Ouh Mee Bandung~

Saja menitipkan entrI santai. Bila mengisi kehadiran pelajar kuliah, teringat pula pengisian sepanjang balik kampung pada minggu lepas. Hari Selasa saya menjamu Nasi beriyani Gam di Taman Soga Batu Pahat. Memang ramai. Rata-ratanya bukan orang dari situ. Tetapi mereka yang berkursus singgah di sana untuk menikmati kelazatan dan penangan nasi beriyani power. Selalunya, memang Nasi beriyani kambing yang menjadi pilihan.

Esoknya, sebelum memasuki tol di Tangkak, singgah dulu di jeti Muar, bersebelahan Jambatan Sultan Ismail. Mengidamkan mee bandung Muar saya gagahi untuk menyinggah walaupun tahu, mungkin sampai di Bangi meredahi gelap.

Berhenti makan sambil mengenakan kopi ‘o’, rasa nyaman di tekak. Bersama teman baik yang menemani pulang ke Batu Pahat, kami minum petang agak berat. Rasa udang kering, telur yang separuh masak, mee yang tidak muak, kuah yang pekat… aduh, rindu pada Mee Bandung Muar!

Nasi Beriyani Gam Power Batu Pahat

Nasi Beriyani Gam Power Batu Pahat

Orang Johor perkenalkan Beriyani kepada Orang Perak

Orang Johor perkenalkan Beriyani kepada Orang Perak

Selepas menikmati minum petang di jeti Muar

Selepas menikmati minum petang di jeti Muar

Cahaya : Penggemar percutian. Memang sesuai jadi cikgu yang banyak cuti (6;^)!

Dikirim dalam Ceritawara. 7 Comments »

7 Respons to “Ouh Mee Bandung~”

  1. ikram Says:

    amboih boss…kehulu kehilir sungguh…
    hehehehe…slamat menjadi cikgu dengan berjayanya..

  2. C@h@Y@ Says:

    huhu.. tu yang sangkut kerja MHD. Well, semoga kita akan berkerjasama lagi. Best berkerja dengan team portal ukhwah. Profesional!

  3. ADLI Says:

    bestnyer, jalan-jalan cari makan. huhu. skrg ni Aqeen masih bekerja kat MFI lg ke? Yang Institut Perguruan Tun Hussein Onn tu?

  4. irhafiz Says:

    oo. byk kenangan sy lakarkan kat tangkak, johor. Kolej matrikulasi johor. Dari terengganu, saya telah terpelanting jauh ke Johor, terus kene tukar slang. Tapi banyak jugak experience yang dapat. Suka dan duka… Tapi macam mana kita guna experience tu, itu yang penting, agar kita lebih matang, kerana experience mematangkan kita…. salam untuk tuan rumah, adli and semua sekali.

  5. C@h@Y@ Says:

    Adli : Temuduga sekadar mencuba nasib. Masih bekerja di MFI. Jika dua tawaran datang sekali, pertimbangkan lagi. (6;^)

    Irhafiz : Salam alaik Irhafiz. Menggunakan pengalaman sebagai guideline, penting juga. Kesilapan diperbaiki, kematangan ditambahi. Mesti susah kan nak tukar slang. Dah dok Johor, ha, pandai cakap Jawa? heee…

  6. 'uyun Says:

    macam mana tak teruk resdung tu cik adik…. makan udang, belacan dalam mee bandung.. hmmm.. jagalah kesihatan tu…

  7. ADLI Says:

    Aqeen ada resdung ke? Makanlah ubat homeopathy!. InsyaAllah berkesan. Kat Bangi pun ada. hehe.

    Homeopathy Adalah Perubatan Alternatif. Di Jamin tak ada side effect & no drug. I love homeopathy!.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: