Apa ada pada Nama?

Apa ada pada nama?

Apa ada pada nama? Apa kepentingan maksud nama? erti nama? Penting sangat ke nama ni kepada seseorang? Penting ke? Penting ke?

Mungkin, ada perkiraan kawan-kawan di sekeliling, artis-artis, ataupun sesiapa yang kurang peka kepada peletakkan nama akan mengambil enteng jika nama mereka dieja dengan salah. Bahkan ada juga yang masih keliru dengan namanya sendiri bagaimana hendak ditransform kepada tulisan Jawi.

PENTINGNYA NAMA

Tulisan saya di sini bukanlah suatu fakta yang diambil dari mana-mana. Cuma sekadar pendapat bertepi. Namun, saya berharap rakan taulan mengerlingnya sedikit. Tidak mengapalah sinis. Tetapi jika sampai manfaatnya, syukur Alhamdulillah.

Pada pendapat hamba Allah yang kudus ini, pemberian nama kepada bayi yang masih suci, yang masih berurat merah, bersih daripada dosa dan cela, haruslah ditimbang secara rasional kepada perkembangan bayi tersebut kelak. Nama yang diberi merupakan penjiwaan pertama kepada roh yang baru bernafas melalui wasilahnya iaitu jasad selepas azan/iqamah yang dialunkan di telinga bayi itu tadi yang menandakan, anak kecil itu beragama ISLAM selepas kedua orang tuanya. Dalam erti kata lain, ia adalah didikan pertama daripada pasangan yang menimang cahaya mata tersebut.

Nama yang manis-manis, baik-baik, dan lembut-lembut dalam Islam banyak boleh didapati daripada Al-Quran, buku panduan nama anak, internet, bacaan sirah, tempat-tempat bersejarah, dan tokoh-tokoh termashyur.

KESAL

Dewasa ini, saya terpegun (bangga sinis) dengan kecekapan muda belia memberi nama kepada anak-anak dengan nama yang canggih-canggih. Bila ditanya apa maksudnya? mak ayah pun tak tahu apa maknanya.

Entri ini saya titipkan berikutan rasa kesal dengan segelintir orang kita (orang Islam) yang mengatakan “Nama bukan ada apa, asalkan dia buat perkara yang tak bukan-bukan, tak mengapalah!” Kata seorang artis (takpelah, tak nak sebut. Buat sakit aje). Beliau yang berbangga dengan nama anaknya (ala Mat Saleh) mengatakan sedemikian seolah-olah mengenepikan asalnya (semoga beliau dan saya bertaubat).

Ingin saja saya sampaikan kepada beliau, “Islam juga ada nama yang canggih-canggih, bersempena nama nabi-nabi, pahlawan-pahlawan Islam, tempat-tempat yang baik untuk dijadikan nama.” Contoh nama-nama tokoh Daniel, Danish, Uwais, Haiqal, Ali, Uthman, dan banyak lagi. Contoh nama-nama tempat Islam yang baik Madinah, Munawwarah, Oman, dan sebagainya. Banggalah menjadi Muslim.

Kesimpulan

Berilah nama yang baik kepada waris-waris kita kelak. Kelaskan mereka ke dalam penjiwaan yang sesuai dengan namanya. Jika namanya Muhammad, biarlah dia mengamalkan amar makruf nahi mungkar sepertimana dianjurkan oleh Rasulullah. Jika Ali namanya, biarlah jatidiri Islamnya sehebat Ali bin Abi Talib. Jika Umar namanya, biarlah tegas menegakkan Islam di mata manusia. Wallahua’lam.

Laman ingin dikongsi :

1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sahabat_Rasulullah_s.a.w.

2. http://www.dzikir.org/b_namais.htm

3. http://www.dzikir.org/b_nama3.htm

4. http://mj.crazyartzone.com/baby/index.asp?cat=Perempuan&ch=Y

5. http://www.darulnuman.com/mhikmah/nama/

Cahaya : KELAKAR … Bila pelajar menulis namaku begini…

1. Miss Inul Yakin (bila pulak aku berdangdut? tak boleh terima…)

2. Miss Nurul Yaqeen (macam nama Miss world la plak, masih boleh dimaafkan…)

3. Pn Ayu Yakin (Ayu la sangat! tak boleh terima…)

4. Ms Yakhin (Camno nak nyebut nye nih? tak boleh terima…)

5. Miss Ainur Yaqeen (Sket je lagi markah penuh. masih boleh dimaafkan…)

6. Miss Nur Ainul Yakeen (Sket je lagi markah penuh. masih boleh dimaafkan…)

7. Miss Yakin (Boleh diterima, perbaiki tulisan.)

8. Ainul Yaqin (Boleh diterima, perbaiki tulisan.)

Cahaya : pantang nama disalah eja… nak buat macam mana… terpaksa la korang layan…

Advertisements
Dikirim dalam Suci Nurani. 3 Comments »

3 Respons to “Apa ada pada Nama?”

  1. ADLI Says:

    Salam cik Nur Ainul Yaqeen.

    Saudari apa khabar? Harap-harap saya tidak tergolong dikalangan orang yang salah eja nama saudari. huhu. Nama adalah satu elemen penting bagi setiap insan. Ia melambangkan keperibadian seseorang. Nama juga adalah doa. Contoh jika seseorang itu dipanggil dengan nama yang baik, insyaAllah pasti akan dapat merangsang dirinya untuk menjadi yang terbaik. Dan juga dapat membentuk dirinya dengan sifat-sifat yang terpuji. Tetapi kalau nama seseorang itu dipanggil dengan nama gelaran yang kurang enak dan juga maksud nama yang berubah akibat salah sebut, berkemungkinan akan berlaku sesuatu yang negatif pada individu tersebut. Jadi bila nak berikan nama anak, pilihlah nama-nama yang baik. Dan panggilah anakmu dengan sebutan nama dengan betul.

    Wallahu’alam.

  2. Siti Aisyah Says:

    Ayong tu slh eja ape.. haha ;p

  3. C@h@Y@ Says:

    Terima kasih buat saudara Adli dan saudari Aisyah. Selamat datang diucapkan (6;^)

    kepada Adli : betul, saya setuju tu. Dulu mungkin perihal nama ini kurang di’highlight’kan. Lantaran itu, ibu bapa kurang peka dengan pemaksudan nama anak-anaknya. Ada yang baik juga, merujuk kepada ustaz atau orang yang arif agama untuk menamakan anak mereka, alhamdulillah. Zaman kita sekarang ni, bagi sesiapa yang dah tahu, amalkanlah dan sebar kepada sesiapa dengan cara yang paling berhemah. InsyaAllah, hasilnya kita pulangkan kepada Allah dengan lafaz Alhamdulillah…

    kepada Aisyah : Ayong tu gelaran istimewa bagi orang yang istimewa.. hehe


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: