Tulisan Jawi

Pengenalan

Tulisan Jawi (توليسن جاوي) merupakan seni penulisan yang wujud sejak berabad lamanya di seantero Nusantara. Kemunculannya secara tidak langsung seiring dengan kedatangan Islam ke Nusantara termasuklah Malaysia. Tulisan Jawi berasal daripada tulisan Arab yang huruf-hurufnya digunapakai dalam sistem penulisan ibunda kita iaitu bahasa Melayu. Ia juga merupakan tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan secara meluas di Malaysia, Filipina, dan Indonesia.

Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi.

Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi.

Penggunaan Tulisan Jawi di Malaysia

Dahulu, tulisan jawi sangat luas penggunaannya di Malaysia. Manuskrip, dokumen-dokumen, surat menyurat digunakan dengan tulisan Jawi. Peranan Tulisan Jawi dulu sangat penting dalam hal-hal pentadbiran, adat istiadat diraja, perdagangan dan dakwah keagamaan. Namun, semenjak kedatangan penjajah dan pengaruh-pengaruh dari luar, penggunaannya begitu terhad di kalangan masyarakat Malaysia. Cuma sekolah-sekolah agama, badan-badan hal ehwal agama, dan perkara-perkara yang berkaitan dengan agenda Islam sahaja yang masih membudayakan tulisan ini. Dipandang berisi namun bertepi. Begitulah pendapat saya.

Namun, sekalung pujian buat beberapa negeri, jawatankuasa kampung, atau pihak persendirian yang masih kenal bahasa agama sendiri kerana membudayakan tulisan ini dan menggunakannya. Termasuklah pada papan-papan tanda restoran, papan-papan tanda jalan, tajuk surat (headletter), malah dalam penggunaan tandatangan. Syabas diucapkan!

http://www.callidesign.blogspot.com/ merupakan blog seorang sahabat saya yang sedang aktif menggiatkan kerja seninya dalam penulisan khat. Beliau telah membuktikan bahawa kemahiran dalam seni tulisan ini mampu menjadikan Penggiat Seni Khat adalah suatu profesion kemahiran yang profesional. Malah kerjayanya mendapat perhatian daripada agensi-agensi luar negara juga. Syabas sekali lagi buat anak Melayu Islam ini! Teruskan berbakti.

Cahaya : Pencinta tulisan Jawi

ABJAD

Berikut adalah jadual bagi huruf-huruf dalam tulisan Jawi.

Nama Bentuk huruf Padanan Rumi
Tunggal Awal kata Tengah kata Akhir kata
alif

a

ba

ـﺒ

ـﺐ

b

ta

ـﺘ

ـﺖ

t

sa

ـﺜ

ـﺚ

s, (th)

jim

ـﺠ

ـﺞ

j

ha

ـﺤ

ـﺢ

h, (ḥ)

ca

ـﭽ

ـﭻ

c

kha

ـﺨ

ـﺦ

kh

dal

د

ـد

d

zal

ـذ

z, (dh)

ra

ـر

r

zai

ـز

z

sin

ـﺴ

ـﺲ

s

syin

ـﺸ

ـﺶ

sy

sad

ـﺼ

ـﺺ

s, (ṣ)

dad

ﺿ

ـﻀ

ـﺾ

d, (ḍ)

ta

ـﻄ

ـﻂ

t, (ṭ)

za

ـﻈ

ـﻆ

z, (ẓ)

ain

ـﻌـ

ـﻊ

awal: a, i, u; akhir: k, (‘)

ghain

ـﻐـ

ـﻎ

gh

nga

ڠ

ڠـ

ـڠـ

ـڠ

ng

fa

ـﻔ

ـﻒ

f

pa

ـﭭ

ـﭫ

p

qaf

ـﻘ

ـﻖ

k, q, (q)

kaf

ـﻜ

ـﻚ

k

ga

ڬ

ڬـ

ـڬـ

ـڬ

g

lam

ـﻠ

ـﻞ

l

mim

ـﻤ

ـﻢ

m

nun

ـﻨ

n

wau

ـو

w, u, o

va

ۏ

ـۏ

v

ha

ـﻬ

h

ya

ـﻴـ

y, i, e taling

ye

ى

ـى

e pepet hujung

nya

ڽ

پـ

ـپـ

ـڽ

ny

hamzah

ء

ء

awal: gugur; akhir: k, (’)

ta marbutah

ة

ـة

t, h, (ṯ)

***Tulisan jawi berlatarkan merah jambu adalah tulisan jawi yang unik dan sebenarnya tiada dalam tulisan Arab.

Dikirim dalam Eksplorasi. 3 Comments »

3 Respons to “Tulisan Jawi”

  1. akma Says:

    aku nak tulisan jawi assalammualaikum la!!!!!!!!!!!

  2. C@h@Y@ Says:

    Nak cari seribu daya cik Akma.. kalau tak dapat cuba lagi.. heee… toksah nak jerit2 dong… nanti saket tekaknya.. selamat mencari tulisan assalamualaikum ye..

  3. Embah Maridjan Says:

    Embah menyeru, mari kita sama-sama memartabatkan semula tulisan jawi… ayoh mengorak langkah, siapkan diri kita dan anak-anak kita dengan tulisan ini, supaya anak cucu tures menikmati keseniannya dan kerahsiaannya…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: