Pilihanku Pilihan Allah

Kelmarin, saya didatangi oleh seorang sahabat muslimah untuk dia bertanyakan tentang soal jodoh. Datang dia malu-malu dan tersipu-sipu. Biasalah, dalam hal peribadi sebegini bukan senang kita hendak berkongsi dan meluahkan rasa. Apatah lagi, jika orangnya sebelum ini dikenali dengan sifat tegas dan hemahnya.

Antara soalan muslimah tersebut, ” ada seorang muslimin sudah bertanyakan saya tentang perkahwinan. Saya masih dalam perkiraan adakah beliau adalah pilihan yang tepat. Macam mana kita nak tahu itu jodoh kita? Saya ada dua pilihan, mana satu yang saya perlu pilih?” Bila saya terdengarkan soalan ini. Saya diam dan kemudian jawab sederhana.

Jawapan saya : Pertama sekali, bersyukurlah, ada orang yang bertanyakan kita. Fitrah manusia, dah sampai

Usaha Doa Tawakal

masa, Allah hadiahkan jodoh kepada kita. Langkah seterusnya, istikharahla.

Bersihkan hati dahulu. Jangan terlalu fikirkan kelebihan dan kelemahan pasangan tersebut kerana kita harus menerima dia seadanya. Tips saya (panduan daripada sahabat juga), anda harus memberi tempoh kepada diri sendiri untuk melakukan istikharah untuk soal jodoh ni. Misal sebulan. Dalam bulan tersebut, berusahalah untuk bangun solat istikharah setiap malam dan berpuasa jika mampu. Tetapkan doa yang terperinci untuk tujuan yang tersebut.

Pilihanku Pilihan Allah

Pilihanku Pilihan Allah

Jika mempunyai pilihan, pilihlah dia yang mana kamu rasa boleh rapat dengan ibu. Jika kurang mengenali dia, bergantung penuhlah kepada keputusan Allah (Istikharah). Kadang-kadang kita mempunyai pilihan hati sendiri, tetapi tak semestinya dia pilihan Allah untuk kita. Mungkin kita rasa pilihan kita yang boleh membahagiakan kita, namun Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak tahu. Pilihlah pilihan Allah. Wallahua’lam.

Cahaya : Alhamdulillah, sahabat saya telahpun membuat keputusannya. Kemudian dia bertanya saya lagi kerana selepas itu dia didatangi oleh risikan pihak lain. Jawapan saya tetap sama, pilihlah pilihan Allah. Wallahua’lam.

Advertisements
Dikirim dalam Suci Nurani. 9 Comments »

9 Respons to “Pilihanku Pilihan Allah”

  1. simple-shida Says:

    salam alaik..
    wah.. dh jd doktor pakar ni..ehehee..
    ye.. btul tu..sokong..

    apepun.. dari NYa kita dtg.. dariNya jua kita kembali..
    so.. mmg pergi tak kembali..hihi.. ups.. iklan kejap..

    mmg fitrah manusia.. dlm berkasIH dan sayang-sayang..hihihi
    apepun.. yg penting kita jaga btsn.. jgn sampai lagho jdnye.. huhu.. pesanan pada penaip juge..

    kalau ada yg bertanya.. molek lagi wajib chek list dulu..
    agamanye cmne.. keturunannye.. dll.. kalau byk ijo je colournye..
    ok.. bereh.. on..hihii..

    so.. the choice ir urs.. ikut juga kata hati..
    sbb bile istikharah ni.. xtentu masa.. kekadang mimpi dh nmpk..
    kekadang seminggu…sebulan..etc..

    wokeh.. just drop my points..
    slmt memilih..hehhee..
    wallahu’alam..

  2. C@h@Y@ Says:

    Terima kasih k. Shida. Dah lama dah jadi doktor ni.. Cuma ingatkan nak pencen dah, tapi nampaknya perkhidmatan semakin berterusan. Apalah menjadi manusia kalau tiada manfaatnya kan?

    Hijau sehijau hati… InsyaAllah…

  3. 'uyun Says:

    dah pilih dah ??

  4. C@h@Y@ Says:

    dah pilih dah?? pilihanku pilihan Allah…

  5. 'uyun Says:

    semuanya pilihan manusia. Yang terbaik ialah pilihan allah..

    in aku balik rumah minggu ni. walaupun jadual memang menyekat nak balik, taipi aku harus pulang jua.. (ha, kena belanja main bowling ni!)

    CCCCian kat mak.. anak2 yang perlu berada dengan mak sekarang tak da pulak kat rumah. Kalau nak raya kite semua sibuk2.. ni apatah lagi. raya plus plus .. banyak even ni.. hish6.. anak sapelah yang buat mak bersengkang mate ni..

  6. 'uyun Says:

    semuanya pilihan manusia. Yang terbaik ialah pilihan allah..

    in aku balik rumah minggu ni. walaupun jadual memang menyekat nak balik, tapi aku harus pulang jua.. (ha, kena belanja main bowling ni!)

    CCCCian kat mak.. anak2 yang perlu berada dengan mak sekarang tak da pulak kat rumah. Kalau nak raya kite semua sibuk2.. ni apatah lagi. raya plus plus .. banyak even ni.. hish6.. anak sapelah yang buat mak bersengkang mate ni..

  7. C@h@Y@ Says:

    =) sebab itu dengan harapan, pilihanku pilihan Allah.. yang terbaik. Pilihan manusia. dengan istikharah, ikutlah kecenderungan yang Allah berikan kelebihan tu pada kita. Pandai2lah dek non.. Bukan main pilih2 sendiri. Kena istikharah dan yakin dengan keputusan yang dibuat. Itu maksud saya cik ‘uyun. Ish2… asyik nak berdebat je dengan kakaknya… Cit!

  8. Siti Aisyah Says:

    hmm, entry yang agak baik.. keep it up! hehe (cewah, mengomen entry org je tau.. entry sndri tak dok pong. kuang kuang kuang) jgn marah, cik aqeen 😉

  9. C@h@Y@ Says:

    Terima kasih didahulukan. Memang semua entri utk dikomen. Baru ada pro-kontra atau vs. Ni semua nak iyakan, macam la semua pendapat cik Aqeen ni perfect. So, keluarkan je buah fikiran masing2. We share. erti bahagiakan bila dikongsi.. wink! utk aisyah..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: