Sumaiyah

Sumaiyah (Hati Seorang Mujahidah)

Hijjaz (Munif Ahmad / Fahrul Mohd Joui)

Dalam diri selembut sutera
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
dibelenggu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasadmu milik tuan
Tetapi hatimu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi
ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

( korus )
Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman di dadamu sedikit tidak berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut
menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup di syurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik, sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah.

Cahaya : Suka ulang-ulang juga lagu ni ketika memandu. Kadang-kadang mengalir juga air mata insaf. Tabahnya Sumaiyah. Cekalnya hati Sumaiyah di jalan Islam. Cekalkah aku?

Jam 8.40 pagi semalam. saya buka kotak kaset yang baru dibeli dari Konsert Amal Sabtu lepas. Terngiang-ngiang suara merdu Munif mengalunkan lagu ini. Menusuk ke kalbu setiap baris liriknya. Teringatkan ketabahan Sumaiyyah berhadapan dengan orang-orang Jahiliyah.

“Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari

Disuruh memilih iman atau kekufuran”

Lirik yang buat saya terkesima sejenak. Ilham seterusnya. “Wakafkan diriku”. Nantikan kemunculan artikel ini.

Advertisements
Dikirim dalam Lagu Pilihan. 3 Comments »

3 Respons to “Sumaiyah”

  1. Khairul Adli Says:

    Salam Aqeen.

    Sy pun suka lagu ni. Mmg best…… Sumaiyah wanita mulia, cekal & tabah. Rela berkorban nyawa demi Islam. Inilah contoh tauladan utk muslimah2. Awk percaya x klu sy katakan yg Munif tu Along sy? 🙂

  2. CahayaMataKeyaQeenan Says:

    Wallahua’lam~ Suara akhi Munif mmg best! Sabtu lepas baru berjumpa dengan dia.

  3. 'uyun Says:

    jangan buka ruang bagi yang tidak pasti.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: