Nur Kasih

Nur Kasih

In-Team (Putra Aiman / ITO Lara)

Bagaikan permata di celahan kaca
Kerdipnya sukar tuk dibezakan
Kepada Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan

Nur kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

( korus 1 )
Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari

( korus 2 )
Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana keduniaan/( dunia )
Mekar hidup disiram nur kasih

( doa )
Ya Allah kurniakanlah kami isteri
Dan anak yang soleh
Sebagai penyejuk mata

( ulang korus1 & korus 2 )
(Mekar hidup ini disirami nur kasih)

Di tangan-Mu Tuhanku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Rela ku menjadi miliknya

( ulang korus1 & korus 2 )
(Mekar disiram nur kasih)

Cahaya : Lagu ini merupakan lagu pertama berkumandang di radio JGG301 awal pagi tadi, 15 Julai 2008 ketika memandu ke tempat kerja. Diam dan menghayati bait-baitnya. Betapa indah sentuhan liriknya meresap ke hati. Antara doa dan hajat seorang hamba.

Dikirim dalam Lagu Pilihan. 3 Comments »

3 Respons to “Nur Kasih”

  1. ADLI Says:

    Menyentuh jiwa. Lirik lagu ini memang indah. Antara doa dan hajat seorang hamba.

    Kurniakan daku serikandi
    Penyejuk di mata penawar di hati
    Di dunia dialah penyeri
    Di syurga menanti dia bidadari

    Ya Allah kurniakanlah kami isteri
    Dan anak yang soleh
    Sebagai penyejuk mata

    Di tangan-Mu Tuhanku sandar impian
    Penentu jodoh pertemuan
    Seandai dirinya tercipta untukku
    Rela ku menjadi miliknya

  2. C@h@Y@ Says:

    Didoakan semoga Adli bertemu dengan serikandi yang dicari.

  3. ADLI Says:

    Terima kasih Aqeen kerana mendoakan saya. InsyaAllah. Mudah2han terbukalah pintu hati serikandi idamanku untuk diriku ini. Tapi tak tahulah Dia suka saya ke tidak. Dan kadang2 saya rasa gerun juga bila pasal kahwin. huhu…. Awk pasti kenal siapa gadis itu.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: