Aku manusia

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Aku manusia

Aku manusia

Aku manusia

Siapa Aku?

Aku adalah manusia

hanya manusia yang tidak hebat mana

aku pernah silap menelah

kerana cuba meletakkan diri di hadapan

jauh sekali di depan

hingga tak berjaya tahu khabar di belakang

aku jadi takut

takut-takut lupa

untuk jengah ke belakang

nyata aku melayu yang mudah lupa

terus aku letakkan diriku nun di belakang

jauh terperosok di sana

jauh dari pengalaman biasa

kononnya agar aku dapat memandang ke hadapan

namun cepat benar aku ditinggalkan

jauh ketinggalan dari orang-orang yang leka

aku injak diri mara sedikit

betul-betul selesa

cuba pastikan

aku kini berada di tengah-tengahnya

boleh pandang hadapan

boleh toleh belakang

aku akan jadi seperti tali pinggang

kuat di tengah-tengah

sangat berperanan!

aku mesti belajar dari kesilapan tadi

kerana siapalah aku…

11.52 am, 30 Mei 2009, Unit Matematik, UniKL MFI

YaQeen Ahmad : Terus berkarya.

Selesema babi: 100 sekolah di AS ditutup

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Berita di muka Berita Harian, 30 April 2009.

WASHINGTON: Kira-kira 100 sekolah di Amerika ditutup sementara berikutan kebimbangan merebaknya virus selesema babi yang kini membawa maut di negara itu.

Jabatan Pelajaran Amerika berkata, sekolah yang diarah tutup kebanyakannya di negeri yang dilanda wabak berkenaan, iaitu California, New York, Texas dan Carolina Selatan.

Beberapa sekolah bagaimanapun dijadual dibuka esok sekiranya kes yang disyaki itu bukannya disebabkan virus H1N1 atau selesema babi.

“Jabatan Pelajaran sentiasa memantau perkembangan wabak berkenaan. Semua sekolah dan daerah diarah mengikuti garis panduan yang dikeluarkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) dengan meningkatkan komunikasi antara orang awam, pihak berkuasa berkaitan dan ahli politik,” katanya jabatan itu dalam satu kenyataan.

CDC mengesahkan kes akibat wabak itu di Amerika semakin meningkat dengan 91 orang dilaporkan disyaki dijangkiti.

Seorang kanak-kanak berusia 23 bulan berbangsa Mexico yang melawat keluarganya di Texas, maut akibat virus itu semalam. – AFP

Lagi berita : Berita Harian

YaQeen Ahmad : Fikir-fikirkan… dunia sudah hendak tamat hayatnya… “Alamak… selsema tak baik lagi. Tak sanggup nak tampal gambar ‘benda’ tu di sini…”

Dikirim dalam Eksplorasi. 2 Komen »

Aura Personaliti Warna

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Aura Personaliti Warna

Buku ini adalah antara barisan buku terakhir yang saya beli dari kedai PTS pada hari Ahad baru-baru ini. Belumpun khatam, namun saya sedaya upaya akan menghabiskannya. Sudah lama saya mencari buku bergenre seperti buku ini.

Aura Pesonaliti Warna : Apakah warna aura anda?

Aura Pesonaliti Warna : Apakah warna aura anda?

Ia adalah tulisan Saudara Mir Hazil Azran Ramli yang diterbitkan oleh PTS Millenia Sdn. Bhd. pada tahun 2008 dan diulang cetak pada tahun 2009.

Intipati buku ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ‘Bahagian 1 : Pengenalan Warna’ dan ‘Bahagian 2 : Rahsia Pesonaliti Warna.’

Antara subpoin yang menarik perhatian saya untuk terus membaca dan menelusuri perjalanan tentang kisah warna ini adalah dalam tajuk ‘Warna Menurut Islam’, ‘Pengaruh Warna’, dan ‘Warna sebagai Bahasa Global.’

Bahan bacaan ini memuatkan pandangan penulis berkaitan warna dan aura. Saya cukup tidak sabar untuk menghabiskannya kerana buku ini adalah hasil tulisan seorang pemegang anugerah Doktor Falsafah dari Zoroastrian College, Mumbai & The Open International University for Compelementary Medicine, Colombo, Sri Lanka dengan tajuk tesisnya, ‘Aura Mastery.’

Sungguhpun saya membaca memang lambat macam siput, saya pasti akan kalahkan siput ketika membaca. Hehe…

YaQeen Ahmad : Banyak lagi buku kena baca… huhu

Dikirim dalam Eksplorasi. 4 Komen »

Anas Melawat Tanah Suci Mekah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

Anas ke Bumi Mekah.

Anas adalah adik saya yang keempat. Perwatakkannya yang sedikit pendiam tidak menjangkakan kami sekeluarga bahawa beliau sedang mengorak nama bersama kumpulan nasyidnya, Ar-Rayyan.

Berjaya menyandang gelaran johan bagi kategori marhaban di Astro melayakkan Anas dan timnya pada tahun lepas membawa pulang tiket penerbangan mengerjakan umrah di bawah kelolaan Mawardah (tim menguruskan Haji dan Umrah).

Kira-kira baru dua-tiga minggu lepas Anas ke sana. Saya masihpun belum sempat menemuramah beliau. Hanya sempat bertanyakan, “Sihat Nas?” dan dijawab ringkas.

Alhamdulillah, Anas sihat pergi dan balik walaupun kepulangannya, dia mengadu sakit dada sedikit. Mungkin disebabkan perubahan cuaca.

Gambar sebelum membotakkan kepala.

Gambar sebelum membotakkan kepala.

Bersama rakan-rakan

Bersama rakan-rakan

Sebelum dia bertolak, saya sempat menciumnya dan meminta dia mendoakan kami sekeluarga hidup harmoni, dimudahkan urusan, dan diberi kesihatan yang baik.

Di depan itu ialah Mimbar Nabi Muhammad s.a.w. Alangkah seronoknya ia berada di depan mata... Syahdu rasanya...

Di hadapan itu ialah Mimbar Nabi Muhammad s.a.w. Alangkah seronoknya ia berada di depan mata... Syahdu rasanya...

Di hadapan Kaabah. MasyaAllah!

Di hadapan Kaabah. MasyaAllah!

Anas yang botak mempromosikan gula-gula kurma.

Anas yang botak mempromosikan gula-gula kurma.

Sempena Anas mengambil SPM pada tahun ini, akak mendoakan yang terbaik untuk Anas. InsyaAllah kami semua mendoakan Anas.

“Jangan main-main Nas!”

Anas tidak lupa membelikan kami buah tangan dari sana. Untuk saya, ‘Uyun, dan Fiqrah, dia membelikan seorang sepasang jubah. Terima kasih, dik. Ianya sangat cantik.

YaQeen Ahmad : Teringin ke sana bila sudah mampu.

When We Click!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Click!

s

Sweet Memory...-Family Day UniKL MFI 2008.

Pertandingan Menyusun Puzzle

Sweet Memory...-Dinner UniKL MFI 2008.

Inspirations

My best Buddy!

My Best Buddy!

They are too cute!

They are too cute!

Satisfactions!

Like Real?

Like Real?

Potrait

Potrait

Young Lady YaQeen Ahmad.

Young Lady YaQeen Ahmad.

All from photofunia.com.

YaQeen Ahmad : It can make me smile… wink! (^^,)

Pemendam ke?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Pemendam ke?

*     *     *     *     *

Sedang menonton berita di TV3, ada suara yang meluahkan rasa, “Sekarang ni Shiela tengok Aqeen ni semakin sensitif la. Bukan semakin, tetapi sangat sensitif.”

“Ye ke? Bila?”

Fiza menambah, “Aku pun rasa macam tu. Yang lebih tepat dan sesuai dengan kau sekarang ni, aku suka cakap, kau macam tak seyakin nama kau.”

“Shiela rasa Aqeen ni memendam. Ceritalah masalah.”

Teringat dialog Shiela dulu, “Aqeen ni serius la.”

*     *     *     *     *

Dalam hatiku… Entahlah, mungkin perubahan hormon untuk ke alam dewasa kot. Huhu.

Nak komen lanjut pun tidak tahu macam mana. Macam Sara kata, “Aku tahu kau ni, hati kering.” Tergelak dibuatnya.

Nak dengar orang kata memang macam-macam. Kadang-kadang terhibur juga memikirkan perasaan orang lain kepada kita. Ouh, begitukah?

Kak Tikah menambah lagi semalam tika Steven Chow berpencak di Pearl Screen, “Aqeen ni, badan je kat sini. Kepala ntah kat mana tu.”

Huhu… Sejak kebelakangan ini, itulah sedikit senario yang ada di Al-Hamra’. I will take it positively.

Tiada apapun berselirat di hati. Cuma di dalam kepala, banyak rencananya hingga membantutkan perbualan. Ia tidaklah mudah untuk diekspreskan kerana tidak tahu bagaimana untuk mengaturnya.

Ada suatu pesan yang menangkap ingat, “Kalau ada apa-apa, jangan dipendam.”

Aqeen berdarah O, seorang yang sukakan kerja yang sistematik. Andai ada proses yang sudah dilabel ‘begin‘ akan jadi seronok bila boleh dilabel proses seterusnya ke tahap ‘done‘.

Sementara proses itu masih dijalankan atau diselesaikan, agak kusut sedikit pemikirannya apatah lagi jika beberapa perkara didatangkan sejelepuk di depan matanya. Banyaknya kesinambungan perkara-perkara tersebut adalah daripada timbunan yang ditag sebagai homework!

Sebenarnya, sikap pendam ini hanya baru dipratikkan dalam beberapa bulan ini. Nyata, sifat manusia, bila ia beralih dari trek semulajadinya, akan cepat dikesan orang. Eksperimen berjaya!

Kalau sebelum ini di cop ‘unstopable’, kini bolehlah jadi ‘unspeakable’ eah?. (^_6)

Diam menjeruk, bukannya merajuk.

Diam menjeruk, bukannya merajuk.

Perkara ini perkara yang natural. Ia akan okay dengan peredaran oksigen yang baik dalam badan. Kesekatan H2O ini tidaklah 100% disebabkan oleh satu-satu hal yang ada di mindanya. Ia mungkin daripada picisan-picisan yang remeh tetapi perlu dibereskan mengikut datelinenya.

Kehebatan wanita ada disitu. Dia mampu memikirkan macam-macam perkara-perkara remeh. Sekiranya wanita berada di dalam sebuah bilik, fikirannya boleh menerobos hingga ke dinding bilik sebelah sana.

Manakala, si jejaka pula fikirannya bukan berada di lingkungan di dalam rumah tersebut. Terlalu remeh padanya untuk difikirkan. Cakupan pandangannya lebih besar iaitu pemikirannya adalah berada di luar kawasan rumah.

Pada hemat saya, perjalanan kehidupan mungkin akan jadi lebih cantik apabila wanita dan jejaka fleksibel bertukar-tukar peranan mereka.

-YaQeen Ahmad-

Namun semakin lama, perkara-perkara di depan mata semakin seronok untuk dilalui. Saya hanya ingat satu perkara, “Allah akan menguji hamba-Nya yang beriman kepada-Nya.”

Perkara yang tidak boleh diselesaikan sesama manusia, mestilah diuruskan telus dengan Allah.

-YaQeen Ahmad-

Alhamdulillah.. Senyum sokmo deh!

YaQeen Ahmad : Banyakkan berfikir biar otak lancar. Simpan apa yang perlu, keluarkan apa yang perlu.

NIG’09 – Nisa’ Indoor Games 2009

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w.

NIG’09

nisa-indoor-games1


Bertempat di Dewan Jubli Perak, SUK, Shah Alam, telah diadakan Nisa’ Indoor Games pada 25 April lepas anjuran Nisa’ Malaysia.

Seawal 6.20am, pasukan dari Nisa’ Serdang telah mula berkumpul untuk bertolak ke Shah Alam. Malangnya, ketibaan lewat beberapa peserta mengakibatkan kontijen dari Nisa’ Serdang lewat tiba seperti yang dirancangkan.

Antara pertandingan yang dianjurkan sebagai Indoor Games pada kali ini adalah permainan Ceper, Batu Seremban, Karom, Dam ular, Dam Aji, Catur, Dart, dan Congkak.

Permainan Congkak

Permainan Congkak : Alahai... daku kalah daa

Permainan Dam Ular : Kalah juga... Ini adalah salah satu contoh permainan nasib... Nasiblah... Daku kalah lagi...

Permainan Dam Ular : Kalah juga... Ini adalah salah satu contoh permainan nasib... Nasiblah... Daku kalah lagi...

Saya sepatutnya mewakili Nisa’ Selangor dalam permainan Catur. Namun, kekosongan itu sudah terisi oleh wakil Nisa’ TTDI. Tidak apalah. Bernasib baik, saya telah mengisi kekosongan wakil dari Sabah. Jadi orang Sabah pula dah…

Fokus kepada strategi

Permainan Catur : Fokus kepada strategi.

Pertandingan bermula lebih kurang jam 11.30 dan tamat pada jam 3.30 petang disenggang rehat pada jam 1.00-2.30 petang.

Seronok sangat apabila melihatkan ramai golongan Nisa’ yang turun padang. Saya kira, objektif yang ingin disasarkan oleh Nisa’ Malaysia telah berjaya. Alhamdulillah, dengan kondisi yang selesa dan perjalanan aturcara yang teratur, majlis berjalan dengan gemilangnya. Secara individu, syabas saya ucapkan!

Buah Tangan NIG

Antara kejayaan yang berjaya saya rakamkan adalah kejayaan dua pasang adik-beradik yang telah menyandang Johan dan Naib Johan dalam kategori masing-masing.

Namun, pasangan pertama bagi kategori A, tidak sempat saya rakamkan gambarnya.

Alhamdulillah!

Alhamdulillah! Naib Johan dan Johan bagi kategori B.

Syukur Alhamdulillah. Segala pujian, saya serahkan kembali kepada Pemiliknya, Amiin.

Sebagai persediaan bagi mewakili MARA Selangor dalam acara catur nanti, saya rasa ini adalah langkah awal yang baik. Oleh itu, doakanlah kejayaan saya kelak. (^_^)

YaQeen Ahmad : Mak pesan, “Kalau nak main, main sungguh-sungguh.” Apa-apa pertandingan atau peperiksaan, wajib minta mak dan abah doakan.

Pesta Buku 18 April 2009

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Pesta Buku 18 April 2009

Sabtu lepas saya berjalan-jalan dengan ‘Uyun dan Sara. Sekadar titipan kecil mengisi entri pada kali ini. Lama juga kekeringan buah fikiran untuk memuatkan apa yang perlu disisipkan di blog ringkas saya ini.

Aduhai, maklumlah, saya tidak empunya kamera. Lalu terjaja-jaja sedikit minta diambilkan gambar dan kemudian hantar pada saya. InsyaAllah, ada rezeki nanti, saya akan betulkan kamera yang rosak tu… Alahai… sedihnya…

“Hai, suka betul ambil gambar.”

“Dia ni memang suka ambil gambar.”

“Aqeen ni suka bergambar.”

Ini antara luahan kepada siapa yang berdating dengan saya.

Dalam hati… Adeh, dah tahu ada kamera, simpan saja dalam beg ya… Kalau begitu, hantar semula ke kedai. Dapat duit, boleh belanja saya RFC.

Itulah fungsinya. Saya hanya mahu memanfaatkan fungsi kamera itu. Tidaklah menjadi zakat nanti. Hehe (alasan bernas kan?)

Bergambar dengan Tok Guru.

Bergambar dengan Tok Guru.

YaQeen Ahmad : Suka pada kenangan manis sahaja. Kenangan pahit nak buang jauh-jauh tapi tak dapat.

Dikirim dalam Ceritawara. 3 Komen »

Nawaitu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Nawaitu

Lewat ini ialah jam 7 petang. Saya masih menantikan maghrib untuk solat di Surau Unit Matematik. Saya harus menggantikan kelas semalam yang ditinggalkan.

Mata saya baru sahaja menyinggah di blog-blog sahabat dan Abu Saif dan zaujahnya. Ucapan selamat menyambut orang baru saya hulurkan dari jauh. takut-takut hendak meletakkan komentar di blog mereka. Jauh di sudut hati, ada rasa terpencil dan kerdilnya ilmu serta perjuangan di tusuk dada ini berbanding ‘couple’ itu.

Teringatkan pesta buku yang masih berlangsung, terasa cemburu pula pada kawan-kawan yang berada di sekitar Kuala Lumpur. Terlalu dekat dengan PWTC untuk duduk berhari-hari di sana. Saya pujuk hati, “Kerja di pejabat pun ibadah juga. Kenalah Lillahi Taala.”

Pagi tadi, saya pun baru sahaja dapat membelek diari tugas saya. Hujung minggu ini penuh dengan aktiviti. Mahu singgah di booth pilihan, masakan boleh? Saya harus sertai NIG (Nisa’ Indoor Games) untuk permainan catur mewakili Nisa’ Serdang nanti. Terlepaskah saya dengan program-program yang lebih menarik?

Baca baki entri ini »

Kekasihku Seru

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Kekasihku Seru

Semalam saya mengambil MC. Seharian di rumah, tidak mampu juga saya habiskan proses menanda kertas ujian pelajar. Sama terlantar, dua rakan serumah. Kami dijangkiti virus ‘flu’ yang entah dibawa daripada siapa. Aduh, peningnya kepala!

Jam lebih kurang 10.30 pagi, kami bertiga berteleku mengadap laptop. Asyik sungguh Mai dan Fiza menonton.

Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Eksplorasi. 1 Komen »

Proton Exora

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Kepada yang berminat.

Proton Exora

Proton Exora

exora-product-overview

YaQeen Ahmad : Kecil-kecil dahulu, besar-besar kemudian.

Dikirim dalam Eksplorasi. 1 Komen »

Makan Malam Semai Bakti

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Situasi 1

Pelajar : Miss, saya nak jemput Miss ke dinner.

Miss YaQeen : Dinner apa ni?

Pelajar : Kiteorang nak jemput Miss ke dinner kami, kami dari entreprenuership.

Miss YaQeen : Kiteorang? Kiteorang tu siapa?

Pelajar : Kiteorang la Miss dari pelajar-pelajar yang ambil entrepreneur. Kami tak jual-jual, tetapi kami anjurkan dinner ni.

Miss YaQeen : Awak tak menjawab soalan saya. Yang saya tanya, kiteorang tu siapa?

Pelajar : Kami student ASMT.

Miss YaQeen : Itulah jawapannya yang saya mahu.

Miss YaQeen : Saya rasa saya tak dapat pergi sebab ada acara karaoke di sini.

YaQeen Ahmad : Perkara yang disoal, mesti dijawab.

Kenapa Malaysia Perlukan Ramai Penterjemah?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Kenapa Malaysia perlukan ramai penterjemah?

Menerusi YM.

- Mula-

Kak Husna : Aqeen, nak tanya, boleh?

YaQeen Ahmad : Tanyala kak, silakan.

Kak Husna : Kenapa Malaysia perlukan ramai penterjemah?

YaQeen Ahmad : Supaya ilmu dapat dimasukkan ke Malaysia. Bahasa merupakan medium utama bagaimana berjayanya ilmu itu disampaikan secara langsung. Soalan apa ni kak? Ini soalan daripada ITNM ke?

Kak Husna : Ada kawan akak tanya. Okey, terima kasih. Ada idea lain tak?

YaQeen Ahmad : Setakat ni, tiada.

-Tamat-

Diperhatikan kembali soalan tadi, saya mahu menjawab sekali lagi.

Jawapan saya, Malaysia memerlukan ramai penterjemah agar ilmu-ilmu yang menggunakan bahasa asing (bahasa yang bukan berasal dari Malaysia) berjaya diserap ke dalam negara ini dengan menggunakan bahasa sendiri (bahasa yang digunakan di Malaysia) yang mana bahasa merupakan komponen utama sebelum ilmu itu berjaya dikembangkan lagi. Wallahua’lam.

Anaemia?

Terbaca entri di blog ‘Uyun kali ini, buat hati saya sedikit getar.

YaQeen Ahmad : Kurang apa yang dinamakan imunisasi.

Pesta Buku Antarabangsa KL 2009

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

Kelmarin, Sabtu (18 April) saya bersama Sara dan ‘Uyun ke Pesta Buku Antarabangsa, PWTC.

Rasa seronok melihat orang ramai berpusu-pusu ke gudang ilmu tersebut yang sudah sedia bermula pada hari Jumaat, 17 April yang lepas.

Dari tingkat 3 hingga tingkat 4, pemandangan tidak sunyi. Mustahil sunyi! Di Malaysia memang ramai ulat buku! Kecuali saya agaknya.

‘Uyun yang sampai dari JB terus membeli-belah. Ketibaan saya sedikit lambat dek satu pengalaman yang agak teruk berlaku. Adeh… Saya baru perasan yang saya telah meninggalkan dompet sendiri kesepian di dalam kereta!

Stressnya kerana ketika itu beluncas (komuter) telah sampai di Stesyen Komuter Serdang. Patah balik ambil masa sejam!

Dapat juga sedebik daripada Sara, “Kau ni kan, kalau ada anak nanti, dengan anak-anak kau tertinggal.”

Saya malas ambil pusing. Dahlah bengang dompet tertinggal, dalam kepala pula berbaur takut, takut-takut pencuri yang tak bijak memecahkan JGG saya dan mengambil dompet berisi duit tak seberapa. Tak kisah fasal duit, saya kisah dompetnya. Diam jelah! Bekukan telinga…

Setibanya di PWTC, kami (saya+Sara) solat Asar dahulu. Sejukkan hati masing-masing. Dengan perut yang lapar, terus menjamu Mee Goreng RM5/pinggan… Lari bajet!

Sebenarnya saya tiada pun senarai tulis untuk memuatkan apa yang hendak dibeli. Ke sana hanya semata-mata meraikan kedatangan ‘Uyun yang datang dari jauh. Sudah tentu kena jemput, kalau tidak mak akan kata saya tak sayang adik.. (agaknya kot..)

‘Uyun memang pemurah kepada buku. Dapatlah ‘pau’ sebuah buku daripada dia… ‘Life is an Open Secret’. Target saya memang tiada. Jadi, tak tahu nak beli apa. Cuma mungkin di sini dapat saya berjimat untuk melanggan Asuh lagi untuk Ciqqah (Fiqrah) seperti tahun lepas.

Ronda-ronda 1, 2, 3 pusingan, dapatlah sebuah buku idaman. Saya melaburkan RM _ _ untuk sebuah buku ‘Pantun Melayu-Riau’ tulisan Tenas Effendy terbitan DBP.

Di sana, En. Zulhilmi telah memberikan kadnya di bawah syarikat Dawana Sdn. Bhd. untuk cuba membantu mendapatkan bahan-bahan mengenai pantun kelak. Untuk apa? Adalah…

Seloka Dadidu… Pesta Buku Antarabangsa 2009

Tak cukup sekali pergi ke sana.

Dalam hati bukanpun tahu nak beli apa.

Buku sedia ada belumpun cukup baca.

Cukuplah dengan apa yang ada.

Tahun hadapan pula kita berjumpa.

YaQeen Ahmad : Bukan ulat buku.

Diriku Terlalu Berharga

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Memoir Cinta Hari Jumaat – Diriku Terlalu Berharga

Jika seringkali anda begini, “Memang salah aku, tak patut aku tegur dia begitu.”

Atau begini, “Alamak, presentation aku tak berapa menarik la. Kenapa rakan lain boleh buat yang lebih cantik?”

Atau begini, “Banyak betul kerja tak siap, aku ni memang lemah dalam pengurusan masa.”

Atau pula begini, “Anak aku ni nakal, mesti ikut perangai aku dulu. Macam manalah aku mendidik ni….”

Atau anda begini, “Memang aku lembab, nak buat macam mana…”

Sifat mengeluh begini adalah sesuatu yang negatif. Bila anda galak membawa aura cas negatif ini, ia akan kelamaan memakan diri sendiri sehinggalah anda akan berasa pasif dan tidak berkeyakinan yang tanpa haluan.

Bila yang diulang-ulang bercas negatif, sampai bila cas positifnya nak sampai?

Fitrah dalam agama Islam ada menyatakan, tidak semua manusia sempurna melainkan Kekasih Allah yang tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. yang maksum.

Hanya Baginda s.a.w. yang berhak mendapat jolokan “He is very PERFECT!” Sebab itu anda pernah mendengar, “Nobody is perfect!Nobody yang dimaksudkan adalah umat Nabi Muhammad s.a.w. sehinggalah kita pada hari ini.

Jika anda sudah berusaha sedaya upaya dan cuba melakukan yang terbaik, berdoa supaya segalanya dimudahkan, maka tika ini, serahkanlah pada Allah sepenuh-penuhnya bagi menentukan hasilnya. Justeru, lengkaplah teori ‘usaha, doa, tawakal’.

Seterusnya, bila anda telah lakukan yang terbaik, hanya Allah yang layak menghitungkan usaha anda. Ia akan jadi silap jika anda meletakkan perhitungan itu adalah daripada rakan-rakan, ibu bapa, suami, malahan boss anda juga, kerana mereka adalah semata-mata wasilah kepada segala ujian yang Allah turunkan. Maka, berhati-hatilah.

Cuba kita tukarkan cas negatif tadi kepada sesuatu yang menyeronokkan. Sebagai contoh, hargailah diri sendiri. Bukankah penat sewaktu membereskan kerja-kerja pemfailan yang memuakkan? Bukankah serabut rasanya apabila tugasan datang bertimpa-timpa yang menuntut siap dengan kadar segera. Bukankah letih memikirkan masa untuk dibahagikan kepada kerja, keluarga, pelajaran, dan lain-lain perkara?

Sementelahan lagi, kadang-kadang kegagalan kita bukanlah berpunca daripada kita sendiri. Ia berkemungkinan dipengaruhi oleh elemen-elemen  yang menyebabkan ketidakberkesanan sesuatu pada masanya yang datang dengan tidak disangka-sangka. Maka, anda harus terima hakikat itu.

Mulalah menghargai hati anda, kaki dan tangan dan fikiran yang membantu anda menyelesaikan segenap perkara.

Kita tidak akan dapat digantikan dengan sesiapapun. Kita adalah insan yang paling bertuah dipilih Allah untuk membereskan kerja-kerja yang ada. Tambahan lagi, perkara yang teristimewa, kita adalah manusia yang dipercayai untuk memegang sesuatu amanah atau tugasan itu, dan bukan orang lain. Bukankah ia sangat istimewa?

Peganglah kepercayaan itu dan seterusnya bertawakkallah kepada Allah untuk mendapat ‘gaji’ (pahala) yang istimewa dari-Nya.

Kan bagus begini, “Ya Allah, tunjukkanlah kepadaku cara bagaimana nak atasinya. Jika ini yang terbaik, terbitkanlah redha ke dalam hatiku. Terima kasih, Allah.”

Kan bagus begini, ” Alhamdulillah, ini yang paling cantik. Masing-masing ada kelebihan. Ini bahagian aku, itu bahagian dia. It’s fair from Allah!”

Kan bagus begini, “Alhamdulillah dah nak siap! Takpe, slow & steady lah!

Kan bagus begini, “Begitu indah saat melahirkan. Allah tidak akan meletakkan suatu kepercayaan itu kepada sia-sia. Maka aku harus memikul kepercayaan ini. Pasti ada hikmahnya dengan kesabaran yang aku sumbangkan.”

Kan bagus begini, “Terima kasih tangan, terima kasih kaki, terima kasih hati kerana sudi membantu. Nanti aku belanja pergi mengurut.” (^_^)

Selagi pengharapan itu pada manusia, anda tidak akan berasa seronok 100%. Letakkanlah pengharapan itu hanya pada Allah s.w.t, insyaAllah anda akan dapat hasilnya. Raikanlah diri anda! Selamat mencuba!

YaQeen Ahmad : Mula belajar hargai apa yang ada. Ia memang menyeronokkan!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.