Usaha Tangga Kejayaan

Selasa lalu saya menghadiri temuduga di Institut Perguruan Tun Hussein Onn. Satu langkah ke depan lagi. Kali kedua menghadapi temuduga, rasa gugup walau yakin itu ada. Restu mak dan abah mengiringi. Mereka menghantar dan mengambil saya di Main Entrance IPTHO. Namun, apa yang mendukacitakan, surat pengesahan senat tidak diluluskan untuk dokumen-dokumen saya difailkan. Mereka memerlukan skrol Ijazah yang masih di UKM! Aduh! I have to go back to Bangi…

Jam 6 petang saya pulang ke Bangi dengan harapan Allah memberi keberkatan kepada insan yang berusaha. Tak kisahlah abah marah, tapi nekad berusaha itu ada. Sampai di Bangi jam 11malam. Melalui jalan sunyi dan gelap seorangan dari laluan Terminal One ke stesyen komuter Seremban membuatkan bulu roma tegak juga sekali sekala. Bukan hantu yang ditakutkan, tetapi jembalang berupa manusia… Bacalah apa yang patut. For ladies,  I advise you to have accompany if you walk alone. Hari tu, berani-berani takut je.

Keesokan pagi, pedal dipecut ke 140km/j. Doa supaya selamat sebab saya harus sampai semula ke Bt. Pahat sebelum jam 2 petang. Selesai menghantar salinan skrol yang disahkan, saya pulang ke rumah dan meminta abah belanja beriani gam kambing! (Balas dendam kerana kepenatan). Nah, akibatnya, kepenatan yang dikumpulkan dua minggu lepas diprodukkan dalam bentuk demam. Senyum sendiri, namun, puas. Sekurang-kurangnya saya berusaha. Hasilnya, biar Allah yang rencanakan. Saya terima dengan hati terbuka walau apapun keputusan temuduga itu.

Dikirim dalam Ceritawara. 2 Comments »

2 Respons to “Usaha Tangga Kejayaan”

  1. ADLI Says:

    Semoga berjaya. Doaku sentiasa bersamamu. InsyaAllah.

    Aqeen: For ladies, I advise you to have accompany if you walk alone.

    Adli: Tahu tak apa. Lain kali jangan buat lagi. I warn you🙂

  2. Siti Aisyah Says:

    yup, it is advisable to hv at least a friend to accompany when u travel alone..
    but sometimes, i understand dat things happen dat we can’t expect.. (i’ve experienced this so many times)
    so, be independent & again.. tawaqal ‘alaLLah~~
    all da best!🙂


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: