Konvokesyen 2008/2009

TASKA Rengit adalah tempat pertama dia mendapatkan ilmu secara formal. Di rumah, ayahanda dan bonda sudah bekalkan sikit-sikit pelajaran asas seperti mengenal abjad, nombor, lagu, doa-doa asas, dan asas ibadat sebagai umat Islam. Seterusnya dia mendapat didikan awal di Tadika KEMAS Kg. Sg. Kluang Darat, Rengit. Dikenali oleh orang kampung disebabkan cepat membaca seawal usianya empat tahun.

Pendakian bukan terhenti di sini...

Pendakian bukan terhenti di sini...

Pada tahun 1992, kaki kecil gadis ini menginjakkan tapaknya ke Sek. Keb. Seri Mulia, Kg. Sg. Kluang Darat. Cakap pelat-pelat versi Jawa membuatkan orang geli hati. Godak parit, redah kebun, panjat pokok, jadi kegemaran mengisi masa petang. Dek keletah dan tak tahu malu ala-ala berani, membuatkan ayahanda sedikit risau anaknya lasak seperti lelaki. Mempunyai adik-adik, dia adalah seorang yang protektif.

Makan berjemaah tips kebahagiaan

Makan berjemaah tips kebahagiaan

Usia tujuh tahun, gadis ini terus belajar bersama kakak-kakak dan abang-abang yang berusia lapan tahun kerana melompat kelas. Cuma bila Kementerian Pendidikan memperkenalkan matapelajaran Sains yang menggantikan matapelajaran Alam dan Manusia pada tahun 1995, gadis ini menduduki darjah empat selama dua tahun untuk tidak ketinggalan mendapatkan ilmu Sains.

Serba merah di hari bahagia

Serba merah di hari bahagia

Berpindah ke Senggarang pada tahun yang sama, dia bersekolah di Sek. Keb. Senggarang. Seorang pelajar yang aktif dengan permainan catur, pertandingan akademik dan badan beruniform. Selain itu, turut digemari adalah bersajak. Pantang ada subtopik sajak, pasti tangannya diangkat dulu untuk merebut baca.

Tulang belakang semangat

Tulang belakang semangat

Sek. Men. Keb (P) Temenggong Ibrahim adalah lubuk baru untuk mendapatkan pengalaman dan pendidikan. Menjejakkan diri ke alam menengah dengan suasana yang baru kerana rakan sekelas tergolong dalam golongan lady-lady sahaja. Pasukan pancaragam menjadi pilihan untuk kegiatan beruniform (side drummer). Tarian zapin, pantun, sajak, drama, dan nasyid antara program-program kesenian yang diceburi. Pendek kata, puas bersekolah di TIGS (Temenggong Ibrahim Girls’ School). Pengalaman yang tak ternilai diperolehi di sini, menjadikan gadis ini berjaya membawa dirinya melangkah ke mana-mana dengan yakin akan potensi diri.

Bintang Hati ayah dan bonda

Bintang Hati ayah dan bonda

Kamilah Bintang!

Kamilah Bintang!

Seterusnya, Kolej Matrikulasi Melaka, tempat pilihan pertama dalam tuntutan meneruskan pengajian tinggi. Belajar untuk belajar. Itulah tema ketika dia berada di matrikulasi. Agak mencabar dengan kepadatan waktu belajar dan aktiviti kokurikulum. Mula aktif menceburkan diri dalam bidang pengacaraan. Diberi kepercayaan menjadi pengacara Majlis Kesenian dan Kebudayaan KAKOM (sukan-sukan matrikulasi seluruh Malaysia) adalah suatu pengalaman yang sangat manis. Berkenalan dengan rakan taulan dari seluruh Malaysia dan berkongsi cerita. Pengalaman membudayakan kita.

Setahun beransur, kenangan di matrikulasi dibawa terus ke Univerisiti Kebangsaan Malaysia. Minat Matematik sejak dari kecil memujuk jari memilih Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Matematik. Di sini kepayahan terasa. Tidak sama di matrikulasi dan zaman sekolah. Matematik terasa payah. Namun, berjaya juga menamatkan pelajaran dalam masa tiga tahun setengah.

Selagi bergelar anak...

Selagi bergelar anak...

Puteri Sulung En. Ahmad b. Sarju dan Pn Siti Jariah bt. Jazuli

Puteri Sulung En. Ahmad b. Sarju dan Pn Siti Jariah bt. Jazuli

UKM bagi dia bukanlah destinasi belajar akademik sahaja, malah dia belajar juga erti hidup, sabar, dan tabah. Tidak jatuh, tiada bangun. Tidak lapar, tiada kenyang. Tidak miskin, tiada kaya. Tidak ambil iktibar, tiadalah pengalaman… Pendek kata, UKM adalah medan ujian getir. Pernah kemalangan sebanyak dua kali, menjalani pembedahan pada tahun 1, mendapat keputusan di tahap tidak sepatutnya adalah antara perit maung berjuang sebagai seorang insan bernama Nur Ainul Yaqeen bt. Ahmad. Namun semangat dari keluarga, adik beradik dan sahabat handai seperti tulang belakang. Rasa sihat walaupun sakit. Keceriaan menghiasi peribadi. Prinsip semakin kuat. Tidak berputus asa. Selagi bergelar anak, ibu dan bapa menjadi prioriti. Terima kasih mak dan abah! Terima kasih Allah!

Hari Graduasi yang Penuh Bermakna

Hari Graduasi yang Penuh Bermakna

Semoga hari-hari yang bakal dilalui kami diberi perlindungan oleh Allah s.w.t. Amiin…

Dikirim dalam Eksplorasi. 7 Comments »

7 Respons to “Konvokesyen 2008/2009”

  1. ADLI Says:

    Alhamdulillah. Congrats Aqeen. I salute you!.

  2. C@h@Y@ Says:

    Syukur alhamdulillah. Selagi meminjam nyawa, ‘pendakian’ harus dteruskan…

  3. simple-shida Says:

    salam alaik…
    cOngratess dikk..
    sory not to come for ur konvo..
    actually we all nk set liqa’..but then.. ada hal2..
    so.. nnti we plan family day..;)

    btw.. all d best in ur undertakinngss…
    caiyOOOkkk…..

  4. C@h@Y@ Says:

    Ucapan terima kasih saya dulukan dengan ingatan dan ucapan dari sahabat2… Nanti kita buat halaqah… InsyaAllah, saya juga mendoakan kejayaan untuk semua. Tenkiu K. Shida!

  5. 'uyun Says:

    aku rasa wanita macet yang pakai tudung hitam tu, agak2nya bulat ke bujur muka die..

  6. Aleena Says:

    hey
    akak .
    congrats .
    actually akak x knl sy .
    tp sy knl cikgu Ahmad .
    from sk tengku mariam .
    the best teacher

  7. YaQeen Ahmad Says:

    (^_^). Salam dik Aleena. Belajar rajin-rajin. Banyakkan membaca dan buat latihan, Itu resepi kejayaan. Dan belajarlah dengan keseronokkan. Study is fun!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: