I am Miss YaQeen

“Miss Yaqeen, betul tak apa yang saya buat ni?”

“Miss, saya tak faham la miss,”

“Miss, miss ajar laju sangat la.”

Rindu untuk mengajar. Rindu untuk bertemu dengan pelajar. Rindu dengan suasana kocoh-kocoh akak-akak senior mengejar masa untuk ke kelas. Aku rindu dengan panggilan Miss. Nyata, roh pendidik sikit-sikit meresapi jiwa anak Cikgu Ahmad b. Sarju. Ah! Puitisnya. Cikgu Matematik takkan jiwang? Abah cikgu BM, lainlah!

Namun, gurau senda natural dan santai beginilah selalu membantu dalam sesi pengajaran yang kadang-kadang tegang dek topik yang dibincangkan agak kelat untuk difahami. Muka yang berkerut-kerut itu buat aku gelak kecil. “Don’t worry guys, I’ll repeat for you.”

Dulunya, aku bersekolah di sekolah yang 100% perempuan. Kini mengajar pula di institusi yang 90% lelaki yang jarak lingkungan umur denganku tak seberapa. Malah ramai yang lebih tua. 25 tahun? 26? 27? 30an? Ada saja. Antara cabaran dan perhiasan hidup. Ini amanah. Be profesional beb! Pesan untuk diri sendiri.

Gambar Pencambah Kreatif dan Idea
Gambar Pencambah Kreatif dan Idea

Minggu pertama, nyata aku kekok. Nak angkat muka, berani-berani takut saja. Dengan jalan yang confident ke kelas, tiba di depan pintu, muka aku pucat! Kekok beb! Kekok! Seorang dua saja yang sejantina denganku. Rileks la Qeen. Macam ni kata nak jadi ahli motivasi? This is your platform yarr.. Aku beranikan diri untuk memperkenalkan “I am Miss YaQeen who will teach you in Mathematics Technologist I”.

Antara ragam dan garam. Antara cabaran dan amaran. Antara halangan dan cubaan. Akhirnya, sampai juga ke akhir semester bulan April lepas. Result studentku agak memberangsangkan. Ada yang biru ada merah juga. Itu biasa. Lumrah alam, ada yang hitam, ada yang putih. Ada yang manis, ada yang masam. Tidak kurang juga ada yang bertanya, “sem depan Miss ada mengajar lagi tak?” (masa ni, part time lecturer).

“Miss, boleh miss jadi kakak saya?”

“Miss, boleh ajak minum?”

“Miss, boleh saya jumpa dengan mak ayah miss?”

Inilah tadi yang kukatakan, ragam dan garam.

Ouh, tidak sahabat pelajarku. Kita ada etika. Dan kamu mesti tahu batas di antara lelaki dan perempuan itu bagaimana. Namun, cara aku menjawab. Diam dan senyum sahaja. Faham-faham sendiri la ye, jawabnya nggak boleh!

Isnin depan, aku bakal bertemu dengan pelajarku semula. Rasa seronok tapi, silibus yang

harus disiapkan, belum lagi sampai tahap done!. Aduhai…

Berkhidmat untuk Islam dan Anak Bangsa

Berkhidmat untuk Islam dan Anak Bangsa, InsyaAllah
Dikirim dalam Ceritawara. 5 Comments »

5 Respons to “I am Miss YaQeen”

  1. YangBaikYangAdil Says:

    Salam Miss.

    Syabs miss. Skrg sy sudah mula mengenali miss. Kita sama2 anak guru. Sama tp tak serupa. Hehe.
    Smoga brjaya mnjd pendidik yg terbaik. Ameen. Take care miss.

  2. YangBaikYangAdil Says:

    Khas buat Miss Yaqeen – Lilin Seorang Guru.

    Pernah langkah ku payah
    Menuju ke destinasi
    Kerana malam gelap
    Dan bintang hilang kerdipnya
    Menjadikan arah ku keliru
    Ke timur atau ke barat

    Bagai lilin membakar diri
    Menerangi kegelapan hati
    Kau curahkan bakti dan budi
    Jasamu tiada berganti

    Namun tanpa rasa payah
    Dia memimpin tanganku
    Melangkah satu persatu
    Dan mencipta jejak impian
    Menjadikan arahku jelas
    Aku harus ke hadapan

    Ohoo… aku kini rindu
    Pada satu nama yang berjasa
    Tuhan, beri kekuatan
    Untuk mendidikku selamanya
    Ku pohon restu kasih-Mu
    Ampunkanlah guru-guruku

    Semalam ku lihat dia
    Di bibirnya ada kalimah
    Yang bergetar saban waktu
    Sambil tangan menggenggam lilin
    Lilin yang tiada terpadam
    Menerangi hidupku kini

  3. simple-shida Says:

    salam alaik..
    gud morning miss yaqEEn..;)
    cmne ekk.. aqeen jd cikgi..ehehe..
    cm tak berkelip je mata adik2 tu..eheheh..
    tak bekelip sbb khuyuk…;)

    yeah.. satu langkah reformasi diri..
    kena derap pelan-pelan..
    mantopkan ilmu dlmn.. utk fizikal.mental.emosi..
    biasalaa cabaran mengajar anak2 bangsa
    yg kini didahkan dgn kepelbagaian ilmu
    yg kita sendiri tak tergapai semuanya..

    jd, konklusinya.. keep up ur momentom diri!
    just move.. step by step..
    live is an art.. make it colourful..

    slmt mendidik anak-anak bangsa agar celit IT
    dgn mengREsearch dunia IT bukan dunia yg tak sepatutnya..

    teruskan perjuangan.. caiyokk !!!
    barakallahu fik..😉

  4. C@h@Y@ Says:

    Syukran jazilan Adli and ya ukhti Shida… Hoping so much to teach better after this. Pray for me! Usaha Doa Tawakaltu ‘Alallah..

  5. Siti Aisyah Says:

    bagus2, lcturer yg bersemangat!
    u can hardly bring joy & spirit to others if u don’t hv it..
    keep it up!😉


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: