1. Macam mana yang dikatakan perempuan yang ego?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

1. Macammana yang dikatakan  perempuan yg ego?

Pandangan Jejaka 1
Perempuan yg ego, tak bleh nak tolerate.. the only person that always in the right side, is always ‘herself’ very2 self-centered. Actually the same goes to laki jugak also.. but smtme it is to obvious, women are out of control when dealing with anger and also with smthing that will trigger their emotion and make them feel unease of smthing..
Pandangan Jejaka 2
Semua soalan di atas tidak mampu dijawab dengan tinta, sebab persepsi terhadap perempuan ego bagi saya amat berkait rapat dengan hati dan tafsiran minda. Sukar diluahkan… apatah lagi bagi saya yang kurang pandai menyusun kata-kata. Bagi saya;
Perempuan ego merupakan seorang yang agak sombong, bukan kerana lebihnya dari orang lain, tetapi disebabkan salah faham yang ada pada diri perempuan tersebut yang menyangka dia lebih dari orang lain. Dia menyangka dia adalah berlian tulen, walhal dia hanyalah kristal kaca… Sukar baginya untuk menilai dirinya, tetapi orang sekeliling amat sedar dan perasan, yang dia hanyalah perempuan biasa, jauh dari luar biasa.
Pandangan Jejaka 3
Perempuan ego ni dia berlagak lebih dari yang ditetapkan oleh garis-garis agama dan tata susila kemanusiaan. Contohnya dengan adanya rupa yang cantik atau jawatan yang tinggi, perlakuan atau layanan dia terhadap orang lain tu semacam aje, dalam erti kata lain dialah YANG…sedangkan Yang  ni sepatutnya sifat Tuhan..Yang Maha Esa, Yang Maha Cantik, Yang Maha Berkuasa dsbnya.
Pandangan Jejaka 4
Tinggi sungguh burung kelicap,
Burung lilin di pokok getah;
Pandai sungguh cik puan bercakap,
Macam tuk alim dari Mekah.
Usik dayang mengatih benang,
Benang kusut terlalulah susah;
Suka benar mengaku menang,
Lelaki sahaja melakukan salah.
Pandangan Jejaka 5
- yg sombong
Pandangan Gadis 1
a. Pada pandangan mata kasar, ego : sombong @ bongkak @ bangga diri @ etc… mcm2 definisi boleh dibuat. Cuma, terpulang pada individu tersebut bagaimana nak menilai dan menerima pendirian mereka yg mempunyai ego tersendiri. Hatta, tahap keegoan pun berbeza. Ada yang boleh kurangkan ego, bila berhadapan dengan beberapa situasi. Ada pula yang tetap dengan keegoan sendiri. Dalam erti kata lain, langsung tidak boleh menerima pakai cadangan, mahupun pandangan orang lain, terhadap kehidupan sehariannya. Hidupnya, dengan dirinya sendiri. Tapi mcm yg biasa diperkatakan, ego tu, kadang2 timbul disebabkan sifat malu yang terlalu tinggi. Bila cuba diexpressikan, kadang2 di salah tafsir – hingga org mengganggap ‘wanita’ itu tinggi ego nya.
b. Ini pula dari kaca mata lain – perspektif yang diambil dari blog shbt :
1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
Pandangan Gadis 2
sukar untuk mengalah; sukar nk terima hakikat@tidak berlapang dada atas kelemahan diri.bahasa mudahnye,sentiasa merasakan diri mereka yg terbaik.
Pandangan Gadis 3
· Tak nak terima kenyataan –eg: sbnrnya dia salah, tp taknak mengaku
· Tak nak memulakan kata-kata maaf
· Beranggapan dia boleh hidup tanpa bantuan org lain
· Perlukan bantuan, tp taknak ckp sehingga org lain sedar yang die benar2 memerlukan bantuan
About these ads
Dikirim dalam Eksplorasi. 7 Comments »

7 Respons to “1. Macam mana yang dikatakan perempuan yang ego?”

  1. jejaka 7 Says:

    biase bagi saya!

  2. jejaka 8 Says:

    perempuan ego nie diew x mnghargai pew yg dew..
    diew akan memain kn perasaan seseowg 2..
    bnyk prempuan ego nie pndg lelaki pde rupa pras,hrte..
    diew x pndg pde hty..
    klu brgadowh lelaki yg x brslh di slh kn..
    sume lelaki yg jht..
    perempuan ego diew mrh ble diew trkne or di permaen kn..
    sdang kn diew x rse pew yg diew wat kt laki laen..
    perempuan slalu ckp sume laki sme..
    sdang kn perempuan juga sme..

  3. rin Says:

    Perempuan sentiasa berada dlm fitnah…ape2 situasi akn dituding thadapnya…ape yg mampu seorg wanita buat jika tiada egonya maka dia akan dtindas…hny lelaki yg djodohkn dgnnye shj mampu memecahkan egonya…Lelaki sbg ketua harus memimpim bkn mmburukkan keadaan…sy adalah mangsa kpd lelaki yg egonya terlampau tinggi….bodoh sombong…dan sekarg sdh berpisah krn tdk tahan dgn sikapnya..baru dtegur sudah melenting…bagaiman jk sdh bkahwin nnt…suka mgmukakan pendapat dan nasihat tetapi dirinya tidak blh dtegur…lebih baik single…jodoh akn dtg sndiri..

  4. YaQeen Ahmad Says:

    Sentiasa pohonkan doa untuk dapatkan jodoh yang terbaik. Jodoh datang dengan doa…

  5. Irfan Naufal Says:

    Perempuan ego?

    Perempuan ego,ni dia nak kita sahaja paham diri dia..dan dia tak nak mengaku diri dia yang salah..

    Bila bab gaduh,selalunya dia akan attack lelaki sampai lelaki tu..tak boleh kata apa…terdiam kaku..

    Perempuan yang ego ni…kalau dia maki orang tak ingat punya…tapi bila kita balas balik dengan satu perkataan jer (power punya)mulalah dia kata kita ni yang salah,pada hal dia yang mulakan dulu…

    Sangat benci pada pmpn yang ego tinggi..tak boleh buat isteri langsung..

  6. Mohd Shafiq Says:

    susah nak di bawak bicang..

  7. Syafiq Akmal Bal Says:

    brdasarkan pengalaman sndiri, ego perempuan akn smakin tinggi apabila dia mrasakn dirinya smakin merindui seorg lelaki. apa yg lelaki buat pn xkn diterima oleh perempuan.wlaupun tindakan lelaki itu adlh utk memulihkn dan mrapatkn perhubungan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: