Segenggam Tabah

Segenggam Tabah

Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com

Bertali arus dugaan tiba

Menakung sebak airmata

Namun tak pernah pun setitis

Gugur berderai di pipi

Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti

Segenggam tabah dipertahankan

Buat bekalan di perjalanan

Kau beban luka yang berdarah

Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu

Derita buatmu ada hikmahnya

Terlukis senyum di bibir lesu

Tak siapa tahu hatimu

Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

Senilagu : Fadzli Far East Senikata : ITO Lara (Gurindam Entertainment)

Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.

Penerbit : Fadzli Far East Susunan Muzik : Firdaus Mahmud

Cahaya : Lagu yang sangat berulang-ulang diputarkan tatkala diri dirundung musibah. Peringatan berulang-ulang itulah sesuai untuk kita manusia yang mudah lupa akan urusan Allah memberikan kita cabaran dan habuan. Wallahua’lam~

Advertisements
Dikirim dalam Lagu Pilihan. 5 Comments »

5 Respons to “Segenggam Tabah”

  1. hamimnasoha Says:

    Mungkin kebetulan, saya sendiri sering mengulang dengar lagu tersebut. Pertama kali mendengarnya pun sudah mengusik ruang hati paling dalam, terlalu jauh tak terselam. Saya tujukan khas lagu tersebut buat sahabat saya di KTC (atau bekas KTC) yang terus tabah mengharungi dunia kepimpinan. Ada satu video klip yang saya reka sendiri yang menggunakan lagu ini sebagai latarnya. Buat sahabat sekelian, terus bersemangat dan tabah!

  2. CahayaMataKeyaQeenan Says:

    Tabahlah hati insan bertakwa,
    Usah dikeluh usah dirintih;
    Rasailah dugaan penuh istimewa,
    Tanda kita insan terpilih.

  3. 'uyun Says:

    tabah lah in untuk setahun ni.. insyaAllah, ada rezeki, adelah.. dun’t worry.. allah always guide you..happy happy day !

  4. irhafiz Says:

    lidah berbicara petah
    telunjuk mudah menunding
    adakah sendi bergerak lincah
    atau hati mudah berpaling

    harap dapat berkongsi untuk Takdir

    klik http://irhafiz.wordpress.com/haluanku/ku-terima-takdir-mu/

  5. CahayaMataKeyaQeenan Says:

    Belajar mendidik hati yang kering
    Persiapan hari kemudiannya
    Masakan ia mudah berpaling
    Jika hati betul letaknya


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: