Riadah Bersama Al-Hamra’

Apa itu riadah?

Riadah merupakan salah satu aktiviti yang mampu merehatkan minda kita setelah penat seharian berkerja. Bayangkan jika pada hujung minggu kita sekeluarga merancang untuk ke destinasi peranginan untuk berehat, sudah tentu jari mengira hari bila akan sampai hujung minggu itu tadi. Selain itu, riadah juga mampu mengisi masa lapang kita dengan aktiviti-aktiviti yang kita gemari. Tidak kisahlah apa aktivitinya, asalkan masih dalam lingkungan wajar Islam.

Riadah salah satu cara merehatkan minda

Riadah salah satu cara merehatkan minda

Riadah bermaksud merehatkan diri dengan melakukan suatu aktiviti secara fizikal dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat. Kita boleh kategorikan riadah kepada banyak jenis kerana ianya subjektif untuk diklasifikasikan. Di sini saya kategorikan riadah kepada tiga jenis iaitu riadah santai, riadah sederhana lasak dan riadah lasak.

Saya cuba mengklasifikasikan contoh riadah dalam klasifikasi berikut :

Riadah santai – aktiviti yang menggunakan fizikal tetapi tidak menggunakan banyak ruang. Misal : tidur, makan, berbual kosong, berforum, menonton televisyen, membaca akhbar, buku atau majalah, bermain dam haji, dan bermain permainan video.

Santai

Santai

Riadah sederhana lasak (kalau ada cadangan yang lebih baik untuk digantikan ungkapan ini, sila beri cadangan) – aktiviti yang menggunakan fizikal dan menggunakan ruang yang terhad atau tidak terlalu besar. Misal : memasak, berjoging, mandi laut, bermain bola sepak, senaman aerobik, dan bermain bowling.

Riadah lasak – aktiviti yang menggunakan lebih daya fizikal mahupun mental dan menggunakan ruang aktiviti yang lebih terbuka dan luas. Misal : jungle tracking, ice-climbing, mendaki, meluncur, dan bermain pinball.

Berjalan, berjoding, bergambar.

Berjalan, berjoging, bergambar.

Kesemua aktiviti mendatangkan manfaat yang sama walaupun dilakukan dengan cara yang berlainan. Apa yang membezakan, cuma penggunaan daya, tahap ketahanan dan soal keselamatan yang perlu diambil kira.

Perbelanjaan

Bagi yang mampu, sudah tentu di kala hujung minggu, sekali sekala mahu diisi ke tempat-tempat riadah yang ekslusif dan elegan. Ada sesekali hati ingin ke tempat riadah ekslusif seperti snooker park, taman tema air, taman tema, pusat gim dan sebagainya. Ataupun, jika hanya sekadar ingin mengambil angin, boleh juga berjalan-jalan ke tempat-tempat yang belum pernah anda lawati. Selain pengisian riadah, anda juga sedang menempa pengalaman yang baru.

Pada petang Ahad lepas, Al-Hamra’ buat pertama kalinya mengadakan aktiviti riadah di Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi.

Klasifikasi Riadah : riadah santai dan riadah sederhana lasak

Aktiviti Riadah : berjoging, berjalan, makan, berbual, dan bergambar

Makan, makan, dan makan.

Makan, makan, dan makan.

Tujuan Riadah : mengeratkan silaturrahim, merehatkan minda, kurangkan stress

Budak Nakal

Budak Nakal

Ahli Al-Hamra’ : Halijah, Hazwani, Atikah, Hawa, Sakinah, Yaqeen, dan Yusuff, Fiza (tidak turut serta), dan Ayu (tidak turut serta).

Warga Al-Hamra' dan Family Arwa (anak didik tuisyen Halijah)

Warga Al-Hamra' dan Family Arwa (anak didik tuisyen Halijah)

Cahaya : Seronok! Seronok! Seronok!

Advertisements
Dikirim dalam Ceritawara. 4 Comments »

4 Respons to “Riadah Bersama Al-Hamra’”

  1. ADLI Says:

    Salam Aqeen.

    Wah seronoknya. Terpancar kegembiraan di wajah Aqeen 🙂 . Nakal sungguh budak itu. hehehe. Comelnya Yusuf 🙂 . Sy penah nampak tasik ni. Tp tak pernah datang pun. Lalu jer. hehe. Dh lama sy tak beriadah. huhu. Maaflah kalau dh lama menghilang & tak bagi komen. Sy menghilangkan diri dari Aqeen kerana ingin menenangkan jiwa.

  2. ADLI Says:

    Sy tak idealah tentang riadah sederhana lasak. Semua awak dh sebut. huhu. Kalau Tadarus Quran boleh ke? Permainan tradisional?

  3. ADLI Says:

    Memancing?

  4. faridahnaf Says:

    bgus juga ya Blog ni nasihat kta


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: