Kembali Ceria Kuih Keria!

Syukur, istikharah saya dah hampir sampai ke penghujung. Dan saya hampir menemui jawapan. Hati makin tenang untuk buat keputusan. InsyaAllah, fokus dah mula ada kembali. Dan keyaQeenan semakin bertambah.

Hampir 2 bulan saya hilang fokus. Betullah kata ija, jika ada pilihan, kadang-kadang kita perlu menangis untuk memilih mana satu peluang yang terbaik. Masalahnya timbul bila kita bukanlah pentafsir pilihan yang bijak. Jadi saya serahkan kepada Allah 100% untuk pengharapan. Dan selebihnya pendapat orang-orang terdekat.

Family Gathering

Family Gathering

Untuk memutuskan hal kehidupan sendiri, keluarga adalah perlantikan automatik sebagai HEM saya. Sebagai anak perempuan, saya memang selesa meng’ikat’kan diri dengan mereka. “Anak emak”. Itulah jolokan yang saya dapat di office. Maklumlah, saya seorang sahaja yang masih bujang dan bila bergayut dengan emak dan adik-adik, mengalahkan orang bercinta.

Untuk merangka hidup sendiri Plan A tidak menjadi, saya kenala buat plan B. Kehidupan memang seperti itu kan? Bukan semua yang kita caturkan akan bertemu dengan check mate! InsyaAllah, Allah akan berikan saya peluang yang lebih baik lagi pada masa yang lebih sesuai.

Peluang datang lagi, namun, selamat tinggal M. Ed in Education (Education Management), UNISEL! Akhirnya, keputusan saya adalah untuk tangguhkan niat belajar dan FOKUS dulu kepada student Diploma dan tuisyen persendirian. Kelas tuisyen persendirian saja, saya ada 5 kelas yang sebelum ini hanya 2!. Rezeki, Amanah dan Kepuasan.

Tiba-tiba terfikir. Eh, Chup! Ini ruangan untuk berkongsi kan? Jadi, rasa saya diluahkan di ruangan yang betul bukan? Okey, saya teruskan.

Muka yang kelat dah kembali ber’cahaya’. Lagi-lagi bila tarikh konvo dah makin dekat. Berdoa setiap hari agar Allah panjangkan umur untuk saya dapat mengambil skroll dengan tangan sendiri.

2 minggu lepas saya asyik teringat pada kematian. Bila memandu, bila bersendirian, bila mendokong Yusuff, di akhir solat, dan bila lihat kawan-kawan di rumah, perasaan itu semakin kuat.

” Ija, kenapa Aqeen asyik ingat pasal mati ye kebelakangan ni? Aqeen dah nak mati ke?” nada aku seperti biasa. Selamba.

” Baguslah ingat mati. Ingat mati kan tanda kita masih beriman.” Jawapan ija tu melegakan. Doa saya kepada Yang Esa, panjangkanlah umur saya jika boleh menfaatkan saat-saat itu untuk agama. Dan saya relakan Allah menjemput saya ‘pulang’ jika diri mampu merosakkan agama. Na’uzubillah… Wallahua’lam.

Hanya 1 hari saya berwajah kelat pada minggu lepas, kawan-kawan serumah dah soksek-soksek. Sebenarnya, Aqeen tertinggal event yang PENTING la hari tu gara-gara hp tertinggal di rumah yang boleh menjejaskan reputasi kerja. Serik dah tertinggal hp. Tapi… Rupa-rupanya hari ni tertinggal lagi! (^;6)

Okey, lepas ni, kita ceria-ceria kuih keria. Isikan masa dengan perkara bermanfaat. Kongsi perkara yang boleh menambahkan jasa kita kepada Islam.

Cahaya : Terima kasih kepada ‘Uyun, K. Shidah, team Nisa’, Ija, k. Tikah, k. Kinah, Hazz, K. Ayu, K. Hawa, K. Fiza yang memberi pendapat-pendapat bernas dan kata-kata semangat yang power! Tak lupa juga kakak-kakak Unit Maths, K. Suhaila, K. Rozlin dan Hj. Kama dari MFI, UniKL yang memberi tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman.

Advertisements
Dikirim dalam Ceritawara. 4 Comments »

4 Respons to “Kembali Ceria Kuih Keria!”

  1. ADLI Says:

    Salam ukhwah Aqeen.

    Congrats Aqeen. Baguslh cmtu. Berkat doa semua. Sy pun tumpang gembira. Betul tu, hanya Allah pentafsir yg terbaik, tiada taranya. Utamakanlah pandangan Allah daripada pandangan manusia. Aqeen ada kelas tuisyen? Mengajar tuisyen masa weekend ke? Jadi jadual Aqeen memang padatlah ye. Aqeen ni hardworking la. Power! Macam flashman. hehe. Konvo Aqeen bila tu? Aqeen teringat pada mati? Baguslah ingat mati. Orang yang bijak adalah orang yang mengingati mati. Wallahualam.

  2. 'uyun Says:

    lawo seluar

  3. C@h@Y@ Says:

    Adli : Konvo sewaktu graduan UKM berkonvo (6;6)

    ‘uyun : Terima kasih…

  4. bejangutm Says:

    Salam..Aqeen…
    thanks ye coz visiting my blog page..
    hmmm…
    Good Luck 4 ur future..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: