance….. ayang nak dapat pi saloon setahun sekali pun susah..

Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak.

Paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

Love,
ayang

Ni abang plak bagi….

Dear Ayang,

Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kansarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah.

Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan, abang gi keja..lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doraemon..ish xnak laa abang..

Pasal hadiah kan , abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur…. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah… tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k.. tapi demi ayang abang wat jugak..

sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer PHSM. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu.. pasal morning kiss tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kiss cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..

Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu… biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan ..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital. abang kene tanduk xpe..

Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu.. ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang.. dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang ketawa…hahahhahahahahha

Cahaya : Petikan ini saya copy paste daripada emel yang diterima daripada seorang sahabat muslimat. Memang boleh tergelak juga. Terus saya emelkan kepada rakan sepejabat. Bahan santaian untuk mengundang senyum ibu-ibu dan ayah-ayah, kakak-kakak dan abang-abang. (^;^)

Advertisements
Dikirim dalam Sempoi~. 8 Comments »

8 Respons to “Abang VS Ayang”

  1. 'uyun Says:

    aku tak tahan lalu telah ketawa terbahak-bahak..

    Selaku guru tuisyen bahasa malaysia yang mengajar KOMSAS. aku dapat simpulkan yang abang ialah seorang yang penuh dengan kasih-sayang, kelakar dan agak ‘hampeh’
    ayang pula seorang isteri yang juga penuh kasih sayang namun sensitif dan kuat cemburu.

    huhu

    (terus terang aku lebih ‘bias’ kepada ‘abang’ dari ‘ayang’ yang kat cerita ni)

    ‘ayang’,

    isteri yang baik ;

    1) bangun tidur sebelum subuh bukan pukul 12 tengahari. Lebih baik kalau sebelum subuh tu dapat kejutkan suami dan anak-anak qiamulail.
    2) mengemas rumah, pastikan rumah dalam keadaan bersih dan sedap mata memandang. x kisahlah rumah tu besar ke kecil ke. kan3?
    3) tidak meminta-minta barang yang sememangnya suami tidak berkemampuan untuk membeli. bersifat Qanaah lah wahai ayang. kelak allah tambahkan lagi rezeki yang selayaknya untukmu.
    4) tidak keluar rumah tanpa izin suami dulu.keluar rumah tinggalkan surat untuk suami then ‘blah’ mcm tu je bawa anak-anak. ish3, jangan begitu, minta izin dulu, baru keluar, walaupun dalam keadaan kecewa, marah dan bengang sepenuhnya, mintalah izin. Bagi tahu, keluar rumah sebab nak tenangkan hati ke, makan durian kat kampung ke… ape ke… Jagalah maruah suami tu (melainkan suami kita dera ke, tak bagi kita solat ke.. ha, tu hukum dah lain.. setakat KERETA pun nak ‘blah’, aku tak setuju..huhu)
    5. Kalau make over ke make up ke, tak usahlah sampai nak cukur kening. HARAM tu. dan abang itu jatuh dayus kalau tak tegur sebab isteri dah langgar hukum allah. ayang, bulu kening ni cantik allah bagi, simpanlah elok2.. lagipun , dr. fadzillah kamsah x ada buat penyelidikan ciri-ciri manusia yang jenis bulu kening type ‘di cukur’. Kalau sifat-sifat manusia mengikut jenis bulu kening tebal ke, nipis ke, bercantum ke, adalah. Nanti orang-orang yang berbulu kening ‘di cukur’ tu mengalami krisis identiti sebab tak tahu mana satu jenis ening dia,ha,kan susah tu..jadi,simpan hak allah, allah simpankan hak kita.
    6. kena ingatkan pada suami, ‘duplicte lah kunci’ supaya boleh masuk rumah bila2 masa saja. karang kalau isteri tak kunci rumah, perompak masuk pula.kan tak patut tu. jadi, suami isteri kena lah cerdik sikit..

    banyak lagi kalau nak ditulis ni. Kesimpulannya, muhasabah lah balik diri masing-masing. Karang satu masa nanti, adakah kita akan jadi sepeti ayang atau abang atau pun siapa2 sajalah.

    ~correct ourself. Save the planet~

  2. ADLI Says:

    Gelak-gelak juga. Yang buruk dijadikan sempadan, yang baik dijadikan tauladan.

    Wallahu’alam.

  3. muhammadridwanto Says:

    yea ke ?
    Uyun ni bijak lah, hahahaha
    tanya pada sang teruna, lagi 2 tahun , soal selidik pada sang dara , pun lagi 2 tahun …
    inysa Allah, lagi cepat lagi baik..ameen

  4. C@h@Y@ Says:

    Wah abg wanto, main selidik2…

    Berbalik pada entri kali ni, ni komen saya. Pertamanya terima kasih pada ‘uyun dan adli yang konsisten menghantar komen pada entri2 saya. Terima kasih diucapkan. Buat abg wanto, terima kasih juga.

    Walaupun petikan santai, saya dapat rasakan pembaca yang membacanya pasti dapat moral dan pengajaran secara tak langsung.

    Saya pula berpendapat, apapun mesti dibalancekan moral untuk diambil daripada keduanya. Bukan saya anti lelaki dan lebihkan wanita (maklumla, jiwa kenisa’an tinggi) sebab kalau boleh saya nak rasional sket di sini. Bukan saya xnak bias pada ‘abang’, bahkan juga pada ‘ayang’. Tapi jujurnya, saya still memihak pada ‘ayang’ (^;6). nak tahu kenapa? okey, di bawah ni saya listkan beberapa pendapat utk sesiapa yang bergelar ‘abang’ atau ‘abang-to-be’ dan ‘ayang’ atau ‘ayang-to-be’

    1. Petikan : Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu
    Moral utk ‘ayang’ : Isk2… tak baik perempuan mengungkit pasal duit hantaran. x ikhlas berkahwin ke dengan abang?
    Moral utk ‘abang’ : kenala beritahu kereta tu sape punye. yang awak tak berterus terang kenapa? kan dah susah…

    2. Petikan : Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah.
    Moral utk ‘ayang’ : Dah tu, yang awak pun xbangun pagi dan beri suami morning kiss, boleh pulak? Kesimpulan, bangun awal dan sediakan keperluan utk suami. Subuh berjemaah eratkan kasih sayang…
    Morak utk ‘abang’ : ajakla isteri subuh bersama. awak tu kan pemimpin…

    3. Petikan : Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..
    Moral utk ‘ayang : pandai2la pujuk ‘abang’. itukan tugas ‘ayang’ dan keperluan ‘abang’. tapi sampai meminta2 barang yang diluar kemampuan ‘abang’, itu dah lebih maa…
    Moral utk ‘abang’ : sapa suruh hang letak kat dapur. nak romantik sangat pun letak la tempat yang boleh ‘ayang’ tak buang. Nak kemas salah, tak kemas pun jadi salah.

    4. Petikan : Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance….. ayang nak dapat pi saloon setahun sekali pun susah..
    Moral utk ‘ayang’ : Nak jaga diri atk semestinya pergi saloon. Orang melayu + jawa ni banyak je tips kecantikan asli menggunakan alam semulajadi. Doa+air sembahyang salah satunya. banyak2 la baca buku ‘ayang’… jangan tido je… Takkan itu pun ‘abang’ nak ajar. kalau dah sampai cukur kening~ aku pun marah. HARAM beb! Nabi tak mengaku umat tau.. saje nak ingatkan…
    Moral utk ‘abg’ : Kalau nak ‘ayang’ cantik, spend la ongkos sket utk ‘ayang’ memanjakan dirinya.. ni nak ‘ayang’ cantik dan melawa utk dia, tp poket dizip pula.. cantik bukan utk siapa, utk ‘abang’ jugak kan…

    5. Petikan : kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal… ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.
    Moral utk ‘ayang’ : Nak elakkan meminta yg bukan2 ni, hang try la pi baca buku2 ka, zikir ka… Kesian ‘abang’, dok balik keja penat2, hang leter minta itu ini…
    Moral utk ‘abang’ : Dalam masa ‘ayang’ menjadi pembawa budak, memang ‘abang’ kena bersabar banyak2. mood dan emosi mmg xmenentu. kadang2 ‘ayang’ pun tak tahu kenapa jadi lagu tu. maklumla, budak tu anak ‘abang’ juga. InsyaAllah kesabaran dan ketenangan ‘abang’ menurun kepada anaknya.

    6. Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak.
    Moral utk ‘ayang’ : kan antara tugas ‘ayang’ membantu ‘abang’ menjaga hartanya bila dia tiada. So, pandai2la pesan kat anak2 tu. Lagi satu, pasal jatuh longkang, sapa suruh awak asyik dok menjeling ‘abang’, kan dah jatuh. longkang depan pun xnampak.
    Moral utk ‘abang’ : Kut ye pun tolong la angkat ‘ayang’ awak tuh…. kalau nak gelak, gelak betul2.. jangan nyorok2.. (ni memang berpihak pada ‘abang’)

    Kesimpulan :
    Moral utk ‘ayang’ : Ajaklah berbincang kenapa ‘abang’ begitu dan begini pada masa yang sesuai. Setiap masalah ada penyelesaiaannya. Keluar rumah dan balik kampung dengan tiada alasan yang rasional hanya bakal menjatuhkan maruah dan air muka ‘abang’. Belajarlah sayang dan faham ‘abang’ lebih lagi. Berterus terang. Ni jangan makan hati dan peruk perasaan tu sampai jadi pekasam, baru nak beritahu. Maklumla, jenis ‘ayang’ ni memang sensitif dan mudah merajuk. Tapi berpadalah dan letakkan sedikit rasional dalam keputusan. Jangan emosi je. Slow talk la. Use the woman’s power. kihkih…
    Moral utk ‘abang’ : berterus terang. Dalam hal ni, ‘abang’ memang tak pandai ambil hati ‘ayang’. Awak tu leader. Hal kekeluargaan lebih2 lagi berkenaan isteri tak boleh diambil remeh. sekecil-kecil masalah kalau dibiarkan boleh jadi parah. Almaklum, ‘ayang’ kan sahabat anda sehingga akhir hayat. Didik dan bimbing ‘ayang’. Jangan biarkan ‘ayang’ didik anak sorang2. Anak hasil perkongsian bersama. Nak isteri pandai menghargai, kenala jadi suami yang tahu menghargai.Bersedia utk berkongsi. Maklumla ‘abang’ kan ada sikap egonya. Bertempat itu perlu.

    Cahaya : Erti bahagia bila berkongsi.

  5. C@h@Y@ Says:

    Emel daripada k. husna (Nisa’ Serdang) :

    Ganjaran Seorang Isteri

    Hargailah isteri .

    Mulianya seorang isteri disisi Allah…
    Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak.
    Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
    Biarlah buruk mana isteri anda,
    sayangilah mereka…..

    Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan… jadi ‘kilang ‘ manusia..
    Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh…
    7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
    Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
    Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
    Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. . sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
    nyawanya.

    Satu lagi berita gembira untuk wanita,
    Sepanjang dia mengandung, Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
    Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
    Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
    jadi kenapa perlu takut nak beranak?

    Marilah kita pegang kepada tali Allah.
    Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
    Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.
    Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
    tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

    Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
    terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
    Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
    atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah ke atasnya jua..

    Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
    jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.
    Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
    Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

    Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
    Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
    Allah agar tidak derhaka denganNya.

    Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
    Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) , lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

    Cahaya : Moga jadi isteri yang membahagiakan…

  6. Siti Aisyah Says:

    Jaga2 ‘Uyun.. Rahsia anda hampir terbongkar.. For this entry, i hv no comment.. hee 😉

  7. muhammadridwanto Says:

    Uyun ada rahsia yang besar ke?
    wah, hebat tu …..

  8. 'uyun Says:

    rahsia kecil besar..
    wallaualam.

    elakkan kontrovesi,
    tingkatkan prestasi,

    elakkan konfrontasi,
    banyakkan diplomasi

    selamat berbahagia di hari jumaat


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: