Aku ” ~~ B A H A G I A ~~”

AKU BAHAGIA

Hari ini aku perlu melunaskan tanggungjawabku di ruangan ini. Mengikut jadual, aku perlu mengisi sesuatu di Ceritawara. Bahagia. Itu perkataan yang terlintas di benakku.

Bercerita tentang perkataan bahagia, mesti semua orang pernah merasainya. Adakalanya tidak bahagia, normal orang selalu mengatakannya. Terdetik untuk menulis sesuatu tentang ini adalah dari persoalan-persoalan sahabatku.

Melihatkan perkataan “ ~~ B A H A G I A ~~ “ di status message dalam Yahoo Messenger, buat mereka confuse dengan status Cik Cahaya kita ni. Ini suatu KONTROVERSI!.

Antara kes :

“Aqeen bahagia dengan siapa?”, sahabatku bertanya.

“Bahagia dengan apa?” Aku confuse.

“Tu yang tulis “ ~~ B A H A G I A ~~ “ kat status message?” jelasnya.

“ Ouh…” Tersengih aku dibuatnya. Kelakar.

Mulanya aku sendiri yang confuse, kenapa sahabatku ini bertanyakan begitu. Ya la, tak berniat hendak mengatakan aku bahagia dengan ‘siapa’ yang dimaksudkan. Siapa ‘Siapa’ aku? Aku terkial-kial menangkap maksud sahabatku itu, Kak Sabrina (Ketua Nisa’ Serdang).

Cuma pada waktu itu aku rasakan sangat bahagia. Aku masih dapat menghirup udara Allah, dianugerahkan sahabat dan sahabiah yang mendidik aku ke jalan Allah, duduk di perbukitan Bangi yang bertemakan Bandar Ilmu, dilimpahi peluang-peluang untuk menghadiri kuliah-kuliah agama, dapat pekerjaan yang baik, dapat peluang untuk sambung pelajaran, masih diberi peluang untuk membalas jasa mama dan abah, dapat menyayangi dan disayangi oleh adik-adikku, dan banyak lagi. Kalau hendak diaturkan senarai pendek, memang tak boleh.

In short, aku “ ~~ B A H A G I A ~~ “ kerana masih dipanjangkan umur untuk menikmati semua kebahagiaan di dunia ini. Jadi, aku harus menjadi pengaturcara untuk rasa bahagia untuk diri sendiri, dengan izin-Nya.

Aku menjawap kepadanya. Aku bahagia kerana aku ada Allah. Hadiah Allah yang tidak ternilai bagiku adalah pentarbiyahan dari-Nya melalui wasilah-wasilah yang diturunkan. Aku diajar susah untuk senang. Aku diberi jatuh untuk bangun. Aku dididik diam untuk sabar. Aku dilorongkan kepada sahabat-sahabat yang baik untuk aku berubah. Aku dibimbing dengan rasa indah kepada-Nya untuk bersyukur. Aku disokong oleh adik-adikku, ‘Uyun, Azim, Anas, dan Fiqrah untuk terus tabah. Dan paling berharga, aku dikurniakan mama dan abah yang sangat kuat memapah aku sedang aku kejatuhan.

Nah, kalau sebelum ini aku ‘begitu’, aku bahagia kerana sekarang aku ‘begini’.

Dia yang faham mengatakan “Ouh…”.

“Takpa Aqeen, kita nak berubah, macam-macam cara Allah bagi,“ sambungnya.

Cahaya : Mak saudara kita kata, nak berubah, berubahlah kerana Allah, bukan manusia. (^;^)

Dikirim dalam Ceritawara. 6 Comments »

6 Respons to “Aku ” ~~ B A H A G I A ~~””

  1. Tsuwaibah Says:

    Assalamualaikum…

    Ya..bahagiakah kita? bahagia itu dtg dr Allah..
    mcmn nk tau ia dtg dr Allah?
    bila hati selalu ingat, rindu dan cinta pada DIA..
    bila kita ingat pada DIA, DIA akan memberikan kita ketenangan…
    Al-furqan juga akan maktubkan…dengan mengingati Allah itu hanya jiwa @ hati menjadi tenang…
    bila tenang akan rasa ~ B A H A G I A ~…
    siapa yang memberi kita ~B A H A G I A ~ ?
    DIA lah yang Maha Perkasa lagi Bijaksana…

    Wallahu a’alam…=)

  2. CahayaMataKeyaQeenan Says:

    Terima kasih ija menjadi sahabat Aqeen dan menggenggam sebelah tangan Aqeen menuju redha-Nya. Syukur. Aqeen tenang sekarang. Toink2!

  3. Khairul Adli Says:

    Tetapi itulah hakikat kehidupan. Tidak semua yang kita inginkn kita boleh dpt. Ada kalanya yang kita tak suka itulah yang kita selalu dapat. Redha itulah penawar. Sudah menjadi resam dunia. Ujian adalah tarbiyyah dari Allah. Apakah kita akan sabar atau pun sebaliknya. Wallahu’alam.

  4. CahayaMataKeyaQeenan Says:

    Syabas! Hidupku untuk Allah, Matiku kepada Allah. Semua manusia sama sahaja. Mungkin kita mempunyai perbezaan ciri, namun masalah besar kita sama. ‘Bagaimana ingin menghadapi mati’. Bagaimana?? Sudahkah kita semua bersedia? Tepuk dada tanya iman. Wallahua’lam…

  5. 'uyun Says:

    puiyo ayong… glemer la daku bersama daku-daku yang lain.. Hang jebat, hang lekir, hang nadim, hang lekiu dan ko hang tuah.. Biar aku menjadi hang jebat.. heheh..

    bersabarlah dengan kesusahan yang allah beri.
    Hidup ni warna-warni.. hargailah sepenuhnya..
    life is so meaningful!!! so, cheer up!!

    jangan terlalu difikirkan masalah2 peribadi,
    banyakkanlah berfikir akan masalah ummat.. muge allah permudahkan urusan peribadi kite..

    bahagialah kamu bersama islam dengan adanya kasih sayang ALLAH.

  6. CahayaMataKeyaQeenan Says:

    Personal matter is just one part of my social activities. It must be able for colouring my days. I think it doesn’t switch my life’s diary and you don’t have to worry. You know me yar, selamba je la beb!
    Ya, warna-warni… We are same sis! I Love You!

    Nisa’, Maths, Master, PhD, Phsycology Training… I have so lot things to do yar… May God Bless Me (^;^) and I’m happy with Al-Hamra’.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: