Kaedah Pengajaran Al-Quran Masa Kini

Ketika sampai sahaja di pejabat, alunan bacaan al-Quran berkumandang seperti Ramadhan lalu. Rasa sejuk hati. Jikalau pada bulan puasa yang lepas, kita dititipkan untuk beramal seperti banyakkan sedekah, banyakkan solat sunat dan bedoa, berzikir, membaca al-Quran, diharapkan amalan itu dipanjangkan hingga ke selepasnya. Seronok bekerja di MFI ni. Tidak berat untuk membuat kebajikan meskipun dalam suasana bekerja. Mahu tak mahu sahaja. Persekitaran rakan-rakan seperjuangan membuatkan saya selesa di sini dan sejuk mata memandang. Segelintir dua yang ‘tergelincir’, ada juga. Namun didoakan semoga mereka terdakwah.

KAEDAH PENGAJARAN AL-QURAN MASA KINI

Oleh : Us. Shahrin Awaludin

Fakulti Pendidikan UKM

Pendekatan terbaik pengajaran al-Quran ialah TALAQQI dan MUSYAFAHAH iaitu berdepan secara langsung di antara guru dengan murid seperti mana yang berlaku antara malaikat Jibril dan Rasulullah saw ketika wahyu yang pertama diturunkan di gua Hira’. Pengajaran al-Quran juga perlu dilakukan dalam kumpulan kecil bagi memudahkan guru melakasanakan pendekatan talaqqi dan musyafahah di atas.

Kaedah utama pengajaran al-Quran di Malaysia dan seluruh dunia Islam amnya ialah menggunakan kaedah Baghdadiyah. Hanya sejak akhir-akhir ini sahaja muncul beberapa kaedah baru pengajaran al-Quran di Malaysia iaitu kaedah Qiraati, kaedah Iqra’ dan kaedah Hattawiyah. Berikut ialah huraian ringkas kaedah-kaedah pengajaran al-Quran tersebut :

1. Kaedah Baghdadiyah

Kaedah ini merupakan kaedah yang paling lama dan meluas digunakan di seluruh dunia. Ia dipercayai berasal dari Baghdad, ibu kota Iraq dan diperkenalkan di Malaysia seiring dengan kedatangan Islam ke Tanah Melayu sejak berabad yang lalu. Kaedah Baghdadiyah menggunakan sebuah buku yang dinamakan Muqaddam yang menjadi bahan utama pengajaran asas tilawah al-Quran. Kaedah ini menekankan kepada  pengenalan huruf Hijaiyyah, baris dan ejaan.

2. Kaedah Qiraati

Kaedah Qiraati yang bermaksud “Bacaanku”   mula diperkenalkan pada tahun 1963 di Semarang, Indonesia oleh seorang guru al-Quran yang bernama Bapak Haji Dachlan Salim Zarkasyi. Pada mulanya terdiri dari sepuluh jilid buku untuk kanak-kanak berusia enam tahun ke atas. Kemudian dikemaskinikan menjadi lapan jilid, enam jilid dan akhirnya lima jilid. Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan huruf Hijaiyyah hinggalah ke buku jilid lima untuk pelajaran yang lebih susah seperti bacaan huruf qalqalah dan sebagainya. Apabila selesai lima buah buku tersebut pelajar akan dilatih membaca juzuk ‘Amma dan seterusnya al-Quran muhaf rasm Othmani.

3. Kaedah Iqra’

Kaedah Iqra’ atau cara cepat belajar al-Quran Rasm Uthmani juga adalah berasal dari Indonesia iaitu mula diperkenalkan pada tahun 1984 di sebuah Taman Kanak-Kanak Al-Quran di Kota Gedo, Jogjakarta. Pengasas kaedah ini ialah Haji As’ad Humam yang telah menyusun enam jilid buku Iqra’. Buku-buku Iqra’ sepertimana juga buku Qiraati disusun untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran al-Quran dari peringkat pengenalan huruf Hijaiyyah hinggalah menguasai tilawah al-Quran dengan baik dan mengikut hukum tajwid. Kaedah ini mengutamakan bimbingan dan latih tubi. Oleh kerana itulah setiap orang guru hanya akan membimbing lima atau enam orang murid sahaja bagi satu sesi pengajaran yang mengambil masa selama enam puluh minit. Kaedah Iqra’ telah diterima dan digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1994 bagi pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolah.

4. Kaedah Hattawiyyah

Sementara kaedah Hattawiyyah pula adalah satu kaedah membaca al-Quran dengan berpandukan tulisan rumi. Kaedah ini diperkenalkan bagi membantu pelajar yang terlalu lemah dalam tulisan jawi. Oleh kerana itu syarat utama untuk mengajar atau menggunakan kaedah ini ialah pelajar tersebut benar-benar buta al-Quran dan pelajar tersebut boleh membaca rumi. Kaedah ini dianggap sebagai sementara, langkah terakhir dan hanya untuk golongan tertentu sahaja bagi mempastikan mereka tidak terus buta al-Quran.

Cahaya : Diharap amalan membaca al-Quran secara intensif semasa Ramadhan tidak luput menjelang Syawal… Teruskanlah untuk dijadikan sajian rohani.

About these ads
Dikirim dalam Suci Nurani. 5 Comments »

5 Respons to “Kaedah Pengajaran Al-Quran Masa Kini”

  1. Farid ahnaf Says:

    yang terbaik,,teruskan

  2. rizal Says:

    alhamdulillah!apa2 saja usaha kita kejln yg benar harus diteruskan supaya bangsa kita hidup mengikut landasan islam dizaman yg serba moden & pantas.

  3. YaQeen Ahmad Says:

    InsyaAllah..

  4. hani Says:

    saye mencari2 kelas yg bole mengajar cara2 untuk mengajar al Quran..

  5. akhyaar17 Says:

    Salam kpd Ikhwah di mana saja anda berada. Saya inign perkenalkan kaedah pilihan – Taisiirul Akhyaar – mudah, cepat, tepat & berkesan Insya Allah. Drpd Al-Quran Kp Al-Quran. Sesuai utk anak usia 3 hinggi 63 selagi ada minat dan masih terpelihara 5 panca indra yg digunakan utk membaca iatiu telinga, mata, lidah, suara, nafas tidak termasuk latihan membaca yg berulang2 dgn betul yg berterusan. Jika anda berminat utk berkhidmat dgn dan bersama al-Quran boleh hubungi saya. Syukran, barakallahu feekum


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: