Lagu Ekin dengan Abah

Masa kecil-kecil, abah suka mengajar saya lagu ini. Lagu dari filem Anakku Sazali. Sampai sekarang… Saya ingat sebab ini adalah memori terindah dengan abah. Di rumah, mama dan abah panggil saya, Ekin. Sebutannya bukan IKIN ye. Kadang-kadang bila menyanyi sendirian, boleh juga mengalirkan air mata teringat abah dan mama di rumah. Seronoknya waktu kecil saya. Duduk di Kampung Sungai Kluang Darat, Rengit dan sangat nakal. Dulu abah kata, perangai saya macam lelaki. Kasar, garang, dan tak suka pakai baju perempuan. Kenangan… kenangan…

(Scene 1)

Tanya sama pokok, apa sebab goyang

Nanti jawab pokok, angin yang goncang

Tengok dalam air, nampak bayang-bayang

Campak satu batu, bayang pun hilang

(Scene 2)

Tanya sama hati, mengapa merindu

Ingat masa lena, apa mimpimu

Masa berjauhan, apa nak dikenang

Jika difahamkan, itulah sayang…

YaQeen Ahmad : Homesick la!

Advertisements

15 Respons to “Lagu Ekin dengan Abah”

  1. 'uyun Says:

    lagu ni aku ingat..huu. sedey seyes.. hhuh..

    lagi satu ,

    “Kau kunci…. hatiku …..”

    kih3.. lagu kau di kala menari2 di atas batang pokok kelapa yang tumbang ke bumi.. dengan kayu sebagai mikrofon. gaun plus rambut pendek.. hhihi..

    ingat tak adegan kite berdua-duaan di longkang kebun atok sarju sebelah rumah tu??? ahah !!

    kuang2..

    waaaaa!!!
    aku amat rindukan bau kebun !!!!
    tolong!!! aku sanggup tinggal di kebun bersama kebun2 jiran tetangga yang lain, asalkan aku tidak dipisahkan dengan tanah gambut itu..aku sanggup hari2 memerun’ di kampung sambil mengajar ana mngaji daripada melihat bangunan pencakar langit di mana anak2 ku nanti hilang akhlaknya nanti..

    Kesedihan yang tak dapat disangkal lagi..

  2. C@h@Y@ Says:

    Wah, sangat emosi. Mana boleh lupa kenangan kecil. Kenangan menyelamatkan azim lemas di rumah atok Amat, main jadi flashman, aku selamatkan kau yang pandai panjat pokok tapi tak tahu nak turun balik, mandi kolam ikan talapia, main pondok2 dengan cik ani di kebun kopi, tunggu ular melintas baru kita jalan balik naik basikal, mandi parit dengan gelongsor tanah liat, main rakit batang pisang, naik pelampung tayar, kacau abah masa abah buat sampan, main nenek2 si bongkok tiga sampai lina jatuh parit, dan banyak lagi.

    Zaman kegemilangan aku masa kecil di SKSM. Ingat siapa yang mengurat budak basikal Rally merah? Dah kahwin dah dia kan… Yang kau pulak, kena ngurat asyik nak nagis je tahunya… Kememeh!

    Hehehe… bukan kau seorang yang anak kampung la. Aku anak kampung juga! tapi tak tahan nyamuk… xsuka… xsuka…

  3. ADLI Says:

    Uyun tu adik Aqeen ye? Owh Ekin. hehe. Tp sy di panggil Adik oleh Mak Ayah sy. hehe. Bnyknyer nama gelaran Aqeen. hehe. Sy ada tiga jer, Adik, Adli & Deli. hehe. Wah indahnyer kenangan Aqeen masa kanak-kanak. Bestnyer. Ni yg buat sy pun terkenang masa zaman kanak-kanak. Sy teringat masa sy normal dulu2. Dan bnyk lg kenangan terindah. Sedih lak rasanyer. huhuhu. Drpd apa yg Aqeen ceritakn itu, sy tau Aqeen ni seorang yg berani & mempunyai semangat srikandi Islam. Org laki pun kalah :p

  4. C@h@Y@ Says:

    Ya. Ujian personaliti menunjukkan saya seorang yang perfectionist dan flexible. So, it’s balance (6;6)

  5. syuhada Says:

    ganasnyeee.. ehe :p kenangan dan pengalaman tu sbhgn yg membentuk diri kita.. ni yg rindu jgk ni huhu~

  6. C@h@Y@ Says:

    Hehe. memang ganas macam flashman. Kenangan pahit = kenangan manis. Tiada yang pahit, tiadalah yang manis. Rindu zaman-zaman Aqeen panjat pokok. Sekarang, buleh lagi ke?

  7. ADLI Says:

    Aqeen panjat pokok? Caya la Aqeen. Power……… Sekarang Aqeen tak perlu panjat pokok. Tapi panjatlah menara gading walau setinggi mana pun 🙂

  8. ADLI Says:

    Orang sulong memang perfectionist. Termasuklah dalam memilih jodoh. huhhh……..

  9. 'uyun Says:

    bukan emosi, tapi loklak’

  10. C@h@Y@ Says:

    Baguslah mengaku. Hehe.. Inilah budak yang tak reti nak turun dari pokok. Dah panjat, xreti turun. Nasib baik pokok rambutan je, bukan pokok kelapa. Kalau tak, tak dapat den nolong eh…

  11. 'uyun Says:

    itu dulu la.. sekarang pokok manggis rumah atok, aku yang panjat pokoknya, petik buah manggis.. cucu siape ? cucu atok jugak…

  12. C@h@Y@ Says:

    Mau lawan panjat ka sekarang? jom!

  13. Abah Says:

    Masihkah kau ingat?
    Abah berenang-renang di Sg. Rengit sedangkan kau duduk di pundak abah. Macam joki memacu kuda? Waktu tu Ekin berumur -+ 4 tahun.

    Masihkah kau ingat?
    Kita berhanyut menghilir sehingga sampai ke rumah atuk dengan sebuah tiup tayar boldozer. Indahnya kenakalan kau .

  14. C@h@Y@ Says:

    InsyaAllah ekin ingat sampai bila-bila. Indahnya kenakalan saya kan kan… Maaflah anak abah ni lasak dan merisaukan. (6;^) Terima kasih abah kerana mampu melayan kerenah ‘Nakal’ Ekin sampai besar! Ekin bangga jadi anak abah…

  15. 'uyun Says:

    terharu.. hhuuu.. aku ingat kita duk sama2 atas pelampung besar tahap tu..

    agak2 nya kalau sekarang kite naik pelampung tu,mesti tenggelam dengan pelampung2 sekali.. haha


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: