Buah Hati Baru

Datangnya dia, tidak berjemput… Perginya dia tidakku rela…

Ramai yang confuse setelah melihat gambar jejaka ini yang separuh penuh memenuhi album di dalam friendster. Tidak kurang ada yang mesej, bertanyakan siapa gerangannya. Hendak ditulis mengenai dia, tapi ada rasa takut-takut. jadi, aku meminta izin kepada ibunya dulu untuk memperkenalkan dia kepada
para sahabat dan pembaca blogger.

Muhammad Yusuff Zahazan. itulah nama yang bertakhta di hati. Bila pulang ke rumah setelah kerja, nampak Yusuff sengih… penat hilang macam dilalu angin… Bila waktu siang hari, kami serumah pergi kerja,  bergoleklah Yusuff satu rumah. maklumlah belum pandai duduk dan berlari lagi. Jadi alternatif Yusuff  bergerak adalah dengan bergolek. habislah wayar-wayar yang berjuntaian di lantai ditarik Yusuff.

Siang hari, tinggallah Yusuff dan ibunya, dan… Ashraff (anak jagaan ibu Yusuff). jadi, al-Hamra’ sekarang ada dua orang baby. Yusuff dan Ashraff. Bertambah rianglah kami bila balik rumah. Kecoh!

Ramai jugalah yang mengaku jadi emak Yusuff… Yusuff ada ibu (ibu dia sendiri), mummy (Aqeen), Mama (k. Tikah), Umi (Ija), bonda (Haz) dan lain-lain belum ada penggilan lagi. masing-masing perasan muda! Panggil kakak. (6;^) Siapa Yusuff? (dengan kebenaran ibunya, aku cerita sedikit di sini). Dia adalah seorang bayi comel berusia 7 bulan, masih menyusu dan makan bubur, baru pandai mengesot ke depan dan bergolek untuk bergerak, manis senyuman, tidak kuat menangis, mudah dijaga, dan tidak banyak ragam. Dia ditinggalkan ayahnya seawal usia 2 bulan. Kini, Yusuff dan ibunya adalah antara penghuni Al-Hamra’. Dan kami hidup gembira! Kami sentiasa mendoakan ibu Yusuff untuk tabah mengharungi badai kehidupan yang dilaluinya.

Okey, mummy Yusuff nak balik ke rumah. Sebelum itu, nak juga tunjuk kepada sahabat gambar Yusuff dan Ashraff yang telah menggemparkan rumah kami! Dan juga ‘pengemas’ rumah…

Yusuff oh Yusuff… Tidaklah aku mampu menjadi Zulaika mu… (^;6)

Muhammad Yusuff Zahazan

Muhammad Yusuff Zahazan

Mr. Smart

Mr. Smart

Jantung Hati

Jantung Hati

Keletahnya Membahagiakan...

Keletahnya Membahagiakan...

Time ni la suka kacau dia

Time ni la suka kacau dia

Susah juga nak buat dia senyum

Susah juga nak buat dia senyum

Ashraff, Penambah ceria

Ashraff, Penambah ceria

Kalah bulu mata palsu

Kalah bulu mata palsu

Penambah Seri Al-Hamra\'

Penambah Seri Al-Hamra

Advertisements
Dikirim dalam Ceritawara. 5 Comments »

5 Respons to “Buah Hati Baru”

  1. ADLI Says:

    Salam Aqeen.

    Di antara yang bertanya adalah daku :p Terserlah sifat keibuan Aqeen. Kasihan sungguh anak-anak yang tidak berdosa ini. Tidak bertanggung jawab sungguh bapanya itu. Tak ada perikemanusian langsung. Amal baik di balas baik, amal buruk di balas neraka. Mujurlah ada Aqeen boleh membantu. Syabas Aqeen. Aqeen, boleh saya tahu, Al-Hamra tu apa?

  2. ADLI Says:

    Barangsiapa mengerjakan kebaikan, walau sebesar zarah akan mendapat balasannya . Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah akan mendapat balasannya juga .

    Surah Al-Zalzalah – Ayat 7-8.

  3. 'uyun Says:

    tak tahu nak kata apa

  4. wardah_asrar Says:

    salam..sungguh u menegenali 2 org jejaka yang genit di rumah mu..terserlah keibuaan??biar ku pikir sejenak..ahaha

  5. Siti Aisyah Says:

    uwaa.. rindu jg pd Yusuff..
    bila nk dpt Yusuff ni (oppps..)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: