Pencok Nanas

Pencok Nanas berasal daripada hidangan tradisi orang Jawa.

Biasanya, pencok dihidangkan dalam jamuan kenduri kahwin masyarakatnya. Dipadankan dengan masakan beriani ayam, kambing atau daging. Berbeza dengan acar, pencok adalah makanan lebih ringkas disediakan dan ringan. Penyediaan adalah ala-ala kerabu. Boleh juga dihidangkan sebagai sajian minum petang. Di sini, saya cuba sediakan menu pencok Nanas dalam bentuk hidangan yang sesuai disajikan sebagai pencuci mulut. Namun, ia kurang atau tidak sesuai bagi mereka yang berbadan dua kerana biasanya nanas disifatkan ‘tajam’. Selamat mencuba.

Bahan-bahan :

1 biji nanas madu

1 biji bawang besar (saiz sederhana, bawang India bukan bawang Jepun)

4 biji cili api

2 sudu kicap manis

garam dan gula secukup rasa

Penyediaan :

1. Potong nanas (bentuk terpulang, ada baiknya saiz ala besar ibu jari)

2. Hiris mayang bawang besar dan cili.

3. Masukkan nanas, bawang dan cili ke dalam satu bekas dan gaul rata.

4. Masukkan kicap, garam sedikit sahaja dan gula. Gaul rata dan perlahan. Hidangkan.

Cahaya : Bawa ke office pagi ni, officemate Perancis kata sedap. Seronoknya! padahal, nanas je… Orang lain, adat lain… (6;^)!

Advertisements

5 Respons to “Pencok Nanas”

  1. ADLI Says:

    Macam sedap jer. Membuat saya terliur 🙂 . Rasanya ada manis, masam, manis dan pedas kot. Nak sikit…. hehe…. Pencak tu makna dia kerabu ke? 🙂

  2. C@h@Y@ Says:

    Pencok bukan pencak. Pencok tu mungkin makne makanan campur2 kot. Untuk majlis kenduri kahwin, biasanya dicampur dengan hirisan mayang timun dan cili besar. (hentam je)

  3. ADLI Says:

    Opss. Maaf tersilap taip. Nasib baik tak puncak. hehehe.. Saya faham cikgu. hehe.

  4. abisa Says:

    Pencuk kekadang disebut rojak tingkep

  5. C@h@Y@ Says:

    Terima kasih Abah.. (6;^)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: