Cerita Ramadhan dan Muharam saya

Bulan yang ditunggu, bulan yang dirindu, bulan yang datangnya ditunggu dan dirindu tak jemu…

Begitulah saya ibaratkan Ramadhan. Jujurnya, dalam dua tahun ini, saya lebih seronok menikmati bulan Ramadhan. Tahun ini merupakan tahun kedua saya hidup berdikari sebagai orang bujang yang bermusafir di perbukitan Bangi. Di UKM pun bukan tak berdikari, namun seronoknya berbeza setelah bergelar lepasan mahasiswa. Bukan tidak dirindui kehidupan di usia pra-matang, namun kenangan pahit yang lepas, sedikit sebanyak menggugat jiwa. Dalam dua tahun ini, baru saya jejaki berbuka puasa dengan sahabat di Masjid UKM. Bukan dulu tak mahu, takut niatnya ke masjid untuk dapat makan free…! Bukan itu tujuannya. Dua tahun mendidik diri, jejak juga bersama rakan taulan. Meriah!

Musibah pada 1 Muharam 1428…

Rasa diuji dengan kuat, mendidik tabah, mencari cahaya, disokong dan dibimbing, dan bersyukur…

Tenang pada 1 Muharam 1429…

Rasa tenang, damai, bahagia, disayangi, dan bersyukur…

Ramadhan Dirai, Syawal diresahi.

Ramadhan belum tiba, orang sibuk bertanyakan baju dan kuih raya. Sehingga di surau, kuih raya jadi topik. Bagi orang bujang macam saya, apa nak risau ye. Baju raya pun masih dibelikan. Cuma sebagai anak sulung, kalau tak dua tiga jenis, cukuplah sejenis buat kuih dengan tangan sendiri. Minat sehingga mak membantu beli peralatan membuat kuih. Kebiasaannya dibantu adik-adik. Tukang adun : Ayong, Tukar acu : Anas dan Fiqrah, Tukar bakar : ‘Uyun, dan Tukang tengok : Azim… huhu… Apapun, raya seronok sebab masa ini adik-beradik berkumpul dan bergambar sepuasnya. Ayam masak kicap emak… Tak boleh miss!

Advertisements
Dikirim dalam Ceritawara. 6 Comments »

6 Respons to “Cerita Ramadhan dan Muharam saya”

  1. AzamHassan Says:

    aqeen..lama xdgr cite..shat? =)

  2. 'uyun Says:

    mana ada ‘ayam masak kicap mak’….. ‘ayam semur’ adalah, chef wan pun dah panggil ‘perut lembu’ sebagai ‘babat’, jadi jangan malu2 nak sebut ‘semur ayam’.. ha, BARU JAWA!

  3. 'uyun Says:

    Tulis la entry “KENAPA ADIKKU ‘UYUN BANGGA MENJADI PEREMPUAN JAWA?” wikiki

  4. C@h@Y@ Says:

    AzamHassan : Alhamdulillah Azam, sihat. Lama juga xdengar cerita Azam eh. Bile nak buat reunion KMM, jgn lupa jemput. hee…

    ‘Uyun : Kenapa ye adikku begitu? Jawa? Bonus Package!

  5. 'uyun Says:

    sebab adikmu ini terlalu obses terhadap JAWA.. hihi… ntahlah in, rumpun JAWA ni buat aku jadi jawa.. hihi.. Yang penting orang Jawa mesti kuat disamping membawa agenda dan dakwah ISLAM (jawa yang boleh je lah, bersilat sampai isim tu tetap BERDOSA BESAR no..)

  6. C@h@Y@ Says:

    Terlalu obses tak boleh juga ndok. Bersederhanalah dalam setiap perkara. Apapun masih banyak agenda yang kita boleh bantu dalam mentradisikan Islam di kalangan orang Jawa. Terutama dalam pengkayaan adat dan sosial budayanya, mestilah tidak bercanggah syarak. (6;^)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: