Sweet Sour Ikan Bawal YaQeen

IKAN BAWAL SWEET SOUR BERNANAS YAQEEN

Bahan-bahan Gorengan :

1. Seekor Ikan Bawal hitam/putih (saiz sederhana besar)

2. Seibu jari kunyit

3. 2 ulas bawang putih

4. 2 sudu tepung gandum

Bahan-bahan tumis :

5. 4 ulas bawang merah

6. 2 ulas bawang putih

7. 10 batang cili kering (direbus dahulu sehingga kembang)

Bahan tambahan :

8. 3 sudu nanas (dipotong dadu dan direbus dahulu, tidak perlu air nanas)

9. 3 helai daun limau

10. 1 biji bawang besar (saiz sederhana. Dihiris mayang)

11. Setengah cawan air asam jawa

12. Garam dan gula secukup rasa

13. Minyak untuk gorengan dan tumis

Untuk hiasan :

14. Daun bawang

15. Daun sup

Cara Penyediaan :

1. Goreng ikan dengan bahan tumbuk kunyit, bawang putih, garam, dan tepung gandum. Goreng separuh masak agar kita tidak menghilangkan rasa manis ikan. Asingkan.

2. Blender bahan tumis. Tumiskan kesemua bahan tadi sehingga sederhana kering.

3. Masukkan gula dan kacau seketika sehingga warna bahan tumisan agak matang.

4. Masukkan air asam, garam dan kacau sehingga kuah tumisan nampak pekat.

5. Masukkan nanas, hirisan bawang besar, dan daun limau. Kacau rata dan tidak terlalu lama.

6. Curahkan bahan tumis ke atas ikan yang telah digoreng tadi.

7. Hidangkan bersama bahan hiasan.

Tips Cahaya : Jika anda hendak menggunakan daun limau sebagai penyedap kepada masakan anda, masukkannya di akhir masakan supaya masakan kita tidak berasa pahit. Tetapi, jika masakan menggunakan daun kari, daun kari digoreng di awal masakan untuk menaikkan aromanya. SELAMAT YAKIN MENCUBA!~

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: