Cerita Hati

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Cerita Hati
Album : Hafiz Hamidun
Munsyid : Hafiz Hamidun
http://liriknasyid.com
Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta


YaQeen Ahmad : Ada cerita hati.

Belekan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

 

Belekan

Melihat kepada hits 22,233. Saya senyum melihatkan susunan angka yang unik. Saya ingin menanti hingga ia 23,233 kerana saya suka angka 2 dan 3. Simbolik kepada tarikh hari lahir saya dan insan terdekat, ‘Uyun (231186) dan Fiqrah (230999).

Melihat ke kalendar, saya rasa dunia semakin bertambah ligat putarnya. Terasa pantas benar waktu beredar, meninggalkan manusia-manusia yang lalai termasuklah diri ini. Jika kita tidak benar-benar bijak menyusun rencana, pasti banyak yang tertinggal…

Apalah manusia seperti saya ini… Mengejar masa… Mengejar agenda… Mengejar DEADLINE! Apalah manusia seperti saya ini…

Saya hanya mahu ke syurga… Apalah manusia seperti saya ini… Mampukah saya?

Saya belek diri sendiri… Apa yang harus dikejar… Apa yang harus diaulakan… Apa yang harus dipenuhi…

Apalah manusia seperti saya ini… Cukupkah bekalan sesudah mati nanti… Cukupkah Ya Allah?

Saya belek lagi diri ini… Apalah manusia seperti saya ini…

Ya Rabb… Terima kasih atas nikmat Islam yang Engkau kurniakan… Izinkanlah daku mengucup redha-Mu…

Amiin…

 

YaQeen Ahmad : Usirlah kekosongan dengan kesibukkan.

Tahniah di atas kelahiran.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Kehadiran Orang Baru

Diucapkan tahniah kepada Puan Halijah dan suami. Mereka telah dikurniakan  seorang cahayamata puteri, anak sulung mereka pada lewat petang semalam.

Didoakan semoga kehidupan mereka bertambah ceria dan bahagia dengan kehadiran Si Cilik.

Setibanya di Bilik Sentosa, Tingkat Dua, Hospital Az-Zahrah, saya telah terserempak dengan beberapa rakan Nisa’ Serdang yang lain.

2.64 kg. Hanya menang 0.02kg daripada berat saya dahulu semasa dilahirkan. Berambut lebat, berbibir nipis, berkulit cerah dan mulus… Comel!

Semoga Halijah dan anak terus sihat. (^^,*)

Dimudahkan Urusan

“Ya Allah, mudahkanlah urusanku.”

JGG baru sahaja keluar dari ‘kliniknya’. Batuk dan selsemanya sudah hilang, demam dah pun kebah. Tapi belumpun JGG cukup sembuh, dia luka lagi, tergeser tadi.

Menggigil puan, kelu, cuak dan bimbang. Puan bersalah. Tapi JGG tak mengeluhpun. Dalam hati JGG, puan tak tahu… maafkan puan JGG…

Puan terus telefon mak…

“Ya Allah, peliharalah JGG ku… Mudahkanlah kami dalam menerima tarbiyah-MU… Sabarkanlah hati kami menerima dugaan-Mu… Tetapkanlah langkah kami di jalan-Mu…”

Menangis puan. Serba salah kepada kawan JGG yang kita tak kenal tu. Dia pasti sakit juga sebab lukanya pun teruk juga.

Puan masuk ke dalam bangunan, mencari aircond dan ketenangan.

Bila puan keluar semula selepas 15 minit, kelibatnya hilang. Tak sempatpun nak minta maaf.

Moga hari esok lebih baik daripada hari ini…

YaQeen Ahmad : Tak sabar nak tahu nama anak Halijah.

Mawar Berduri

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Biarlah Aku Mawar Berduri…

Kelmarin saya menerima ’sepucuk’ emel daripada Mohd Najib, seorang adik yang terbaca petikan cerita Mawar Berduri yang pernah saya post suatu ketika lalu.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada beliau. Seolah-olah ada suntikan semangat kepada saya di atas permintaannya untuk saya menyambung kembali sambungan petikan-petikan cerita Mawar Berduri yang saya telah saya dan rakan-rakan pembaca karang tempoh lalu.

Saya tukar sedikit tajuknya, Biarlah Aku Mawar Berduri. InsyaAllah permintaannya akan diberi perhatian yang sewajarnya. Ditelan dek kesibukan dunia, ia mestilah tidak boleh dijadikan alasan bagi orang yang berusaha.

Tiada janji apa-apa, saya cuma membalas, “InsyaAllah, boleh diusahakan.”

YaQeen Ahmad : Tidak suka berjanji. Kalau termungkiri, pasti sakit.

KERJA SAMBILAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Disalin daripada petikan emel.

Mula.

Salam Ayong, below are requested info about the part time job that i mentioned.. please be informed that this job need fast applicant..

Details
Job category          : Part time
Duration
: 2-3 days per week (after office hours 1-2hours)
Payment                   : RM1500 per month (negotiable)
Job specification   : anything from meeting co-ordinator to cleaning of meeting room
Placement                : Sunway Mentari
Additional info       : Possibly with own transport

Ayong, if any of your friends are interested, please contact me personally.

Ahmad Aizad Ahmad Shukor
HP- 0173574992

Tamat.

YaQeen Ahmad : Suka buat kerja sambilan. Tambah pendapatan.

Lagu Pilihan : INSPIRASI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Inspirasi
Album : Inspirasi
Munsyid : Rast
http://liriknasyid.com
Perjalananmu masih jauh
Sayup beribu batu
Dari mula kau impikan
Gapai cita nan satu

Manapun arah yang dituju
Bermula dari satu
Aturkan langkah usah ragu
Semoga diberkati

Bersedia seawal waktu
Usah kau bertaut
Tumpuan dan kesungguhan
Impian kan nyata akhirnya

Dugaan mengajar kita
Erti ketabahan
Cabaran menempuh jiwa
Singkir keraguan di minda

Usaha tangga kejayaan
Usah kau lupakan
Hingga mencapai puncak jaya
Dan titis pengorbanan
Dalam perjuangan
Jadikannya satu inspirasi

YaQeen Ahmad : Penuh dengan inspirasi. Amiin..

Tazkirah Jumaat : Mulakanlah dengan diri sendiri

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Mulakanlah dengan diri sendiri

Sukar untuk menegur orang kawan sendiri? Apatah lagi orang atau sahabat yang kita tidak kenali. Kemudian kita mengeluh, “Aduhai, susahnya…”

Hendak tegur kenapa dia tidak solat?

Hendak tegur caranya berpakaian yang tidak menutup aurat?

Hendak tegur kenapa dia tidak berpuasa?

Hendak tegur cara gayanya ber’couple’ yang tidak tentu hala?

Sesungguhnya, lidah memang tidak bertulang. Senang benar untuk melontarkan kata-kata. Terkadang tidak perasan ia telah mengguriskan sekeping hati yang ada.

Allah telah berfirman dalam kalamnya dalam surah Al-Baqarah, pada ayat 44 iaitu,

“Mengapa kalian suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kalian melupakan diri (kewajipan) kalian sendiri, padahal membaca Al-Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kalian terfikir?”

Demikianlah selalu kita terdengar, “Kalau nak tegur tu, cerminlah diri sendiri dahulu.”

Sesungguhnya orang yang menyuruh orang lain melakukan amar makruf sementara diri sendiri melanggarnya akan ditempatkan di dalam neraka. Kemudian dia dikelilingi dengan usus yang terburai seperti keldai yang mengelilingi alat penumbuk gandum (Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni, 2005).

Maka para penghuni neraka bertanya kepadanya mengapa ia juga binasa. Jawabnya, ” Saya menyuruh kalian melakukan yang makruf namun saya sendiri tidak melakukannya, dan saya melarang kalian menjauhi yang mungkar  namun saya sendiri melakukannya.” (Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni, 2005).

Walhal, kita berniat baik. Jangan bersedih,  sesungguhnya memang sukar ingin meluruskan sesuatu yang bengkok! Tetapi boleh! Percayalah, pasti ada cara dan gayanya. Mulakanlah dengan diri sendiri dahulu.

Layaknya juga seperti sebuah kisah seorang mubaligh yang sangat terkenal, bernama Abu Mu’adz Ar-Razi yang memberikan nasihat kepada pada hadirin sehingga mereka semua menangis. Beliau berkata, “Orang yang tidak takwa menyuruh orang lain untuk bertakwa, sama halnya dengan tabib yang mengubati orang lain sedang dirinya sendiri sakit.”

Lembutkanlah hati untuk ditegur dan menegur.

Lembutkanlah hati untuk ditegur dan menegur.

Wallahua’lam.

YaQeen Ahmad : Ya Allah, lembutkanlah hatiku…

Nazam Lebaran 2009

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Nazam Lebaran 2009

xxx

Bersarapan di pagi raya.

Gambar keluarga di pagi raya.

Gambar keluarga di pagi raya.

Ampun maaf dipinta - Abah dan atuk

Ampun maaf dipinta - Abah dan atuk

Ampun maaf dipinta - Mama dan atuk

Ampun maaf dipinta - Mama dan atuk

Read the rest of this entry »

Malam Raya

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Malam Raya

Bukit Mutiara tempat berteduh,

Di balik Gunung Perdana,

Puasa sebulan sudah disungguh,

Syawal tiba rasa bahagia.

Ketupat ada rendang pun ada,

Ditambah sate sebagai sampingan;

Berkumpul semua sanak saudara,

Penuh kesyukuran kita meraikan.


Banyaknya makanan pada malam raya (^^,*)

Banyaknya makanan pada malam raya (^^,*)

Tiga keluarga

Tiga keluarga

Pulut Periuk Kera

Pulut Periuk Kera

Babat masak lemak.

Babat masak lemak.

Ayam masak kicap

Ayam masak kicap

Rendang Atuk

Rendang Atuk

Sambal goreng

Sambal goreng

Ketupat - wajib untuk abah

Ketupat - wajib untuk abah

Acara tahunan, membakar sate

Acara tahunan, membakar sate

Riadah santai kegemaran kami

Riadah santai kegemaran kami

YaQeen Ahmad : Suka yang santai.

Respon

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Lanjutan daripada entri Konflik yang Realiti.

Komen daripada saudara Hamim bin. Nasoha

Salam sesuci lebaran,

Ada satu situasi yang pernah saya lalui yang mengajar saya bertindak dan berfikir secara aktif.

Pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010, saya bertemu dengan Pengerusi PTS iaitu Puan Ainon. Antara soalan awal yang dilontarkan oleh beliau adalah, “Bila buku mahu siap?”

Saya jawab, “Susah hendak siapkan sebuah buku. Paling susah peringkat touch up.”

Mendengar jawapan saya, beliau terus menegur, “Jangan guna perkataan susah, gunakan frasa aktif. Contohnya, saya sedang mengusahakannya, beberapa bahagian sudah siap. Peringkat seterusnya adalah touch up. Itu akan kedengaran lebih baik.”

Kesimpulannya, bertindak dan berfikir secara aktif akan memudahkan komunikasi antara dua pihak. Jika saya asyik menyatakan masalah, pihak penerbit (PTS) akan terbeban dengan masalah saya. Hasilnya produktiviti kedua-dua pihak tidak meningkat.

Isi saya yang berikutnya mungkin tiada kena mengena dengan tulisan Cik Yaqeen, tetapi ia tetap menyentuh perkataan yang bernama “masalah’.

Saya banyak terbaca blog yang gemar melambakkan/menyesakkan/menyusahkan pembaca dengan masalah penulis. Pembaca dipaksa-paksa sama beremosi dan bermasalah seperti mereka.

Saya maklum, blog adalah ruang peribadi dan kita bebas menulis apa sahaja. Tetapi blog yang asyik “emosi” akan mengurangkan pengaruhnya terhadap pembaca, apatah lagi mereka yang mendambakan isi yang ilmiah.

Akhir kalam, saya sampaikan satu pesanan yang diperolehi semasa mengikuti bengkel penulisan PTS. “Emosi penulis tidak penting, emosi pembaca lebih penting dan perlu dijaga.”

Wallahulam.

Respon penulis

Salam sesuci Lebaran juga.

Terima kasih saudara. Input yang sangat baik dan saya akan ambil poin-poin yang penting tersebut sebagai iktibar.

Untuk makluman saudara, kebetulan, blog saya bukanlah blog rasmi. Maka saya cuma sesuaikan pengisiannya mengikut hal ehwal semasa diri sendiri dan sekitarnya. Saya mengalu-alukan kedatangan pembaca dan tidaklah menempelak kalau-kalau ada yang tidak suka.

Idea saya ketika merencanakan blog ini.

Kita mempelajari hal-hal kehidupan melalui 2 cara :

i) Teori
Contoh : melalui pembacaan
Kes : Kita membaca cara ingin menguli tepung. Baca, faham dan hadam.
Kejadian : Tepung belumpun siap lagi

ii) Amali
Contoh : berusaha menyediakan bahan-bahan untuk meguli
Kes : Menguli tepung dengan air yang terlalu sejuk (cara yang tidak tepat)
Kejadian : Tepung jadi bantat tetapi kita belajar dari kesilapan.

Hal sebeginilah yang saya ingin kongsikan. Teori + amali sedikit sebanyak. Dan bukannya teori semata.

Dalam pemerhatian saya, kita sebenarnya kekurangan juga bahan bacaan yang berbentuk pengalaman. Adakah orang tidak gemar? Tetapi boleh juga jadi gemar bukan kalau-kalau sesetengahnya mirip-mirip dengan cerita kita dan ingin tahu bagaimana cara nak selesaikannya.

Pernah juga saya terfikir, banyak sajian bacaan berbentuk ilmiah, tetapi yang bagaimanakah dapat membantu saya untuk menyelesaikan masalah harian. Menerusi pengalaman orang… tetapi dengan bagaimana kalau tidak diceritakan?

Ada ketika kami (rakan Nisa’) diskusikan hal demikian dengan kesimpulan bahawa, banyak perkara tentang hidup, kita tidak mempelajarinya secara formal di sekolah atau institusi-institusi peringkat tinggi.

Hal-hal pengalaman untuk dikongsikan, terasa cacat pula untuk diintelekkan, takut tidak sampai hujahnya. Kebetulannya juga, bila hal pengalaman memang amat berhubungkait dengan soal emosi.

Ini juga proses pembelajaran. Untuk blog ini, ada di antaranya (atau dengan banyaknya) saya mengkuliahkan cerita ekslusif emosi dan rohani dengan mengkategorikannya sebagai CERITAWARA. Untuk kategori-kategori yang lainnya, sudah tentu saudara dapat membezakan antaranya.

Saya juga mengambil teguran ini dengan positif untuk cuba menyeimbangkannya dengan kategori yang lain memandangkan CERITAWARA sudah diberatkan lewat ini.

Alhamdulillah, dalam perancangan masa depan, memang ada cadangan untuk saya bina satu blog yang formal, dan isinya sesuai dilabel sebagai bahan intelek atau ilmiah (insyaAllah). Barangkali belum ada izin-Nya, saya harus tangguh hingga masa yang sesuai supaya saya adil membahagi masa kepada mereka (blog-blog).

Terima kasih sekali lagi kepada saudara yang prihatin. Selamat membaca. (^^,*)

Nota :

- Ungkapan klasik al-Ghazzali, “lelaki itu 9 akal dan 1 nafsu manakala perempuan pula 9 nafsu dan 1 akal”. 1 Fakta, mereka saling memerlukan.

- Dari tulisan John Gray, ” lelaki itu LELAKI9 logik dan 1 emosi manakala perempuan 9 emosi dan 1 logik.” 1 Fakta, mereka saling memerlukan.

Oleh yang demikian, sekiranya kita selalu membesar-besarkan mereka yang tinggi rasionalnya, jangan pula kita perkecilkan soal emosi. Peranannya SAMA BESAR.

Untuk tambahan pengisian, suka saya cadangkan sahabat-sahabat semua membaca di sini. Maaf kerana yang dicadangkan, intipatinya berkisar sedikit tentang hal rumahtangga. Walaubagaimanapun, semoga sahabat-sahabat menceduk poin yang diperlukan.

Wallahua’lam.

Program Sembelihan di MFI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Program Sembelihan di MFI

Antara Program yang dijalankan sepanjang dbulan Ramadhan yang lalu

Antara Program yang dijalankan di sepanjang bulan Ramadhan yang lalu

DSC_8990

En. Zuraini, Penasihat 1 RUHIS UniKL MFI

Ayam bertuah pilhan Allah..

Ayam bertuah pilhan Allah..

Belajar Sembelih

Belajar Sembelih

Para pelajar yang mengambil bahagian

Para pelajar yang mengambil bahagian

Read the rest of this entry »

Konflik yang Realiti

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Konflik yang Realiti

Semua orang pun ada masalah. Siapa yang tiada masalah angkat tangan?!

Namun, sejauh mana kita mengendalikan dan seterusnya menyelesaikan masalah, itulah yang sewajarnya ditimbangkan dan bukan dipanjang-panjangkan tanpa susun atur yang tidak ada hala tujuannya.

Masalah semakin rumit bila ia bertukar menjadi konflik. Konflik yang tidak ditangani dengan bijak mungkin sekali boleh memakan diri.

Murung

Saya jadi sedikit murung pada minggu ini. Selepas jumpa dengan penyelia akademik, jadi lagi murung pula walaupun tawarannya sangat lumayan. Alhamdulillah, rezeki di bulan Ramadhan.

Beliau berkehendakkan kajian sarjana saya kelak boleh untuk diteruskan ke peringkat doktorat. Maknanya, saya kena berusaha keras 3 kali ganda dari sekarang. Walhal, sekarang 1 kali ganda pun macam tak sampai…

Read the rest of this entry »

Riwayat 090909

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

Kelas Sarjana

Alhamdulillah, di sepanjang pengajian semester ini, belum ada sekali tertinggal menghantar tugasan. Cuma cepat atau lambat sahaja.

Ada istikharah kena dilakukan untuk buat satu keputusan. Perlukah saya tidak menyambung kontrak yang ada di MFI? Ada plan B? C? D?

YaQeen Ahmad : Masih perlu istikharah…

Munjung

Lagu raya sedang berkumandang di mana-mana. Menjadikan hati semakin giur untuk balik kampung.

Mak mengkhabarkan, pada minggu ini, mungkin kami sekeluarga akan munjung di rumah saudara-saudara terdekat walaupun dengan ketiadaan saya. Sungguh memilukan… Jarang sekali saya tiada ketika acara memunjung diadakan dalam keluarga kami.

YaQeen Ahmad : Munjung ke pejabat sahaja…

Baju Raya, Kuih Raya, dan Duit Raya

Tahun ini adalah tahun tidak mengendahkan baju raya buat saya. Semua emak yang sediakan.

Senarai kuih raya banyak untuk dibuat, tetapi tidak tahulah apa hasilnya…

Semakin bertambah tahun, tiada potensi lagi untuk dapat duit raya. Rindunya zaman kanak-kanak. Sebab waktu raya dapat duit raya walaupun tidak banyak. (^_^)

YaQeen Ahmad : Cuba sediakan duit raya untuk mak dan abah.

Kena Buli ke?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

Kena Buli ke?

Banyak sebenarnya nak masukkan entri-entri terbaru. Namun, belum berkesempatan lagi. Apa nak cerita di sini adalah hal-hal biasa.

Agak peribadi untuk cerita kali ini. Tapi saya perlukan pandangan semua. Secara umumnya, apa pandangan saudara dan saudari tentang senario ‘pembulian di tempat kerja’.

Saya ada beberapa soalan berkaitan anda di tempat kerja anda. Sekadar muhasabah ataupun pati persoalan anda pada hari ini untuk sama-sama kita berfikir sejenak.

???

???

Selamat menjawab. (^_^) Jawap dengan jujur supaya anda berasa lega.

1. Adakah anda rasa anda dibuli?

2. Jika pernah dibuli, siapakah yang membuli anda? (Jawab secara kasar sahaja)

3. Adakah anda rasa tidak kisah dibuli?

4. Pernahkah anda membuli?

5. Jika tiba-tiba anda rasa ingin membuli, apakah sebabnya?

6. Apakah saranan anda kepada yang dibuli?

7. Apakah saranan anda kepada pembuli?

Terima kasih. Semoga berjumpa di lain masa. Wallahua’lam.

YaQeen Ahmad : tak suka la kan kena buli… Tapi suka buli Fiqrah… hehe (“,)

Update! Update!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Update! Update!

Banyaknya rencana setelah pulang dari kampung untuk lima hari yang lepas. Seterusnya agenda mengimarahkan adik-adik RuHis pula. Saya selit-selit ke  aktiviti di sekitar agendanya hujung minggu ini.

Menanda kertas peperiksaan belumpun siap lagi. Memang serabut sangat kepala ni. Satu minggu untuk diisi dengan perkara yang bertimpa-timpa. Rencana yang banyak ulang-aliknya. Bandar Baru Bangi-Bandar Seri Putra, UniKL MFI-UPM, Masjid Kubah Hijau-KUIS… InsyaAllah, pada Allah saya minta kekuatan untuk terus berjalan.

Sewaktu mengendalikan Program A-Achivers

Sewaktu mengendalikan Program A-Achivers

Pesanan untuk adik-adik RuHis, “Tidak apa berjalan. Walau lambat, sekurang-kurang kita bergerak. Jangan terus berhenti. Kita tidak akan dapat apa-apa.”

Hanya Satu Syahadah

Hanya Satu Syahadah

Alhamdulillah, terfikir juga dalam idea untuk mensuruti geledak di benak. Saya SMS seorang teman semalam. Di celah-celah sakit perut melanda akibat gastrik yang bukan kepalang, kami menganalisis satu perkara. Hendak kata masalah pun bukan, hendak kata bukan masalah pun bukan.

Apapun, kami akan merencanakan satu projek Mega pada tahun hadapan. Sekurang-kurangnya, perbualan kami menerusi SMS itu mengurangkan gastrik yang ada.

Pesanan dari sahabatku, “Jangan lengahkan perkara yang baik, tetapi jangan pula terburu-buru.”

Haziq, Din, dan Luqman (AJK RuHis) datang dengan senyuman. Menyatakan agenda yang bakal ada pada hujung minggu depan. Ada dua agenda. Pertama, Iftar Perdana yang bakal diadakan di Dewan Besar. Kedua, Program Sembelihan pada keesokkan harinya. Terima kasih pada mereka yang sudi mengingatkan. Semacam PR saya pula.

“InsyaAllah saya datang. Jika saya terlupa, tolong ingatkan ya.”

Saya mendoakan dengan berkat Doa Rabitah, moga mereka disatukan hati dan dikuatkan semangat. Jalan dakwah memang berliku acapkalinya. Namun, itulah jua kemanisannya.

Adik-adikku, janganlah ada rasa pemilikkan. Bertemu kerana Allah, berpisahlah kerana Allah. Perkara yang kita ada semua pinjaman dari Allah. Redhalah bila Allah tarik sekejap nikmat (ukhwah) yang ada. Bersangka baiklah dengan Allah.

Kita doa agar kesabaran kita di dunia ini akan dibalas dengan sebaiknya di akhirat nanti. Redhakanlah pemergiannya supaya hati kamu menjadi kembali tenteram…

Buang rasa pemilikkan… Semua ini, Allah yang punya…

Pesanan SMS masuk di peti mesej. “Qeen ada waktu lapang tak hujung minggu ni? Cik nak datang petang Jumaat.”

Keluarga Makcik dari Kuantan berhajat untuk datang. Kelas tambahan sudahpun diletakkan pada waktu Ahad nanti. Nantilah, saya fikirkan.

Sekarang baru hendak belajar menselesakan diri dengan jadual yang ada. Pesan Ikram saya tangkap, “Boss, jangan workholic.”

Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. Sesibuk mana saya, Allah masih beri kesempatan kepada saya untuk tidak lupa padanya. (InsyaAllah..) Apa yang ditakuti adalah kalau-kalau kesibukan yang melanda, terus menelan ingatan kita pada yang Maha Pencipta.

Buat sahabat yang selalu mengingatkan, saya ucapkan berbanyak terima kasih. Sebutlah selalu nama Allah dalam setiap hal. Moga-moga kita tidak mudah lupa.

Akhir sekali, buat adik-adik, sahabat-sahabat atau sesiapa jua, tidak lambat untuk saya ucapkan SELAMAT BERPUASA dan Selamat Mengimarahkan Ramadhan. UPDATE! UPDATE! Updatekan solat, updatekan penjagaan aurat, updatekan hubungan kita dengan sesiapa jua (Habluminannas).

Update diri kita supaya lebih mantop dalam merendahkan diri di sisi Allah.

Jom update!!!

Upgrade to be Up-to-date!

Upgrade Ibadah for to be Up-to-date!

YaQeen Ahmad : Update! Update!