Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Gendang
Melihatkan gambar-gambar orang berdemo mengingatkan saya tentang sejarah Malaysia (walaupun tak minat mata pelajaran Sejarah) yang mana Allaharham dan Allahyarhamah tok nenek kita yang keluar rumah berjuang, berkelompok, bersatu kata, bersatu jiwa, berpadu tenaga untuk menuntut satu keadilan dan apa yang dipanggil HAQ.
Di sinilah kita dapat melihat bangsa Melayu berpusu-pusu di jalanan menyuarakan apa yang terbuku demi menuntut kesenangan anak muda pada masa akan datang. Di sinilah saya melihat pejuang UMNO membela dasarnya. Tahniah dan terima kasih!
Kecewanya apabila, orang politik kini tidak kenal sejarah sendiri. Mungkin atau barangkali mereka lebih mengenali sejarah Tuk Kaduk Amerika atau Britain, barangkali lah!. Mana tidaknya, masing-masing mencucuk sepanduk di sepanduk sendiri menegakkan bahasa asing sebagai bahasa ilmu di bumi orang Melayu.
Saya mengucapkan syabas kepada seluruh para pejuang yang turun memenuhi gelanggang putih pada Sabtu lepas. Walaupun saya tidak berada di sana, namun hati ini amat mendoakan kalian agar perjuangan kita sebagai orang Islam berketurunan Melayu dipandang Allah yang Maha Esa.
Saya baru sahaja berbual dengan sahabat saya yang baru sahaja mendaftarkan dirinya sebagai pensyarah di MFI ini tentang ‘lawatan’nya di medan putih (rombongan menentang PPSMI). Beliau adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda dari UIA dan peringkat Ijazah Sarjana di UKM dalam bidang Sains Matematik.
Ya Allah, tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah sedangkan tanah yang gersang sahaja apabila Engkau kehendaki dapat menjadi subur. (Hadis Riwayat Ibnus Sunni)
Sehubungan dengan itu, saya mengutarakan kepada beliau tentang antara tajuk tesis saya yang ingin cadangkan kepada penyelia saya. Ada di antaranya berkenaan PPSMI. Subhanallah, beliau amat menggalakkan saya untuk menengahkannya.
Biarlah ia dikaji secara ilmiah, baru saya berpuas hati dan celik dengan apa yang saya curiga kepada pejuang PPSMI kini. Biar ia dibentangkan secara ilmiah yang mana mampu dikupas berdasarkan fakta, sunnah, dan praktikalnya. Wallahua’lam, saya hanya merancang, Allah yang menentukan segala-galanya.
Gendut
Banyak perancangan dalam kepala. Antara keputusan yang payah untuk diputuskan pada waktu ini adalah membantutkan pelajaran Aikido saya demi menceduk lebih dalam ilmu lain. Moga cita-cita murni ini dipandang Allah s.w.t.
Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Walau susah menempuh cabaran
Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan obor sinar kebahagian
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Biar syahid atau kemenangan
Berjuanglah wahai Ansarullah
Dengan matlamat daulah Islamiah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan
Bergerakkan ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat di hati
Ingat nyata benarnya janji Rabbi
YaQeen Ahmad : Menitis airmata tatkala mendendangkan lagu ini buat pertama kalinya. Alangkah kerdilnya aku di bumi Allah…