Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Tamat sudah Kelas BBK5101
Kelas dah habis! Sedih dan yeay!
Apa Cerita BBK5101?
Kelas BBK5101 adalah kod bagi subjek Falsafah dan Pemikiran Sastera Melayu. Macam pelik budak Matematik sesat ke dalam kursus ini. Namun, dari awal semester hinggalah ke hujung semester, kedatangan saya disambut baik oleh semua ahli keluarga kursus ini.
Dalam sebuah bilik pensyarah, kami menerima kuliah saban minggu pada waktu kemuncak kelaparan, 11 pagi hingga 2 petang. Ceritanya tentang falsafah dan pemikiran sastera Melayu, ke mana arah tuju sastera Melayu, teori-teori yang membangunkan setiap falsafah, bagaimana sistem sastera dibina, bagaimana corak pemikiran sastera moden dan klasik, serta banyak lagi.
Terima kasih Dr. Abdul Rahim b. Marasidi
Jutaan tidak terhingga kepada Dr. Rahim yang sangat sporting dan banyak mencurahkan buah fikiran serta nota kuliah yang santai tetapi berkesan.
Penyampaiannya yang bersahaja membolehkan dan menggalakkan kami sebagai pelajar berjaya menyertai komunikasi dua hala.
Saban minggu jugalah, saya membuat mini laporan kepada Tuan Hamim, apa yang saya dapatkan dari dalam kuliah. Itu adalah ringkasan daripada ulangkaji.
Kesemua ujian dibuat di luar kuliah.
Tugasan 1 30%
Tugasan 2 30%
Tugasan akhir 40%
Jumlah 100%
Terima kasih Abg Hamim!
Dari saya mula kelas pertama hinggalah kelas yang terakhir, Abang Hamim adalah orang yang paling setia menemani saya. Adakalanya dia mengambilkan saya kerusi untuk dibawa ke bilik pensyarah. Saban minggulah dia menemani saya selama 3 jam perkuliahan. Syukur… Syukur kepada Allah yang Maya Penyayang… Saya mempunyai suami yang sangat prihatin.
Blog oh Blog!
Sudah hampir 4 bulan blog ini bersawang lagi. InsyaAllah, akan diupdate dari masa ke semasa. Saya sudah mula boleh bergiat aktif semula selepas melepasi trimester kedua kandungan. Alhamdulillah…
Baik-baik anakku sayang
Mummy mahu bekerja semula
Melakukan setiap aktiviti bersama
Dalam kandungan mummy, anak setia
Macam abah, yang prihatin menjaga kita…
YaQeen Ahmad: Due 6 Mac 2011. Moga dimudahkan segala urusan… Amiin…





13 Januari, 2011 at 8:21 am
salam aqeen,
farah doakan agar aqeen dan kandungan selamat..moga dipermudahkn urusan yer..
take care ..