1-10 Kata-kata Hikmah Saidina Ali bin Abi Talib KWH

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Assalamualaikum wbt.

Dipetik daripada buku : 400 Kata-kata Hikmah Saidina Ali bin Abi Talib KWH.  Penulis : Hj. Nik Azran b. Muhamed.

Terbitan :  Badan Penerangan dan Penerbitan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

1-10 Kata-kata Hikmah Saidina Ali bin Abi Talib KWH

1. Perkara yang perlu ada bagi kepimpinan ialah sikap berlapang dada.

YaQeen : Belum pandai memimpin.

2. Orang yang paling bakhil dalam urusan hartanya ialah mereka yang terlalu pemurah menggadaikan maruah dirinya.

YaQeen : Na’uzibillah.

3. Orang yang paling jauh bermusafir ialah mereka yang sedang mencari seorang sahabat yang disukainya.

YaQeen : Masih mencari.

4. Seseorang hamba itu begitu jauh daripada Allah s.w.t. apabila mementingkan perut dan tuntutan nafsunya.

YaQeen : Kerana orang yang pentingkan kehendaknya tanpa memikirkan orang lain adalah diibaratkan seperti haiwan yang tidak berakal.

5. Takutlah kamu daripada berbuat maksiat pada makhluk Allah s.w.t. kerana sesungguhnya yang menyaksikan perbuatan tersebut adalah hakimnya.

YaQeen : Hakimnya adalah Allah s.w.t.

6. Memberikan hujah kepada si jahil adalah mudah. Pun begitu apa yang susah ialah bagi si jahil tadi menerima hujah tersebut.

YaQeen : Tidak perlu jadi bodoh sombong.

7. Letakkan rahsiamu pada seorang individu sahaja manakala mesyuarat hendaklah dimaklumkan kepada seribu orang.

YaQeen : Tak mudah letakkan kepercayaan.

8. Jadikanlah umurmu ibarat wang yang diberikan kepadamu. Sekiranya engkau tidak suka apa yang engkau belanjakan hilang begitu sahaja, maka hendaklah engkau tidak menghabiskan umur engkau dengan sia-sia.

YaQeen : Berjimat cermat amalan bersama.

9. Orang yang paling jahil adalah dari kalangan orang-orang jahil ialah mereka yang terjatuh ke dalam lubang binatang dua kali.

YaQeen : Sudah jatuh ditimpa tangga si bodoh sombong itu. Masih menakuk air yang keruh walau dihulur air yang jernih.

10. Orang mukmin yang sebenar tidak akan terkena sengatan binatang yang berada di dalam lubangnya dua kali.

YaQeen : Panjang akal. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

Wassalam. InsyaAllah, ada rezeki, kita akan sambung pengajian bagi buku ilmu ini pada hari yang akan datang. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Orang yang sedang mengasah keinginan untuk membaca seperti saya, harus bertatih sebelum berlari. Wallahua’lam. Sampai jumpa lagi.

Dikirim dalam Suci Nurani. 8 Komen »

8 Respons bagi “1-10 Kata-kata Hikmah Saidina Ali bin Abi Talib KWH”

  1. simple-shida Says:

    salam Muharram ya adikku ;)

    wokeh..nk share komentar dlm entri ni..

    1. Perkara yang perlu ada bagi kepimpinan ialah sikap berlapang dada.

    ** yeah..absoluteli.. mmg to be a leader. must hv
    sikap give n take.. tolak-ansur..push + pull hehe..
    tpi, depends for certain time laa..not everi time ya!!

    7. Letakkan rahsiamu pada seorang individu sahaja manakala mesyuarat hendaklah dimaklumkan kepada seribu orang.

    Tidak ada satu urusan yg lebih baik dan lebih kuat selain daripada hasil bermusyawarah.. * saidina umar al khatab..

    8. Jadikanlah umurmu ibarat wang yang diberikan kepadamu. Sekiranya engkau tidak suka apa yang engkau belanjakan hilang begitu sahaja, maka hendaklah engkau tidak menghabiskan umur engkau dengan sia-sia.

    // solat..bykkn amalmu seolah2 kita akan pergi esok hari..huhu.. keje laah veri hard+smart as can as can-can laa..hihi.. ( olah bahasa utk hadis di ats…. haa.. get my point? hii )

    utk titipan bersama..

    Sikap adalah ibarat jendela,
    Melalui jendela inilah yg akan menentukan bagaimana
    anda akn melihat dunia di sekeliling anda…

    berjaya adalah 1 pilihan & gagal juga adalah 1 pilihan..
    apabila seseorang itu berkata bhw dia tiada pilihan..
    maka ini juga 1 bentuk pilihan..Pilihan ini terletak pd sikap anda!!

    Winners don’t do different things, they just do things different..

    so.. gerakkan langkah.. start enjin. pecut joM ;)
    waallahu’alam.. salam perjuangan ya aqeen..!! caiyoKkk

  2. C@h@Y@ Says:

    Terima kasih wahai kakakku.

    Terima kasih untuk perkongsian.

    7. Letakkan rahsiamu pada seorang individu sahaja manakala mesyuarat hendaklah dimaklumkan kepada seribu orang.

    Tidak ada satu urusan yg lebih baik dan lebih kuat selain daripada hasil bermusyawarah.. * saidina umar al khatab..

    YaQeen : Betul, saya rasa sama ada lelaki ataupun wanita, musyawarah tidak perlu diberatkan kepada mana-mana pihak.

    Masing-masing perlu sedar, musyawarah itu lebih mudah untuk memutuskan sesuatu. Mungkin tidak untuk keputusan, tetapi pendapat yang ingin dikongsi, mampu memberikan idea yang lebih bernas. Yang kelatnya, jika tiada sokongan atau respon dalam musyawarah.

    Atau ada asyik yang nak menang dan pertahankan pendapat diri sendiripun, tak seronok juga.

    Mesyuwarah bersama geng Nisa’ dan Portal, best!

    Membangun bersama Islam.

    Wallahua’lam.

  3. everjihad Says:

    subhanAllah.

    “Sikap adalah ibarat jendela,
    Melalui jendela inilah yg akan menentukan bagaimana
    anda akn melihat dunia di sekeliling anda…

    berjaya adalah 1 pilihan & gagal juga adalah 1 pilihan..
    apabila seseorang itu berkata bhw dia tiada pilihan..
    maka ini juga 1 bentuk pilihan..Pilihan ini terletak pd sikap anda!!

    Winners don’t do different things, they just do things different..”

    I love this!
    terkesan..

  4. ibnu aamir Says:

    use the right language to shows up our natural being

  5. ibnu aamir Says:

    cantiknya bahasa yg xbcampur dan indahnya sseuatu bhasa tu kalau diguna dalam bahsa itu sahaja..nk guna bahasa lain. gunalah spenuhnya dalam bahasa lain tu..hmmmm.. pecinta bahasa

  6. YaQeen Ahmad Says:

    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ibnu Aamir, saya tidak nampak penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu Tinggi daripada tulisan saudara.

    Saya juga pencinta bahasa, apa-apa bahasa. Kerana bahasa adalah ilmu Allah.

    Elok juga kita sama-sama ambil iktibar. Wallahua’lam.

  7. Awang Hud Says:

    Salam.
    Hinaan itu lebih baik dari pujian kecuali pujian itu diserahkan kpd pemiliknya.
    Maha suci Allah tuhan yg menguasai sekian alam.

  8. asrol Says:

    kta smua akn di datangi maut


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: