PENGORBANAN

Salam alaik buat sahabat budiman sekalian. Hari ini menjelang 1 Ogos. Satu titik baru. Seharusnya kita kutip satu pengalaman yang baru untuk kita maju ke depan. Tidak kisahlah manis atau pahit. Ambillah sebagai suatu iktibar. Jika pahit, maniskanlah dengan senyuman. Jika manis, bersederhanalah.

Tepat jam 10, kelas Technology Mathematics 2 tamat. Aku melangkahkan kaki dengan sedikit nada kesal.

Sebagai pensyarah baru, aku diuji dengan kepadatan waktu tugas. Aku terima dengan tangan terbuka. Kerana apa? kerana aku dahagakan pengalaman baru. Waktu mengajar paling perit adalah pada hari Jumaat. Maths 1 pada 6.50-8.30 malam dan Maths 2 pada 8.30-10.00 malam. Mula mendapat jadual itu, aku tersenyum. Namun hati? Nangesssssss beb!! camne aku nak balik kampung weiiiii…..

Aku menelefon mak. Aku minta maaf, mungkin anak ini tidak dapat pulang seperti biasanya.

Berbalik kepada kenapa aku bernafas lemah selepas mengajar Limits and Continuity. Satu bab yang berat kerana ketika menuntut di matrikulasi dan di institusi pengajian tinggi, bab inilah yang menjadi kekangan! Aku tidak minat! Aku tidak suka!

Namun, bila mengajar tadi, eh fahamlah pulak?! Best juga! Aku faham!

Apa yang kukesalkan, khas kepada pelajar, kenapalah anda tidak sedar? betapa mahalnya anda berhutang dengan MARA. Jika di IPTA, kos perbelanjaan anda hanyalah akan jadi lebih kurang RM22k++ tetapi di UNIKLMFI, untuk kursus diploma sahaja, ia menelan belanja sebanyak RM44k++! Bukan belanja kecik beb!

Kenapalah dikau di dalam kelas kuliah bising? Mengganggu rakan sealiran yang berminat belajar? Adakah kamu ingin mengulangi lagi paper ini untuk sem depan? Adakah kau tahu aku telah mengorbankan masa cuti dengan keluarga hanya untuk datang mengajar kamu? Adakah kau tahu bertungkus-lumusnya aku menyediakan persediaan mengajar. Aku belajar untuk mengajar. Adakah aku suka-suka untuk mengajar? Tanpa misi? Tanpa jatidiri? Come on la beb! Wake up! Wake up!

Perlukah aku menjerit? Menengking? Marah-marah? Sudah pasti itu semua bukan jawapan terbaik. Diam dan bersederhana menyelesaikannya. Antara keluhan dan kesalan. Adakah ini dari silapku sendiri?

Kupetik dari mesyuarat Nisa’ semalam… Setiap program yang kita laksanakan, bukanlah kecemerlangan yang kita sasarkan. Tetapi usahakan satu program yang setiap detik urusannya dihiasi dengan dakwah yang indah. InsyaAllah, kecemerlangan adalah hadiah dari Allah buat kita. Jika tidak berjaya? Juga hadiah dari Allah buat kita kerana Allah prihatin kepada kita untuk belajar lagi.

Aku berkorban untuk tahu. Tahu bahawa, aku juga mungkin seperti mereka suatu tika dahulu. Senyum… Akhirnya, 1 Ogos ini aku faham dengan aku sendiri mengahayati hari ini, sedar, muhasabah kembali… ramai cikgu, guru, dan pensyarah berkorban untuk aku. Jerihnya tidakkan tergadai. Bahkan makin bernilai. Walaupun antara mereka sudah tiada, izinkan kuucap… terima kasih cikgu…

10.45pm, French Collaboration Room, UNIKLMFI.

Dikirim dalam Ceritawara. 1 Comment »

Satu Respons to “PENGORBANAN”

  1. ADLI Says:

    Syahdu sungguh keluhan ini. Sabarlah cik Cahaya. Saya benar-benar faham luahan rasa cik Cahaya. Kalau saya boleh bantu saya sedia membantu. Apa sahaja untuk cik Cahaya. Tugas guru, ustaz, ustazah, lecturer dan sebagainya memang terlalu berat. Tapi ia adalh tugas dan tangungjawab yang paling mulia didunia setanding juga doktor. Allah pasti memberti ganjaran pahala yang setimpal pada cik Cahaya. Sabarlah cik Cahaya. YaQeen dengan Allah, insyaAllah segala masalah dapat diredah. Pengorbanan itu mengajar erti ketabahan. Pengalaman perit itu mematangkan kita. Inilah budak zaman sekarang, memang kurang ajar sikit. Saya pun naik geram juga. Ibu bapa mereka bersusah payah menyekolahkan mereka. Tapi bukan nak belajar betul-betul. Besok mereka dah ada anak baru mereka tahu. Anak mereka pula buat pada mereka. Kehidupan itu ibarat roda. What goes around come around.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: