DUNIA BARU

Tanggal 2 Jun

Tarikh kujejaki kembali lubuk rezeki lama

Meloncat sudah mendapat khabar

Aku diterima

Namun perjanjian 2 tahun itu

Agak berkira-kira juga

Tidak diterima, kosonglah poketku

Jika menerima, poketku bermuka-muka pula

Langkah mana harus dituju

Sudah dipanggil menyambung ilmu

Demam pula jadi selekoh

Hikmah pasti menyusul redha

Aku akur

Sabar mencari akal

Cari dulu ilmu dan amal

Pasti tiba masanya…

Aku sendiri empunya pilihan

Untuk seterusnya urusan Tuhan…

6.00 pm UniKL, MFI.

Cahaya : Banyak baru perkara baru, tiada yang lama tiadalah yang baru.

Advertisements

11 Respons to “DUNIA BARU”

  1. sumayy Says:

    nice (^_^)

  2. uranicade Says:

    salam,

    takpe,bos solat istikharah la…insyaAllah ok…..

    😉

  3. RIDWANTO UTM Says:

    sALAM ZIARAH,
    wah, warna hijau…
    ini rupanya kekanda ‘uyun…
    salam perkenalan

  4. CahayaMataKeyaQeenan Says:

    K. Sumayyah, terima kasih. cadangan membina dialu-alukan (^:^) !!

    InsyaAllah Ikram, doakan semua sahabat dipermudahkan urusan. Selalu-selalulah kunjungi blog ini. Salam Ukhwah.

    Hijau, jangan tak hijau abg Wanto. Yer saya kekanda kepada adinda2 saya. (^:^)… Salam Perkenalan..~

  5. Hj Kay Says:

    Salam,

    Tahniah sempena pelancaran blog ni…nanti tambah lagi artikel-artikel atau bahan-bahan baru agar ianya lebih menarik minat warga blogger. Que le succes soit avec toi n’importe d’ou t’es….

    Amitie,

    Hj Kay.

  6. CahayaMataKeyaQeenan Says:

    Ya Hj. Kay, terima kasih kerana sedikit sebanyak membantu saya dalam pembinaan blog ini. InsyaAllah berbekalkan pengetahuan yang sediit ini, saya akan cuba untuk memeriahkan lagi laman blog ini. Terima kasih sekali di atas sokongan yang diberikan.

  7. YangBaikYangAdil Says:

    Salam Aqeen.

    Thanx a million for invitation. Your blog is so interesting. Mcm2 ada. Hehe.
    Blog sy pun kalah. hehe. Perjanjian 2 tahun utk further studies ke? Sabarlah pasti ada hikmah tu. Kita merancang, tapi perancangan Allah itu lebih baik.
    Smoga awk dpt hidayah dr Allah. Wish you luck. I’ll always make du’a for you. Teruskn perjuangan. Aqeen pasti boleh!!!…….

  8. 'uyun Says:

    huhu.. dah ada blog sendiri.. fuiyoo fuiyoo fuiyoo.. (versi cika!) kikikhh… wokey, anyway gewd luck in your future life.. don’t i’ll be by ypur side.. tawen la cepat yong… huhu

  9. CahayaMataKeyaQeenan Says:

    YangBaikYangAdil : Terima di atas sokongan dan bantuan info selama ni. Alhamdulillah, saya meneruskan perkhidmatan di UniKL MFI. Kontrak selama 2 tahun sambil dibenarkan belajar secara sambilan dalam tempoh ini. Selepas 2tahun, dapat la offer permanent basis. (^:^).. Terima atas du’a juga.

  10. 'uyun Says:

    2 tahun kontrak tu hanya dibenarkan belajar secara sambilan je ke puan? berkahwin agaknye bagaimana ye puan ?

    (habeslah in, dinda mu ni akan sentiasa melakukan serangan tornado begini

    -orang yang mahukan dirimu ‘TERTEKAN’.. ngeh2.. –

  11. CahayaMataKeyaQeenan Says:

    Salah orang la cik ‘uyun bertanya. Biarlah adil. Meletakkan soalan kepada tuan punya jawapan. Baru lah betul, meletakkan sesuatu di tempatnya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: