W A L I M A H

Diam tak diam, kita sudah ke penghujung 2008. Lebih kurang bulan lagi, kita bakal rasa era baru. Apa yang memeriahkan suasana hujung tahun ni selalunya dengan jemputan ke majlis perkahwinan. Hohoho.. sudah layak rupanya saya menerima kad undangan ye. Kalau sekarang ni mesti letak “Kepada : Cik Nur Ainul Yaqeen bt. Ahmad”. Kalau dulu la, kalau ada yang bagi, mesti letak “Kepada : Budak Kecik Aqeen!” hehe…

Cahaya : Janggalnya kalau ada perkataan Puan di depan nama. !(6 ^) rasa masih macam budak sekolah.

Hujung minggu ni, saya dan rakan-rakan bakal menghadiri majlis perkahwinan selebriti TV9 atau pengacara Busana Muslimah (setiap Ahad, 1ptg) atau akronimnya, beliau rakan sepermainan kami di sekolah. Pastinya meriah dengan kehadiran teman sekolah, teman sekerja, dan sahabat handai lama yang berkumpul. Sangat tak sabar untuk itu.

Ada perjanjian dulu di antara rakan 3RK1 (memang unite), siapa yang kahwin dulu, Cikgu Nizam (guru kelas) akan pangkah gambarnya (macam dalam cerita Ali Baba). Wah, kiranya beliau telah catat rekod sebagai pendahulu kelas kami.  Dalam masa yang sama, kami terasa juga kehilangan beliau. Namun, masing-masing perlu akur, itu namanya fitrah.

Cahaya : Masih belajar untuk itu.

Disember lalu, saya juga telah menghadiri walimah K. Haida dan secara tak langsung, jadi pula mak andamnya. Kelmarin didatangkan khabar, beliau telah selamat melahirkan puteri sulung buat dirinya, suami, keluarga, dan sekaligus umat Islam. Alhamdulillah. Kehadiran si cilik itu pastinya menggamatkan suasana keceriaan yang ada di bahtera kehidupan mereka. Saya doakan agar ibu dan anak sihat walafiat.

Cahaya : Suka berkeluarga besar.

(^ ^) Soal Mawi dan Ekin?! Aduhai, nama saya (panggilan daripada keluarga) dah la sama dengan Ekin. Beruntung Aqeen… Ops! Beruntung Ekin…

Bila baca mahupun mendengar kisah mereka ni, kasihan pun ada. ‘Dunia’ mereka seperti langsung tidak ada sensitiviti peribadi. Kisah apa sahaja dipaparkan di media. Terjala-jala cerita yang samar-samar, sama ada benar atau palsu, Wallahua’lam.

Cahaya : Bosan cerita peribadi mereka yang kononnya “artis”. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Apapun, kepada sahabat handai saya lebih-lebih ex Sekolah Kebangsaan Senggarang dan Sekolah Kebangsaan Seri Mulia yang saya dengar-dengar ramai sudah berumahtangga, saya ucapkan Selamat Pengantin Baru. Didoakan bahtera rumahtangga dipandu ke jalan yang baik dan diredhaiNya. Serta dikurniakan anak-anak yang comel-comel, soleh dan solehah, dan membesar bersama Islam.

Cahaya : Suka ke majlis keraian.

Dikirim dalam Ceritawara. 9 Comments »

Rahsia No 13.

Rahsia 13

Salam alaik. Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu…

1 – Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 – Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 – Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 – Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur

5 – Ruqu’ :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 – I’tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 – Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTA Q IM.

8 – Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 – Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 – Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 – Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 – Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
‘Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat’

Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ‘ FRIDAY the 13th ‘ jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!’

Wassalam.

Cahaya : masih belajar.

Sambal Ketuk

Resepi ni dapatnya daripada belajar di rumah. Salah satu kegemaran saya apabila ia digandingkan dengan “jangan bening” (sayur air).

Bahan-bahan:

3 biji bawang merah (tidak perlu dihiris, atau dimayang)

ikan bilis (lebih kurang setengah genggam)

6 biji cili padi (ikut tahap kepedasan cili, nak pedas lagi, boleh tambah)

garam secukup rasa.

Penyediaan :

1. Panaskan minyak. Gorengkan kesemua bahan serentak.

2. Angkat setelah agak2 ia kekuningan, rangup dan tidak terlalu hangus. Sekadar naik bau sudah memadai. (hati-hati sebab cili yang digoreng meletup-letup)

3. Tumbuk menggunakan alu dan lesung satu persatu. Dimulakan dengan ikan bilis, bawang dan cili. tambahkan garam secukup rasa.

4. Hidang bersama nasi panas. Sajian ini cantik dan enak bila dipadankan dengan ikan goreng (lebih-lebih lagi ikan parang/ikan timah), dan sayur air (tak kira apa jenis sayur).

Selamat mencuba!

Cahaya : Tak cuba, tak merasa!

Dikirim dalam Resepi YaQeen. 1 Comment »

Hari yang Indah

The Place

The Place

Salam alaik.. saja ingin berkongsi apa yang saya rasa pada hari ini. Hari ini merupakan hari yang sangat indah. Allah memang sengaja mahu memberikan ujian kepada umat-umat yang disayangiNya, termasuk saya yang kerdil ini. Dia membolak-balikkan hati saya untuk mendidik Nur Ainul Yaqeen bt. Ahmad untuk tegas dengan diri sendiri.

Alhamdulillah, dapat saya putuskan sesuatu yang penting dalam hidup. Apa yang perlu, hanya TEKAD. Sokongan daripada rakan sekerja kepada saya yang masih baru, sangat membahagiakan terutama kepada kak Rozlin dan Dr. Mazliham. Sungguhpun kadangkala keputusan kita tak dapat melegakan semua orang. Namun, apa yang saya harapkan hanya doa daripada kalian. Berharap 101% agar setiap langkah saya dipandu olehNya. Amiin…

Merci beaucoup (terima kasih!!)

Cahaya : kena belajar bahasa Perancis mulai sekarang. (^ ^)

Dikirim dalam Ceritawara. 3 Comments »